Friday, November 25, 2011

Professor VS Pendayung sampan

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabu...ng uji kemudian digoyang-goyang.

Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dengan ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi.

"Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.


"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.
Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini , kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasih kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan. "Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh.Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Moral of the story

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka cerdik sungguh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin cerdik sungguh dalam bidang yang tidak kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi..so be humble in everything we do.
 
Sumber dr: Sujairi Saidali

Wednesday, November 23, 2011

Ayam Goreng Tepung Sos Berbeku

Seminggu aku tak update blog,sibuk menjaga si kenit tu yg cirit birit. Tadi aku baru balik jenguk dier kat taska.Alhamdulillah cikgu Addin cakap Addin  dah  tak berak-berak.So memang Addin dah recover..Syukur pada ALLAH.

Ok,tak nak dah citer pasal Addin.Ni aku nak citer lak pasal masak2. Hubby aku excited sangat dengan resepi ni.Aku pun pelik..jadi kalau korang nak cuba leh lah buat ayam goreng tepung macam aku.

Ayam Goreng Tepung

@@Bahan2@@
Ayam - Potong (ikut suka suki)
Tepung jagung 
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Sedikit garam
Serbuk pati ayam 
Serbuk kari

Telur ayam (putih telur shj)- dipukul

@@Cara2@@
Campur (tepung jagung, serbuk lada hitam, lada sulah,garam,pati ayam dan serbuk kari) gaul sampai sebati.
Celup ayam dengan telur putih yang telah dipukul gaul bersama campuran tepung tadi -then goreng.Angkat bila ayam dah kekuningan.

Sos Berbeku

@@Bahan2@@
Sos Lada hitam
Sos Cili
Sos Berbeku
Tepung jagung - cair kan dengan air
Garam dan Gula
Bawang putih 
Minyak 

@@Cara2@@
Tumis kan bawang putih sehingga naik bau. Masuk kan mak datuk sos diatas.Kacau sehingga pekat, masuk kan sedikit garam dan gula.Last masuk kan air tepung jagung.Kacau sampai masak.


Then boleh lah tuang sos berbeku ni atas ayam goreng tepung td.Ok siap. sedap makan panas2.

Selamat mencuba



Rotavirus

Rotavirus bunyi macam raksasa gorgon je kan? Rotavirus ni merupakan virus terkenal dikalangan budak-budak.Budak-budak mudah dijangkiti virus ni atas mengambilan makan, air dan persekitaran yg kurang sihat.Serius nya virus ni boleh menyebabkan muntah -muntah, demam dan cirit birit berlarutan at least 2 minggu.
Ya, itu lah aku hadapi sekarang...raksasa gorgon ni sudah berjaya menembusi antibody Addin hampir 2 minggu dan Addin dah beransur pulih -Alhamdulillah..

Virus ni menular dalam air tercemar atau persekitaran yang tidak sihat.Sejarah penyakit ini dijangkiti pada mula nya aku n family jejalan di Kuala lumpur.Alang-alang Hubby aku ada meeting kat Shah Alam dan aku lak selok nak amik cert aku kat MSTB. 3 ari 3 malam aku disana, Addin aku bawa sama. Mula nya Adik ipar aku nampak symptom muntah-muntah- demam dan cirit birit.Tapi sangkaan aku itu hanya gastrogenic coz adik ipar ni jenis makan fast food je sejak datang KL.But bila balik dr KL Addin mula muntah-muntah....halamak!!!! terus aku kaget bawa Addin ke HTAA.Doktor situ tak suspek apa2 mungkin Addin mabuk perjalanan...then pas beberapa jam kemudian badan Addin mula panas..sedikit demi sedikit...aku bagi paracetemol untuk kebah demam Addin.Then ok sekejap..lama kemudian.Bagi nya Addin tak berhenti muntah2.Aku n Hubby bawa Addin ke Al Farabi (Klinik Panel Keluarga)- Doktor situ bagi ubat tahan muntah.Ubat tu menyebabkan Addin tido sepanjang masa.Dan tiba hari Selasa..3 hari selepas muntah dan demam maka perang bermula...Addin cirit birit.Kesian Addin ,aku bawa pula ke HOSPE, dikena kan drip atas Addin coz dier tak nak makan.Asal makan je muntah..Aku pun tak sanggup nak tengok.Then pas buat pemeriksaan darah n so on. Darah Addin ok all normal mungkin ada jangkitan pada tonsil - kata doktor Zurina. Antibiotik (ampiliclin ) beri kan pada Addin.

