Wednesday, January 27, 2010

berserabut tinggi

Aku tak dapat lelap kan mata agi..sok nak kena g pasar borong ngan my mum.banyak menda nak buat..lately aku rasa sangat tertekan..adakah tekanan ini aku sendiri yg cipta?atau orang lain yg datang serabut kan aku.Ntah aku pun takde jawapan.Yang aku pasti aku dah menambahkan lagi satu perkara yg serabut kan..apa ntah aku leh cakap menda yang tak sedap didengar..aku pun tak tau camne leh terlepas cakap macam tu.Ambik nak ko..tak pasal-pasal,suasanan jadi diam..kelu..masing-masing ligat berfikir..dah hari makin dekat.Betul lah org tua-tua kata kerana mulut badan binasa.Hah,ini lah natijah nya..padan muka aku..bengkak mata aku kali ni.Jangan ada kantung mata sudah lah..jenuh pulak aku dok tuam ngan air suam mata aku ni.Cepat lah hilang bengkak nya.
Sudah nya aku minta maaf..tapi boleh macam tu je ke?Aku kena ambik ikhtibar kali ni.Tapi tu lah dalam faham kenal hati budi masing-masing mesti gak menda-menda yang remeh temeh ini leh jadi besar.Alhamdulillah perbincangan dan komunikasi tu dapat membantu dalam selesaikan beberapa masalah.Bukan penyelesaian dengan melarikan diri tanpa berkata apa-apa.
Or may be..setelah sekian lama aku dok bertapa dirumah..aku dah jadi muak..gila..bosan..i need satu yang berkembang...so secara tak langsung faktor -faktor sempit aku ni.Membuat kan aku jadi begini..rasa tertekan..serabut ntah apa-apa ntah.Sudah nya aku lepaskan pada org yang lebih serabut dari aku..dan ini lah hasilnya..apa yg aku bebel kat sini pun aku tak tau..

kepala pening..sok nak bangun pagi-pagi.
rumah dah gelap..semua lampu dah padam-makna nya semua org dah tido..kecuali aku
dan aku rasa aku perlu tido jugak..

gdnite..



nota kecik : terima kasih kerana membuka ruang perbincangan sebelum perkara kecil menjadi lebih besar.
siapa cakap berbincang tak dpt selesai masalah??hehehehe..TQ gak sudi maafkan saya..I LoVe U syg.

Wednesday, January 20, 2010

Redha dan sabar

Senang aku nak share sesuatu yang boleh di manfaatkan bersama. Dalam aku meniti hari-hari ke suatu tarikh aku bergelar isteri pada dia.Dalam keadaan serabut maut,masalah itu ini datang ..dan aku tahu dia sekarang dilanda masalah kewangan.Aku tak mampu nak membantu dari sudut itu hanya dapat menyokong sahaja dan mendengar apa masalahnya.Sedang aku disini berusaha untuk merealisasi kan satu majlis perkahwinan bersama.InsyaALLAH aku akan sentiasa di sisi nya dalam susah mahupun senang.Pelbagai dugaan akan dihadapi kelak apabila melangkah ke alam yang dinamakan perkongsian hidup.Saat dan waktu kita dilanda masalah seumpama ini tak perlu kita menutup mata menutup telinga berjalan tidak tentu hala.Kerana pada Allah  kita masih ada, dan aku percaya segala ujian dan dugaan yg datang lebih mematangkan fikiran kita agar lebih bersedia melangkah ke alam yg belum kita tahu bagaimana keadaan nya.Selagi tidak henti kita berdoa dan sentiasa mengingati Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:
Ketika Allah suka pada seorang hamba,Dia mengujinya,Jika dia sabar,Dia hindarkan.Jika dia rela,Dia memilihnya..

