Wednesday, November 24, 2010

pembahagian masa

kalau aku boleh berkata dengan petah ;nak saja aku menjawab segala tuduhan..
tapi aku tak suka berkata-kata,aku tahu bila aku berkata ada yang lebih terluka..
aku ada hak aku..iaitu masa aku sendiri.

aku perlu kan masa aku..aku ada hidup aku sendiri..
dan aku bakal ada pelengkap keluarga aku sendiri..


kenapa aku ditujukan?kenapa aku yang di kecoh-kecohkan?Aku bukan pembahagi masa yang boleh kesana dan kesini.
kenapa tidak orang lain?


mana lebih bagus dulu atau sekarang????dekat atau jauh???

Tuesday, November 23, 2010

saling bersandar

termenung aku mendengar kata-kata dia,sepanjang perjalanan aku memikir bagaimana kita pada hari esok,jika keadaan kita masih tidak berubah seperti dulu.
masih mengejar dan mengejar...

sedang kita tengah mengejar ada saja yang datang untuk memberhentikan kita seketika supaya kita tidak leka dengan mengejar.


adakala segala persediaan kita tu terpaksa dikongsi dengan perkara-perkara yang tidak diduga yang datang...


kita sedang diuji oleh-NYA,aku percaya setiap yang diuji adalah hikmah.
dan ujian-NYA atas kemampuan hambanya: Wallahuallam




masa ini kita perlu kuat untuk saling bersandar antara satu sama lain.Untuk tidak rebah tersungkur ke bumi.

Monday, November 15, 2010

pelajar sekolah hari ...

Jam 5.30 pagi tadi aku bangun dari tido,terus aku gegas ke dapur siapkan nasi goreng untuk bekalkan.Hubby aku jarang makan luar,so paham2 je lah.Bagus nya aku boleh bangun dan bekal kan untuk anak-anak aku ke school kelak.(fikir jauh) macam mana agaknya bila anak kita ke sekolah nanti dalam masa 10 tahun atau 15 tahun akan datang??arghhh mungkin aku terlalu jauh memikirkan nya,atau aku risau dengan keadaan pelajar sekolah sekarang yang banyak melakukan jenayah-buli,buang anak,seks luar nikah,rempit,ragut...dan macam-macam lagi.

Siap aku dengan segala perkara untuk pergi bekerja..sepanjang perjalanan radio IKIM.fm sibuk membincangkan topik "Masa depan anak bangsa" huh!! lagi buat aku terfikir sambil mengosok2 perut sambil aku mendoakan yang terbaik buat anak-anak aku.Semoga Allah mengurniakan anak-anak yang Soleh buat kami.Dijauhkan segala perkara yang tak dingini,kami (ibu ayah) perlu didik mereka dengan agama dan pendidikan intelektual yang lengkap untuk mereka boleh adapt dengan apa yang bakal mereka hadapi kelak.InsyaALLAH.

Sedang hubby aku memandu kami ke office.Aku mengelamun seketika memikirkan dengan topik yang bakal dibincangkan,terpandang aku ke tingkap luar..Seorang pelajar perempuan sekolah menengah menuju ke sekolah "berjalan kaki" keseorangan -aku jenguk jam menunjukkan 7.34pagi. Ermm ...mungkin student perempuan ni lambat bangun kot or exam SPM kot sebab tu dier datang lambat.Selang beberapa jarak dari aku lihat tadi,aku ternampak pulak sekumpulan pelajar sekolah di hentian bas -laki dan perempuan,samada menunggu bas atau sedang melepak?If mereka yang bakal mengambil peperiksaan mereka patut bersiap sedia dengan nota or apa2 sahaja bahan bacaan bukan duduk bersuka ria di hentian bas..Aku mengelengkan kepala.

Sampai di office hubby,aku just drop dia tepi jalan,huhuhu..terlupa dia nak office awal hari ni ada server down katanya.Lambaian manja sang isteri ku beri buat hubby aku...hehehe.Ok, now aku pulak ambil alih steering kereta.Aku bergerak pelahan,sebab masih awal lagi,Sedang aku susur bergerak ke office aku.Aku terpandang di suatu sudut ada pelajar sekolah menengah dengan lelaki bermotorsikal sedang berbual mesra di bangku hentian bas.Lelaki tu muka macam dah tua,dan pelajar perempuan tu macam malu-malu pulak.Aishhh...tak kan kau bercinta dengan laki orang kot or orang tua??Aku dapat tengok lama gelagat diorang sementara trafik masih lampu merah.Kemudian lelaki memegang tangan pelajar tersebut.HUh,,terkejut aku.Sah..diorang ni couple.Mana mak bapak budak perempuan ni??dengan baju sekolah lagi..lampu trafik menyala hijau,aku terus bergerak ke menuju ke office.Apa nak jadi dengan pelajar sekolah hari ini?


Ada aku melihat di salah satu video S** pelajar sekolah di salah satu blog kawan aku.Astafirullah...terlalu murah mereka ini menyerahkan diri di belakang rumah sahaja,di lorong-lorong, dalam toilet..sekian hal.Perkara ini sangat membimbangkan sebenarnya.Apatah lagi aku sendiri bakal bergelar ibu suatu hari nanti.Apa akan jadi pada masa akan datang??apa lah nasib anak-anak kita??salah didikkan atau mereka terlalu terdedah dengan pengaruh tidak sihat sana sini di hujung jari?Wallahuallam...






Fikir-fikir kan bagaimana masa depan anak-anak kita kelak???jika perkara begini berlaku tanpa batasan.

Tuesday, November 9, 2010

Me and U



ada je yang ingin persoalkan dalam sesuatu perhubungan,
perkara:
1 :apa beza kau dan aku?
2 :apa persamaan kau dan aku?
3 :apa yang menarik tentang kau?
4 :apa membuat aku suka pada kau?
5 :apa yang boleh aku dapat daripada kau?
6 :apa yang boleh buat untuk kau?
7 :apa yang kau dan aku serasi?
8 :apa kau suka kan aku?
9 :apakah kau boleh berkongsi hidup dengan aku?
10:apakah kau dapat menerima segalanya tentang aku?

jawapannya:
1 - beza kau dan aku (jantina-pemikiran-cara berjalan-muzik-dan generalnya kau laki aku perempuan)
2 - persamaan kau dan aku (aku suka apa yang kau suka,kau suka apa yang aku suka:mencuba perkara2 yang belum pernah aku buat,dan kau tak pernah buat)
3 - kau sentiasa menyanyangi aku,mengambil berat,bertanggungjawab dan membimbing aku.
4 - kau buat aku gembira dan rasa bahagia
5 - aku dapat segala ilmu yang kau boleh berkongsi bersama aku
6 - aku boleh buat apa yang kau buat aku rasa sekarang (hepi):)
7 - kau rasa?adakah kita serasi?-alhamdulillah...ya kita serasi
8 - kau suka kan aku,seperti mana aku suka kan kau
9 - berkongsi dalam segala hal -family,harta,ilmu,segalanya dikongsi bersama suka
duka.
10 - aku dapat menerima segala nya tentang kau,kau menerima segalanya tentang aku.
kita ada sejarah dan latarbelakang masing2.betul kan???



Hadis riwayat Ar Rabii, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturahim (berhubungan baik dengan keluarga terdekat) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluaskan rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikan-Nya”.

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...