Balik dr kerja, Hamik nak ko..bukan setakat Addin tapi aku n hubby pun sama muntah-muntah dan demam + cirit birit..yer...selaku orang yg bertanggungjawab menjaga dua lelaki aku kena kuat.Alhamdulillah symptom aku n hubby tak berlarutan.Pas makan ubat je ok.Tapi Addin still tak ok.Doktor Asmariza (Klinik Al amin) cakap mungkin kitaorang terkena viral infection - boleh berjangkit melalui penggunaan toilet dengan pembawa virus.


Last aku bawa Addin ke Klinik Pakar Kanak-kanak Yaw - Doktor Yaw ckp stomach Addin ada infection.So dier bekalkan probiotic (bakteria baik) untuk melawan bakteria jahat..hihih..cam dalam iklan tibi tu (yakult - bakteria baik). Dan semalam aku bawa Addin ke As-syifa untuk membacaan ayat-ayat al -quran.Semoga Allah melindungi Addin dengan ayat-ayat Nya...Dan sekarang Addin dah kesekolah. Alhamdululillah...dia semakin OK. 

Pesan aku jangan lah kita ambil mudah dengan apa sahaja jenis penyakit yang anak kita hadapi.Sentiasa bersama dia, tenangkan hati dia dapat juga dia lupakan sakit yang dihadapi.Hiburkan dia jangan bagi dia murung..mungkin dia merengek dan menangis boleh mendatangkan stress pada kita.Tapi itu lah sahaja cara komunikasi yang dia tahu.Bersabar dan bertawakal pada ALLAH swt. Usaha sedaya upaya yang terbaik untuk anak anak kita.Sesungguhnya mereka lah masa depan kita.( Macam iklan kementerian pembagungan wanita dan masyarakat lak asa.) hahahaha

Rotavirus  - 100nm  bar

Nota kecik : Musim tengkujuh macam penyakit datang..Bakteria mudah merebak dan  jaga lah kesihatan dan kebersihan diri at least basuh tangan dengan sabun antibakteria 15 saat dalam satu masa. Selepas ke tandas..Sekian terima kasih.

Wednesday, November 9, 2011

adat pengantin baru now

Bermula musim cuti sekolah, maka bermula lah kenduri kendara jemput sahabat handai untuk hadir walimatulurus...
Entry kali ni aku nak bercerita tentang adat-adat perkahwinan yang sedar tak sedar kita dah terikut-ikut dengan adat orang lain.
Kalau ikutkan -persandingan itu tidak ada dalam adat pernikahan islam.Ni memang femes ar, rata2 anak muda mudah terpengaruh dengan sanding menyanding ni.Termasuk lah aku yang suatu ketika dulu terpaksa akur dengan kehendak keluarga nak nya anak perempuan diorang ni bersanding.If ikutkan aku tak mau semua ni.Tapi errmmm jalan gak siap bergambar pasal aku ni dengan hubby kat pelamin.Astafirullah...

Dan lagi kesalahan pengantin - membatalkan air sembahyang dalam masjid (rumah ALLAH) nauzubillah.Mana datang adat ni??? dah macam perkahwinan orang kristian lak main cium2 dalam masjid.Ya ALLAH...ada nya sang suami mencium dahi isteri dan isteri cium pipi suami.Takut2 nanti adalah cium mulut  ke mulut (france kiss). Agak-agak ar derrrr...jangan kita terbawa-bawa adat orang sesat tu dalam kita membina rumah tangga kita.Syaitan dah menangis dah bila perkara haram dah dihalalkan dengan akad dan nikah.Tetiba syaitan boleh bergelak ketawa dengan kesilapan kita bercium dikhalayak ramai dalam rumah ALLAH.Hish....bukan nya.Pernah aku tengok dalam citer "Bini-bini ku gangster " mungkin pelakon dan pengarah nya takde sensitiviti tentang adat dalam masjid. Buat skrin akad nikah Shazy sam dan Intan Lyana.Nak buat lawak pun tengok tempat, lepas je akad nikah si pelakon laki elok ada peluk pelakon perempuan siap berdukung  pasai...tu dah melampau.Aku geling kepala...daripada aku nak gelak tak jadi gelak sebab nya...masjid tu bai ko buat main.Filem malaysia now banyak menda yang diorang tak cakna bab2 ni.Ntah lah pastu untung bilion-bilion.Pelik benar aku, diorang tak pernah rujuk mana-mana ahli ulama ke kalau nak buat filem yang libatkan agama?.