Dalam hadis Atsar  dari Ibnu Abas,ketika Rasulullah SAW datang kepada sahabat Ansar,Baginda lalu bertanya, "Apakah kamu semua orang-orang mukmin?" Mereka diam. Umar berkata, "Benar wahai Rasulullah." "Apa bukti imanmu?" Mereka berkata, "Kami bersyukur ketika senang,sabar ketika bala dan rela kepada qada". Kemudian Rasulullah SAW berkata "Sesunnguhnya mereka orang mukmin,"

Rasulullah SAW bersabda:
" Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan"
"Kalau sabar itu seorang lelaki,tentulah dia mulia,Allah menyukai orang-orang yang sabar"

Syukur kepada Allah atas setiap yang berlaku ada hikmahnya: Suka aku kongsi dalam surah al-baqarah:152

Allah Azza Wa Jalla  berfirman :
"Maka ingatlah kamu kepada- Ku.Nescaya Aku ingat kepada mu.Dan berterima kasihlah kepada- Ku,dan janganlah kamu menyangkal nikmat- Ku ."

Suka juga aku berkongsi pengetahuan kepada semua :Ayat dan surah yang boleh kita amalkan untuk hindari kemiskinan dan kepapaan.InsyaALLAH semoga kita diberkati oleh NYA:

Bacalah surah Al-Kahfi ayat 45 hingga 46 pada malam jumaat.InsyaALLAH dimurahkan rezeki nya.


Hadis Rasulullah ada menyatakan : Baca surah Al-Ikhlas di ikuti surah Al-Naas dan Al- Falaq setiap pagi sebanyak 3kali waktu pagi dan petang.Nescaya segala keperluan akan dicukupi.

Mari kita amal kan bersama-sama:
Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh-Nya, InsyaALLAH.


Sumber : 
-Penenang Jiwa (pengubatan dan rawatan) Imam Al-Ghazali terjemaah kitab Mukashafah Al-Qulub  -Fadhilat dan Amalan membaca surah-surah pilihan dari penulis : Syeikh Mohamad Omar.


p/s: Sayang..hope sayang sabar dan tenang menghadapi hari-hari yang akan datang.InsyaALLAH sama-sama lah kita doakan agar segalanya berjalan lancar.Amin






Tuesday, January 19, 2010

ayoooo apa ni?

Gangguan seksual tak kira berlaku dimana-mana.Selalu orang kaitkan gangguan seksual ni datang nya dari laki.Tapi ada jugak datang dari kaum wanita.Ada yang berlaku di tempat kerja, berlaku di public dan paling tidak berlaku dengan penggunaan telefon atau paling mudah gangguan ini disampai melalui sms.Ada cerita di sebalik gangguan seksual ini.Aku harap kerajaan memang gangguan ini bukan perkara remeh.

Bukan apa,boleh jadi trauma ketakutan jika sms berbaur lucah keep received kat hp kita.Apatah lagi jika yg terkena gangguan seksual tu seorang yang agak berumur.Pada fikiran si mangsa apa lah sangat ada pada aku?Tapi pada fikiran si pengacau segala nya ada pada kau, selagi kau bergelar perempuan dan kau ada sesuatu yang aku nak!!!.Ada nya yang pengacau seorang lelaki muda.Agak kurang ajar jika ianya berlaku pada mak-mak kita.Apa tindakan si anak??lagi satu.Jika sebaya mak dia boleh pandang as symbol sex apa dia pandang pada mak dia pulak?Paling tidak kita tak tahu pulak sapa gerangan yang hantar sms tu.If tak senang je belasah bagi terguling tengah jalan je orang mcm ni.

Tu lar anak-anak sekarang terlalu terdedah dengan perkara-perkara sex ni.Mudah nak akses mana-mana, internet,TV,radio,majalah -hah,majalah melayu pun ada, paling tidak tangkap gambar artis pakai bkini kat kolam renang (bangang betul).Mana budak-budak sekarang terjebak dengan menda-menda rosak minda ni.Konon nya hiburan,tapi kesan nya pada semua lapisan masyarakat.Abis-abis yang si mangsa report polis.Then polis just simpan report then pantau..tu je???tu yg kadang-kadang yg buat tindakan sendiri sebelum polis buat tindakan bukannya polis ada 24jam ngan kita nak lindung kita setiap jam.Dan agak merisaukan aku..bila berjalan seorang diri.Perempuan sekarang semakin ramai..dan semakin ramai lelaki yang "kegilaan" seperti ini.Tepuk dada tanya diri sendiri tahap mana kita nak pertahankan diri sendiri.Kata kerajaan akan tubuhkan akta gangguan seksual tapi yang aku tau ada nya Kod Amalan Pencegahan dan Penghapusan Gangguan Seksual. Setakat mana kod amalan ini akan dapat mencegah gejala yang membuat kaum wanita ketakutan terutamanya.Harap-harap penguatkuasa berjaya tangani masalah yg semakin menjadi dan ianya sangat-sangat serius pada aku.



