Friday, December 14, 2012

Update bulan 12

Wow... hampir 2 bulan tak menaip di sini.
ayat common - buzy...serius der, sampai saya tak tahu dah berapa lama saya tak bukak FB.
ada rasanya dah tak aktif kot akaun itu....

 Kesibukan saya macam biasa - dengan kerja yg tak sudah habis. Nama dah DRB - mana ada masa kerja goyang kaki. Lebih lagi ramai warga german menempat di sini, dengan kemasukan kereta kebanggaan mereka merz dan vw.

Hujung tahun ni memang sibuk nak masuk rumah baru, baby baru, production baru..tapi orang je lama.
Kereta baru....tu dalam perancangan.

Oh ya..dah department IT welcome 4 orang baru yang meringan beban  sedia ada.Thanks to management dan my new boss is ouwsome!! sangat supporting dan faham keadaan saya yg banyak kerja dan berbadan dua.

Thanks boss.

Ok, balik dulu jam dah kul 6, rutin nak amik addin. Walaupun dah dpt cakap 2-3 patah perkataan yang boleh difahami - bye2, sedap -( time nak makan), masak (nak minum air masak) , natido (nak tido), asih (terima kasih).


Wasalam.

Friday, October 19, 2012

rasa itu (post lama)

"Kadang-kadang kita rasa kita cukup dengan apa yang ada.Adakala kita ingin menambah dengan apa yang kita ada.Dan adakala kita sendiri tak tak cukup dengan kita ada."

It's normal, sebab pada saya setiap manusia ada perasaan untuk maju, atau hidup serdahana dan pula memilih untuk  sekadar apa yang ada.
Sama seperti ikan, kenapa ikan?sebab ikan ada kat kolam luar office..tu je.
Ok sekian terima kasih kerana membaca....

hihihihii......

Ok..ok..sambung balik.Sebab ikan ada yg hidup dalam kolam, ada hidup dalam laut  yg luas dan ada juga hidup di sungai.Saya memandang ikan yang hidup di laut, memang hidup nya sangat mewah...tempat nya luas bebas kesana kesini..makan apa sahaja dr hasil laut.Tapi dalam masa yg sama ikan-ikan ini juga jadi mangsa kepada pemangsa.

last day for test cycle

Im doing my job as IT person, yes...too many things need me to describe how my job is killing me right now.
Almost 1 month, I being act like weekend mum and weekend wife.tip-top....from Pekan to Shah Alam.
Alhamdulillah this my last day at here.Hope system what I've testing will successfully running and working good for LIVE production.
Jadi weekend mum ni bukan kerja senang rupanya.Kadang-kadang buat saya terfikir mcm mana orang yg boleh setahun dua tahun duduk jauh wife and husband.Anak- anak lagi kan?Saya yg baru sebulan ni macam meroyan teringatkan my cute son Addin.Alhamdulillah Allah giving him good dad yg boleh manage Addin dgn baik.So takde lah saya worried sgt pasal tu.Ada juga kadang-kadang cerita hubby saya membayangkan macam mana Addin tu yg telatah dia agak hebat, yg membolehkan tahap kesabaran seorang bapa tu tercabar.
Baru- baru ni hubby saya ada cerita by phone.Addin mandi susu ,elok hubby saya bg minum susu (botol) dia tuang nya susu nya atas badan + sambil bebaring atas sofa ketika hubby saya sedang solat.Lucu gak asa....bila ada anak yg kreatif macam tu kan tak payah pakai losyen nak bg kulit lembut.hihihihii..
Lagi satu pernah sampai report hubby saya cakap ,Addin main filter air abis basah hold kitchen at same time hubby saya solat.Macam mandi katanya.....hehehehe...budak2 kan tahu apa main je lah.
Saya pernah jugak berkejar nak pakai tudung, coz ada orang dtg rumah.Laptop hubby saya lupa ditutup.elok ada Addin tuang air masak yg di minum atas laptop....apa lg black out terus laptop.Marah juga saya masa tu.Tapi bila fikir balik....saya tak patut pukul tangan dia.Even kita peringkat nak ajar budak ada perkara boleh buat dan tak boleh buat.
So, pendek kan cerita pas ni saya boleh bersenang lenang ngan family saya selepas bertungkus lumus men "testing" system ERP yg suppose untuk production di Kilang saya berkerja sekarang.Tak tahu lah keadaan saya nanti selepas sebulan tak masuk office.Mesti macam budak praktikal kan?hihihihih....
Semalam pun hubby saya ada cakap,Addin dah mula cari Ummi dia.Heretnya selimut saya pakai kesana kemari sambil panggil "Ummmiii" tergaru gak lah asanya.Buat saya makin lah nak balik cepat2.