Tapi yang terkini ada lak trend Pra-perkahwinan ,belum kahwin belum nikah belum sah husband n wife elok ada je dok bergambar peluk2.Pimpin tangan tujuannya nak war-war kan perkahwinan mereka ni akan berlangsung tak lama lagi.Tang ni banyak artis malaysia dok ngikut.Celah mana ntah dok menghalalkan mereka dok pegang tangan sebelum kahwin ntahla???Nak buat menda elok dah..tapi tak elok gak jadinya.

Ni hah lagi satu.Tau tak apa hukum mencium isteri depan khayalak ramai??Kalau cium tangan elok lah, ok je.Tapi if sampai tahap bercium yg mendatang syawat itu boleh mengugurkan maruah.Seperti juga berpelukan dikhalayak ramai..itu bukan adat orang islam.Kita ada adat suami isteri luar rumah dan dalam rumah.If setakat pegang tangan tu dah cukup menandakan kita sayang isteri kita ni.Tak payah nak beromen nak cakap kat semua orang kau sorang je lah ada isteri dalam dunia ni.

Tak payahlah kita dok ikut artis-artis yang ntah mana tahap didikan agama nya.Seeloknya kita ikut sunnah Rasulullah dan hadis.Ni ada yang sibuk belek-belek buku pengantin baju dedah sana sini,tang tu lah gak nak ikut nya pasal apa?Ada majlis resepsi lah apa lah.Bergambar 7 persalinan dengan pakaian ala-ala barat,jepun dan sebagainya .Nak glamer macam artis kalau ayat ni tak keluar tak sah " Kahwin sekali seumur hidup ".

Jadi pandai-pandai lah kita beringat sesama kita. Para sahabat muslimah ku yang mana nak melangsungkan perkahwinan biar lah berpada-pada .Asalkan tidak melanggar syariah agama agung kita Islam.Semoga kita akan jadi muslimah dan isteri yang solehah serta menjadi tunggak didikan kepada anak-anak kita kelak.Insya ALLAH.


Wallahualam...



Friday, November 4, 2011

salah erti atau salah cakap

Scenario 1:
Seketika petang aku dan kawan2 di expo konvo UPM kali keberapa ntah la, aku tak hingat.Kawan aku ni nak sangat beli kain pasang warna unggu.So kitaorang singgah la kat satu gerai jual kain pasang.

Kawan aku : Kak kain pasang yang ni berapa hingit ? (sambil tangan pegang kain pasang)
Kak jual kain : OO yang itu RM 38 (ni aku main letak je harga,tak hingat dah RM?)
Kawan aku : Mahal lah ada tak kain warna unggu macam ni?
Kak jual kain : Ni bukan warna unggu ni warna purple, yang unggu kain macam ni??
(sambil menunjukkan kain yang berwarna unggu terang sikit dari kain yg td)

 Kawan aku dan aku ............BLUR............

Scenario 2:
Pernah gak jadi aku makan dengan kawan2 di food court UPM gak dekat ngan bank Tekak terasa nak makan chicken chop apatah lagi baru je masuk Sem.So ramai2 tak sabar nak swap M-card masing2.hahahaha

Aku : Kak chicken chop satu.
Kak indon : Nak kuah apa dik??
Aku : Kuah apa ada kak? cendawan ada tak?
Kak indon : Black paper dan mushroom
Aku : Kuah cendawan lah kak.
Kak indon : Cendawan tak de, mushroom ada lah.

Aku dan kawan2 yang lain ...lagi sekali .......BLUR..........

Scenario 3:
Peristiwa yang sama seperti sebelum ni.Aku dan kawan-kawan pergi makan dekat food court yang aku cerita kan tadi.Kali ni sessi nak ambil order.