:::No MOre Silent ::::


Nota pelik tapi benar :If laki kena ganggu seksual???ermmmm.......macam mana pulak ek?

Tuesday, January 12, 2010

hari pendaftaran

penuh orang disatu sudut-aku lihat sepasang suami isteri agak berusia...menunggu dibangku yg telah sediakan sedang berbual dengan seorang budak ini Lepas tu muka budak tu berubah terus bangun.Kerusi dia kosong.Aku cuba cari tempat yang sesuai untuk membuang rasa lenguh badan aku dan port terbaek sebelah makcik tu.Makcik tu pandang aku yang baru je melabuhkan punggung di kerusi.

Makcik : Hari pertama ,memang macam ini dik.
Aku : Yelah,mesti lama lagi ni
Makcik : Makcik hari itu pergi hantar anak makcik belajar kat KLMU pun macam ni gak,tapi nasib baik dalam aircond dalam dewan tak de lah panas macam ni.
Aku : ermmm.besa lah makcik tempat ini kecik je,nak masuk ramai-ramai kan tak muat  dewan.Tu agaknya diorang buat kat luar je.
- si suami bangun dari kerusi - ntah pergi mana.
Makcik : Tu tak tahan panas lah tu.Pakcik ni bukan boleh panas-panas.
Aku : (senyum) yelah.
Makcik : Anak makcik ada sorang lagi belajar kat PTPL .Ni anak makcik yang 3 pulak nak hantar g belajar.
Aku : ermmm...bagus lah daripada dok rumah.Elok g belajar daripada dok rumah.
Makcik: Adik ni amik kos apa? SPM dapat berapa?Anak makcik ni SPM ok je.Tapi tak nak hantar dia jauh-jauh biar depan mata.Senang makcik nak tengok dia.
Aku : (senyum) tak abis dah SPM..bukan saya daftar.
Makcik : Alar nape nak malu.Cakap je berapa SPM bebaru ini.Biasa nya yg masuk sini budak tak arah tuju.
Aku : Saya dah tak layak nak daftar pun makcik.
Makcik : Yeke?alar ...tak salah nak belajar lagi apa malu.Time muda ni lah nak belajar betul-betul.Anak -anak makcik semua nya bagus-bagus.Sorang kat KLMU sorang lagi kat PTPL.
Aku : Diam (senyum) -dalam hati aku (Makcik tau tak makcik umur saya? dah tinggal SPM 10tahun yg lepas.. ada aku peduli anak ko belajar kat mana?)
Makcik : Kalo dah tak bagus tu cakap je lah tak bagus.Jangan buat diam je.
Aku: (diam)eh?eh? makcik ni sinis pulak dia.-dalam hati je aku jawap.kang pakai mulut nampak kureng lak.


 Suasana diam- malas aku nak melayan makcik ni..

Makcik tu cuba control lawa.Bila aku malas dah nak beborak ngan dia.
Tegur lak budak sebelah kiri dia pulak.

Makcik : Adik amik kos apa?anak makcik sorang kat KLMU sorang lagi kat PTPL.semua anak makcik g belajar lepas SPM.Adik SPM dapat berapa?Anak makcik SPM dapat bagus.Tapi nak sambung belajar kat sini senang makcik tengok dia.Anak makcik tu pandai orang nya.Semua anak-anak makcik bagus-bagus.
Adik blurr : Ermmm??saya amik kos cuba diam dengar taklimat kat depan.
Makcik : Anak makcik kat KLMU tu ni dah last sem.SPM adik dapat berapa masuk sini.Biasanya orang masuk sini tak lulus SPM.
Adik blurr: SPM saya dapat apa yang saya dapat.Bukan saya nak menyusah kat makcik pun.