Dan harap perjalanan pulang saya sekejap lagi ke Pahang dengan selamat...amin..

dan setakat hari ni saya takde muntah2..... guest what??? Addin bakal dapat adik..hehehehee...



Friday, September 7, 2012

Pergi dan kembali

Saya baru je lepas berchat dgn kwn baik saya, saya akui..banyak perkara yg saya terlepas untuk sebulan dua ni. Mujur dia  memahami kenapa saya lama tak hubungi dia.
Saya kini dalam proses pembentukan seorang ibu yang berkerjaya.Nyata saya kadang-kadang gagal dalam menangi situasi di mana terpaksa berjauhan dengan anak dan suami dalam masa yang agak panjang bagi saya.
Dalam tahun ni sahaja ntah seberapa kerap saya terpaksa berulang alik KL -Kuantan.Itu belum lagi cerita trip saya ke luar negara.Dan saya mohon kemaafan kepada keluarga saya terutamanya. Saya sendiri sedang mencari masa untuk saya sendiri untuk tenang daripada kerja yang bertimbun.

Apa ntah lagi tahun depan....saya nak tukar tempat kerja?? berapa lama sangat saya bertahan dengan satu tempat kerja.Tapi kalau perkara ini berlanjutan, nasihat kawan saya.....cari kerja lain katanya "keluarga diutamakan,pencapaian masa depan kita"...waahhhh macam kempen politik pulak bunyi nya.

Wednesday, September 5, 2012

selamat hari raya

Selamat hari raya.. semua,
mohon maaf jika ada salah silap.
ter mengumpat, terasa hati dengan kata2 sindir atau apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan di blog ini.

Thursday, August 2, 2012

Sorang - nak komplen pulak pasal lelaki

Hari dalam sejarah rasa nya macam nak tutup kedai pun ada.Department saya ramai yang takde.Team saya..tinggal saya sorang je.Sibuk tak sah kata lah kan..tp ada masa lak tulis blog tu.hahahaha..
Bisa lah nak hilang kan bohsan tinggal sorang..ada perkara yang saya nak membebel kat sini.

Hari yang baik dan ceria di bulan ramadhan ni.Saya nak complaint ada sesetengah perkara yang kurang enak tentang "lelaki" atau "laki-laki" bukan labi-labi ek.hehehe..

Saya  ANTI  lelaki yang suka buat perkara macam ni bulan puasa yang penuh barakah.

1. Mencarut - astafirullah... macam takde kerja lain kan.Nak marah guna ayat2 kasar - Hilang macho lah beb.Kalau di carut tu apa yg dia ada takpe gak.Tapi di sebut nya yang mak dia punya.Ya ALLAH...padahal dia tak tahu ke kat situ jugak dia keluar dulu..hihihii...

2. Memaki hamun - abis binatang dalam hutan disebut nya.Hai...agak-agak lah bulan puasa ni.Kot nya pun nak marah org, jangan lah sama kan manusia dengan binatang.Binatang haram pulak tu. 'orang macam ni kalau nak respek dia pun buat aku fikir dua 3  kali ' - macam mana kehidupan dia dengan anak bini dia agaknya nyek???

3. Mengumpat - Kalahkan perempuan , yerr...tempat saya kerja ni ada kaum lelaki yang suka mengumpat.Jangan tak caya.Umpatan dia lebih power ranger dr makcik-makcik bwh pokok petang2.
Sapa yang diumpat? rakan taulan. boss...jiran tetangga pun kena gak.Masya ALLAH..bila lah diorg ni nak insaf nyer. Ada yg sanggup mengaibkan jiran cakap macam-macam pada orang lain.Aduhlah dunia...dunia

4. Kerja malas tapi suruh orang lain pulak buat kerja dia.Hello...balik bagi anak bini makan dengan hasil kerja macam ni.Memang ter..."sangat" lah berkat rezeki ko tiap-tiap bulan.GOOD!!!