Nini : Apa yang special kat sini? Abg indon : Semua special (diberikan kami senarai menu )
Aku : Nak nasi goreng ayam yek, air fresh orange
Abg indon : Ok
Lat : saya bg nasi goreng paprek, air...tea o ais limau
Abg indon : Lagi..??
Yati : Nini ko dulu ar..aku tengah pikir nak makan apa.
Nini : Nak Nasi goreng thai ada?? Macam best je ada dalam menu ni.
Abg indon : Jauh tu..nak kena order kat thailand.
Nini : (muka dah separuh begang...perut dah lapar ) ...Nasi goreng USA lah. Abg indon : Itu lagi jauh...mau pergi amerika.Naik kapal terbang.
Nini : (muka tak leh blah dah ) Nasi goreng indon ada???
Abg indon :( muka terkulat-kulat)....errrr nak nasi goreng usa yer??
Nini : Hah...nak dua, yati ko nak gak ke? Yati : (Angguk kepala) ...

 Aku yang lain - gelak kecil tengok telatah Nini dah macam mak tiri gaya nya.hihihihi

Thursday, November 3, 2011

Nikmat

Pernah tak kita rasa macam  hidup ni teruk..kan best jadi orang lain. Adakala nya kita rasa "work is suck" semua menda tak kena….sememang rasa diri ni hampeh betul. Sedang kan kita mempunyai kedudukan dan kerjaya dan segala kemewahan.Tapi pernah tak terfikir sejenak - ada orang yg keadaan nya lebih teruk dari kita.
Kalau hari ni kita bekereta dan senang ke sana kemari dan orang lain terpaksa menunggu bas ada juga terpaksa berjalan kaki berjauh batu nya.Adakah kita sedang diuji dan melupakan nikmat yang telah diberi kan oleh -NYA?

Jom kita bercerita....
Seorang ayah yang membawa anak nya bercuti dikawasan  nelayan.Selama 3 hari 2 malam mereka bersama -sama menjalani kehidupan di kawasan nelayan. Si ayah bertanya kepada anak nya "Macam mana dengan percutian kita?
Anak nya menjawab " saya melihat kita mempunyai sekor kucing dan mereka (nelayan) memiliki banyak kucing.Kita ada kolam di taman rumah kita tetapi mereka mempunyai laut yang luas.Kita mempunyai banyak lampu yang sinari taman dan mereka mempunyai cahaya bintang bersinar di langit.Kita mempunyai orang gaji untuk sediakan makan minum kita tetapi mereka sediakan makan minum mereka sesama mereka.Kita terpaksa membeli makanan...tetapi mereka mempunyai makanan (ladang dan ternakan) .

Si ayah hanya tersenyum  - Anak nya berkata lagi " Bertapa miskin nya kita ayah berbanding mereka".

Tammat

 Sesungguh nya apa yang kita kerja kan ada lah satu nikmat diberi pinjam dari NYA. Syukuri lah segala nikmat yang kita ada tanpa ada kesalan dan keluhan.Sebalik nya kita perlu lebih berusaha untuk memiliki apa yang kita kehendaki.Masing-masing mempunyai rezeki dan Allah swt..telah tentukan segala rezeki pada kita.

Dan jangan kita lupa pula Allah swt sedang menguji kita dengan nikmat-nikmat diberi. Samada kita baghil dan alpha dengan nikmat yang diberi.

Rasullullah sentiasa beribadat pada Allah swt, pernah ditanya pada Rasulullah kenapa Rasulullah sentiasa beribadat pada ALLAH sedang baginda adalah nabi - sememangnya di jamin syurga . Baginda menjawab
kerana Rasulullah adalah hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat yang ALLAH swt berikan.


Wallahualam....

Tuesday, November 1, 2011

kenapa perlu bersabar

"Sabar itu separuh dari iman" - sebab tu lah.

Kalau kita gopoh -gopoh nak marah je tak tentu pasal macam kera.Off course kita dan haiwan itu tiada beza.

Kalau kita ni suka potong Q beratur.Kita tergolong dlm golongan yang rugi macam  "b***" .Haiwan ni main redah je apa2..sondol aje.

Kalau kita ada simpan dendam - kita tak ubah macam syaiton , sebab nya Syaiton ni suka berdendam..dia berdendam dengan Nabi Allah Adam sampai berjanji nak menyesatkan umat manusia.

Apa kelakukan yang kita buat, kita perlu sabar dan redha.Setiap apa yang kita lakukan atau diperlakukan pasti ada balasan nya.


Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...