Tetiba makcik tu diam.....

Aku lak senyum je.

Part best - aku suka makcik tu cakap aku baru pas SPM -wow!!! muda jelita lagi rupanya aku ni.

Monday, January 11, 2010

muncul macam ulat buah

dup..dap..dup dap..jantung makin kencang,.fikiran aku tak tentu arah dalam meniti hari dinamakan satu alam baru bg aku..dengan gelaran baru yg aku pikul,nama baru..segala nya baru dan aku tengah memotivasikan diri melatih diri menerima segala yg baru akan ku tanggung dan jawab bakal aku sandang.Dalam pada aku mempersiapkan diri aku ke alam tersebut.Hah..tetiba ada pulak muncul tetiba mengundang masalah dlm hubungan aku.Cakap dan tuduh aku macam-macam.Hei ada gak laki macam ni.Nasib baik dia lebih percayai aku.Bila pulak larr...tolong lah..stay away from my life..Aku waras dan tau rasa kasih sayang dia yg berikan pada aku selama ini.takde masa aku nak melayan orang gila macam ni.Agak nya laki sekarang ni terlalu desperate, ntah la tak leh cakap gak..coz ramai lagi pompuan kat luar nuh bergiat solo.Penat aku mikir apa masalah laki sorang ni.Still lagi aku teringat pernah suatu ketika dulu ada sorang ni pulak memang admire kat aku,untill now dia masih atau tidak  itu aku tak pasti.Tapi yg aku tau,selepas aku menolak dia sekeras-kerasnya dia , dia ada tinggal pesan pada aku "aku tak nak tau ko kahwin,jgn sesekali ko jemput aku".Ermmmmm....ni sorang lagi.Aduss,serabut aku sebenarnya..aku tak nak selindung apa2 dengan dia yg bakal bergelar suami pada aku dan aku tak nak akan ada masalah if aku tak cerita perkara yg sebenar-benarnya.Selama ini pun aku tak akan..tak pernah...tak de langsung nak pandang orang lain.Aku just hidup aku sampai aku jumpa orang yang buka pintu hati aku dan buat aku betul2 jatuh cinta.Mungkin ada betul kata orang tua-tua, dalam tempoh begini banyak dugaan yg akan dihadapi.Dan ini adalah pra perkahwinan.Semoga aku dan dia tabah menghadapi hari muka yg bakal menjelma.



nota kecik: Syukur kehadrat ALLAH swt atas segala ujian.Kepercayaan dan Kesetiaan adalah paling utama dalam berumah tangga.Jangan sesekali menyangkal ini semua.

Monday, January 4, 2010

if i let its go...bagaimana cara nya?

bukan jalan terbaik atau yerr...itulah jalan terbaik.nak matikan satu perbualan yg hangat dengan off hp.Atau dalam istilah lain melarikan diri dari kekalutan yg sedang berlaku ditalian telefon.Ibarat macam terkena panggilan rentung..bila hati tak tenang...otak serabut..partner lak bising-bising..cara terbaik putuskan talian.Adakah itu yg terbaik?Atau senang cerita bercakap secara baik.."saya penat ni,boleh tak kita nak bising-bising nak gaduh sok je" kira-kira mcam pospone gaduh..hehehehe..leh gitu?agak2 nya partner tu faham tak apa yg dikatakan..ada yg faham..ada yg jadi kurang faham bila talian diputus terus.Persoalannya "Apa masalah sebenar nya ni?".Macam takde masalah, tapi kenapa hati tetiba jadi tak best..otak jadi pusing..mata tak boleh pejam..airmata terus mengalir.Mau tidak berbengkak mata sampai ke pagi nak cari jawapan..Tapi masih "hanging" kes pending..Its ok, kalau push the tempo kang ada yg gunung Pinatubo meletop.So let its go....berlalu dengan riang.Asalkan pekara berbangkit itu dilupakan.Ok je, but jgn terlalu mengajar diri dari lari dari masalah.Ada menda perlu dibincangkan secara rasional dan logik.Ada juga perkara yg perlu diam..jika ianya terlalu sensitif untuk dibincangkan dan membawa padah pada kedua-dua belah pihak.Asam garam hidup ada kala nya elok adakala tak berapa nak besh.Yang tak besh tu seeloknya perbaiki untuk masa akan datang.Biar lah hidup selamanya memperbaiki setiap yg ada untuk jadi lebih elok dr masa2 lampau.Bukan memang istilah "dah aku memang macam tu, nak buat macam mana".Or, may be ada baik nya bertegur kepada orang yg buat salah..supaya tidak melakukan kesalahan yang sama..Buang perkataan yang boleh memudaratkan keadaan...mungkin dapat membantu dalam komunikasi perbincangan.Kalau susah nak bawa bincang..parah...diam je lah jawap nya.......ber koma bukan titik.

