Monday, February 14, 2011

Berambi

Dalam masa itu,aku terfikir..adakah apa yang bakal aku cakap akan menyingung perasaan seseorang? apakah tindakan aku ini wajar? atau aku hanya mementing aku sendiri...
bila aku berkata-kata..aku takut, hati 2 orang yang aku sayang akan terluka..
dan aku seorang yang cerewet..dan lagi aku paling tidak suka menyusahkan orang.
selama ini, biar aku susah..tapi bak kata suami aku.Aku bukan superman!! dan aku seorang perempuan yang amat perlukan perhatian tatkala dalam keadaan ini.

Sekarang ini,aku sudah luahkan..tapi tak sanggup untuk mengecewakan hati seseorang yang aku sayang..lebih-lebih lagi hati seorang ibu.

Friday, February 11, 2011

bila orang lain marah

aku serba salah..bila,orang lain kena marah..tempiasnya kena pada aku.
peliknya orang yang marah itu,takde ke perasaan segan ke?jgn tunjuk sgt pada orang yg belum tahu perangai si pemarah.

orang kena marah,kesian...setiap hari hidup ada je yang tak kena.ibarat hidup untuk sedia menerima kemarahan seorang ini je.

teringat khutbah Rasulullah saw terakhir-isteri sebagai teman ,layani isteri-isteri sebaik-baiknya.

Saturday, February 5, 2011

Ini lah saat nya...(part 3)

21hb Jan 2011 :Setiba aku di HTAA - aku di usung dan ditolak ke labor room -high risk. Aku sibuk bertanya JM Zakira " Mana suami sya?" Zakira cakap, takpe pandai lah dia cari nanti..
Jam 8.20 pagi : Suasana di labor room buat aku tak tentu arah.Seorang demi seorang doktor keluar masuk bagi rawatan pada aku. Apatah lagi aku ibarat seperti ayam yang sedia untuk di hidang kepada para-para doktor disana.Aku menyuruh hubby aku masuk, Wajah cemas hubby aku buat aku semakin tenang.Aku tak nak dia cemas dengan keadaan aku yang terlantar kesakitan - Status baby masih 3cm..Macam-macam alat yang digunakan untuk keluarkan baby..masih juga dalam keadaan sama.
Hubby aku sentiasa ada disisi aku..memberi semangat dan minta aku banyak kan istifar.

Jam 9.40 pagi : Get ready to GOT -itu yang aku dengar!! GOT??aku nak kena operate ke?
"Puan, kami akan operate puan kerana keadaan baby puan yang distres dan takut ada infection pada baby puan memandangkan 38 drjh celcius demam puan. " Aku redha hanya mengangguk setelah berhempas pulas dalam keadaan yang amat sakit. Aku memandang hubby aku.." Saya dah tak larat, saya dah tak tahan dah...sakit sangat sayang!!"
Hubby aku hanya cakap sabar lah sayang...bertahan

Jam 9.50 pagi : Operation Theater - Puan sila tandatangan borang ini,ini dan ini..aku main sign je..aku dah tak larat untuk bercakap apatah lagi untuk berbuat apa2 dalam hati aku cuma tawakal dan redha..jika kesudahan aku tiada- biarlah baby aku selamat.Itu je aku minta ketika itu,lebih -lebih lagi aku memandang suami dan ayah aku sebelum masuk ke OT.Lagi pilu hati aku...

Jam 10.00 pagi : Semua orang dalam OT memperkenalkan diri dan menulis nama di papan kenyataan , aku membaca satu persatu nama -Incharge Dr Izani , Dr Ainun dan seterusnya para-para pembantu pembedahan.
" Nama saya Dr Ainun , saya akan bius puan di belakang, selepas ini puan tak kan rasa apa-apa dari pingang hingga ke kaki". Aku hanya mengangguk..
Dalam tempoh pembedahan-aku membiar mata aku dibuka dan aku tak akan tido sehingga segalanya selesai..satu-persatu aku lihat perut aku dibelah menerusi kaca di lampu yang menyuluh ke bahagian pembedahan.Ngeri?? tiada dalam pemikiran aku..pada aku biarlah anak aku selamat....

Jam 11.15 pagi : Kepala, bahu...pinggang..dan kaki..ditarik!!! tali pusat dan uri uweeekkk...uweeekkk uweeekkk.....Alhamdulillah..syukur,baby boy.Saatnya ketika itu aku bergelar ibu.



Ini lah saat nya...(part 2)

19hb Jan 2011 : Tinggal lah aku di ward maternity bermula hari ini.Kebetulan pulak ada pasar malam - apa lagi sedap aku "order" kueh cakoi kegemaran aku..sebundle hubby aku bawakan pada aku hari tu.Dan malam ini adalah malam aku tido berteman kan nurse dan katil-katil yang masih kosong.



20hb Jan 2011 : Jam 7pagi , aku dikejutkan oleh Kak Nab, "eh zie, haha..kat sini aok nyek!" aku bebalas senyuman.." mana lagi kak nab? dah ada darah sikit semalam..so baik dok sini je". Ini adalah langkah yang bijak aku buat.Hubby dan rakan-rakan taulan sibuk datang melawat.Aku makin tidak terdaya untuk bergerak..rasa macam nak demam pun ada. Jam 6ptg ada tumpahan air sedikit keluar masa aku nonton tibi.Aku rasa aku biasa-biasa, setelah diperiksa oleh para nurse..ianya keputihan.Tapi rasa aku macam bukan keputihan..so aku seperti biasa menghabiskan sepetang di ward yang bosan..

Jam 11 malam - baby dalam perut semakin aktif mengembang-mengecut...sakit semakin menjadi jadi.Aku rasa kan itu hanya kontraksi biasa.Sehinga jam 1 pagi, sakit tu makin kerap..aku mencapai bekalan hubby aku berikan -aku makan dan mengendahkan rasa sakit..Kemudian aku capai buku " Surah2 pilihan " aku membaca Surah Maryam..untuk bekalan aku, agar aku lebih bersedia menghadapi apa yang tak pernah aku alami.Dan Sms SOS untuk hubby aku supaya dia bersiap sedia ke hospital pekan.

Jam 2:50 pagi - Tengah aku perdengarkan Surah Maryam untuk baby aku- Air keluar mencurah-curah...aku panik!!!!!!!Kak Nab...jerit aku dr katil.Kak Nab segera bawa aku ke bilik rawatan. DR Amizah - selaku kawan aku sendiri yang memeriksa aku.
" Zie aku rasa ko ni kena admit ke HTAA je, ko punya jalan cuma 2cm je " Dr Amizah nampak begitu bimbang. "Abis tu ni nak kena ke HTAA ke?" aku tanya.."Aku takut pe2 hal ko baik ko g sana." - SMS * Syg, sya rasa sya ke HTAA, jalan cuma 2cm *

Jam 6 pagi - aku dipanggil lg sekali oleh Dr Amizah - dalam bilik rawatan dada, aku makin kencang,Suhu badan aku 37.5 "Demam" itu yang lebih membimbangkan Dr Amizah."Zie jalan ko masih 2cm, aku dapat rasa kepala budak dah, selaput dah takde, aku takut baby ko lemas je ni, aku hantar ko ke HTAA lah.Kat sana ramai pakar" Dr Amizah buat aku lagi cemas.Aku segera call hubby aku siap sedia ke HTAA -
Bersiap sedia berlepas ke HTAA- Ambulan menanti aku...kali pertama aku menaiki ambulan dengan berteman kan JM Zakira dan Mashitah.Aku berdoa agar aku dan baby selamat sepanjang perjalanan aku ke HTAA tanpa henti aku beristifar dan doa nabi yunus terkumat kamuit dimulut aku...tak semena-mena air mata aku mengalir, aku redha atas ketentuan ILLAHI.

to be continue............

Ini lah saat nya...(part 1)

18hb Jan 2011 : Bangun dari tidur, aku malas nak melangkah ke toilet..rasa sebu-sebu kat perut ada lagi, mungkin sakit malam semalam tak habis lagi. Jam hampir 7pg, aku memandang suami aku masih terbaring..aku kejutkan dia selepas selesai gosok baju.
" Saya rasa malas pergi kerja lah hari ni" kata aku..dengan ala2 manja.."saya ingat nak cuti bersalin terus lah, sayang hantar saya kat rumah ma, boleh?" suami aku cuma setuju...mungkin dia faham aku dah tak terdaya untuk berkerja. Dan disini mula lah episod baru dalam hidup aku.

19hb Jan 2011 : Setelah cuti aku "approved" dari puan Huda, aku rasa sangat lega berada disamping ibu tersayang, dalam sakit aku gagah kan juga untuk bergerak.orang kata banyak bergerak senang nak bersalin...may be YA.So aku buat apa yang termampu dekat rumah ma.Walaupun ma banyak melarang tapi aku bertelinga kecil...hehehe.faham-faham je lah. Setelah petang hampir jam 4ptg - Show iaitu lendir bercampur darah keluar sedikit demi sedikit. Aku panik..segera aku bagitau mak aku..Mak aku just corral..siap dia pesan suruh aku call hubby aku balik.Bawa aku segera ke hospital.Hubby aku tanpa lengah datang menjemput aku,kami masih lagi boleh bergurau senda. Hospital pekan tempat dituju.Setiba di hospital pekan.Aku di periksa seperti biasa oleh kakak-kakak nurse yang sedia maklum kenal aku Zie IT.Ya, jalan masih 1cm.Dan aku ambil keputusan lebih baik berada di situ berbanding dirumah.
Aku tak nak hubby nanti panik in case apa2 hal. So biarlah aku dijaga oleh mereka yg profesional.


to be continue..........

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...