nota kecik : aku pun tengah belajar nak perbaiki dr menda -menda yg boleh mudaratkan aku,samada ianya berbentuk hubungan atau perangai aku yg hodoh ala2 hitler versi perempuan.Aku berusaha ke arah muslimah yang baik dan soleh..InsyaALLAH 

Friday, January 1, 2010

detik dan saat datangnya satu dinamakan tahun baru

sehari sebelum tahun baru aku dan dia melunaskan apa yang tertunggak,sana -sini menekan minyak kereta.Keadaan kotaraya sememang dijangka akan sesak dengan kenderaan yang berpusu menuju ke mana ntah.Kes nak masuk lorong leh jam,nak bayar tol jam,nak kereta rosak jam,masuk "highway "
 pun jam.Mana jalan kat kotaraya ni tak jam.semua elok je sapu "jam" kat jalanraya.Setelah dia berpenat memulas stering kereta ke sana ke mari.Segala hutang piutang yang dituntut dan perlu dibuat terlunas sudah.Dari kotaraya ke bukit jalil,dari bukit jalil ke dengkil pulang semula ke ampang,pusing dunia ke KLCC tempat jam 9.38mlm..Syukur lengang kereta di tengah2 kota.Pelik..??mungkin saranan kerajaan menaiki kenderaan awam berjaya.Lalu di kawasan deretan orang bercucuk bulan,fuuuhhh yooo seksi nyer aweks-aweks ada yg putih ada yg coklat ada yg hitam..semuanya meng expose kan diri.Mana-mana yang ada semua dibuka nya.Adakala rasa macam dok kat oversea pun ada.Malaysia kah ini??wooo lupa konsep satu malaysia.Jadi semua ni orang malaysia lah yg bertopeng ala barat.Tapi yang bagusnya semua pak polisi turun padang malam ni.Aku rasa ada kosong ibu pejabat bukit aman nuh.
Parking kereta disuatu tempat melihat orang-orang yang keluar ntah lubang mana.Sekitar KLCC sudah tentu jadi tumpuan ramai.Satu sudut dilihat ada couple yang berpimpin tangan dengan aweks seksi.Ada aweks seksi jalan sorang-sorang.Ada yg datang berkumpulan sambil bersuka ria.Ada yang bawa baby, semua nya nak sambut tahun baru.Mungkin ada yang tanam azam baru sambil jalan-jalan tu."Tahun ni aku nak jadi baik".Tapi jika memulakan sesuatu yang tak baik macam mana nak jadi baik??
Malas aku nak bebel panjang, balik bungkus kerepek lagi bagus ada gak faedah nya.Pening aku tengok orang-orang muda sekarang.Macam-macam hal.Apa2 pun...yg ada tak melunaskan azam yg tahun lepas harap dapat lunaskan nya..baki bawa kehadapan.Yang ada azam baru...gdluck.


nota kecik: aku takde azam,tapi ada 5h4h akan  aku jaga dengan baik,InsyaALLAH

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...