So setakat ini sahaja komen saya tentang segelintir lelaki yang kurang adat kesopanan dalam menghormati bulan ramadhan.Semoga mereka mendapat Hidayah dan Petunjuk drp ALLAH swt agar mereka berbuat baik merapatkan lagi ukhwah sesama insan.

Sama-sama lah kita mencari keberkatan RAMADHAN itu.

Walllahualam.

Tuesday, July 3, 2012

Paranoid

Di jadikan satu cerita, sya sedang memandu kereta dengan kelajuan 80km -100km di tengah bandaraya yang tak tahu mana hala tuju. Dalam fikiran sya adakah betul jalan yang sya pandu ini?Kalau sesat macam mana nak patah balik.Dalam hati Allah hanya tahu, sya tawakal , semoga Allah lindungi sya di bandaraya yang agak asing bagi sya. "tup...tup" handphone baru sya beli kelmarin berbunyi , tetera nama "LoveSyg".
Sya mengangkat - "Hello, assalamulaikum...kat mana dah?" tanya hubby sya.Agak risau bunyi dia.
Sya jawab dengan tenang supaya dier tak bimbang dengan keadaan sya yg tak tahu mana arah tuju
 " Walakumusalam,tak sampai lagi jalan jem, nanti apa sya col balik ". Jawab aku seringkas mungkin..End call. Then handphone sya unyi lagi , tanpa sya melihat no, pada fikiran sya Hubby sya telefon semula.
 "Hello" -sya
"Hello, Assalamulaikum" - pemanggil
"Walaikumussalam " -sya
" Kat mana sayang" - pemanggil
Terus aku teragak-agak suara nya lain, bukan suara hubby sya , Sya melihat no - 014*****,
Sya terdiam membiarkan panggilan tu dan putuskan panggilan..

Dan.........

Sedang memikirkan arah tuju pemanduan kereta kesayangan sya,...Handphone sya berbunyi lagi.No yang sama...Sya biarkan sahaja. dan....End call...

Sya ceritakan pada Hubby ada panggilan tak dikenali masuk tanya sya dimana dan memanggil sya "Sayang"..
Hubby sya terus minta sya forward no tersebut.Sya minta nanti sya selamat sampai baru sya forward.

Dan selamat tiba sya ditempat yang ingin dituju...tanpa lengah sya cuba semak kembali no 014 yang bertalu-talu incoming call.

Setelah fikiran sya setenang-tenangnya.Baru sya perasan tu no "Mak Mertua" sya.OhhhhTidak!!!!!!!...Handphone baru, nama "Mama" tak appear...kat phonebook, aiseimen...
Kenapa boleh sya dengar suara mak mertua sya macam suara lelaki ,Kalau dah fikiran ntah mana2.Ini lah dier nya, of cos lah mak mertua sya risau pasal sya yang travel sorang2.Dan sememangnya mak mertua sya panggil sya "Sayang"..... aduh yai...

Terus sya col mak mertua sya...dan meminta maaf. Gelak besar dia dengan perangai sya yang paranoid itu.

Sorry Mama.....



Thursday, June 7, 2012

positif dan doa

As salam,

Sebelum ini entry saya berkenaan kawan saya yang kurang senang perangainya.Dan Alhamdulillah..Allah mempermudahkan kerja saya ditempat serba baru ini.Dengan membuka pintu hati kawan saya untuk menerima saya dalam alam perkerjaan dia.Syukur pada ALLAH atas limpah kurnianya memakbul doa serta memberi saya keinsafan atas apa yang diuji oleh NYA.Alhamdulillah....hari-hari saya ke tempat kerja tidak lagi ada gundah gulana.Semoga ALLAH akan permudahkan segala urusan kerja saya disini dengan memberkati rezeki yang diberi.Sesungguhnya ini adalah cabaran kerjaya saya dan saya redha atas apa telah dirancang oleh NYA.

Saya meminta maaf jika kawan saya ada terbaca pasal entry ini.Saya amat berterima kasih kerana awak sudi memberi tunjuk ajar pada saya.Saya hargai ilmu yang awak berikan.InsyaALLAH saya akan laksana kan tugas dengan baik kelak.


Tq so much...




Monday, June 4, 2012

sebuah karangan semasa induksi

aku terpaku ..........

nama saya "zie"
"zie je" dengan sinis...dia berkata-kata patah lagi riak wajah nya.

Dalam pada itu saya berfikir sejenak, salam perkenalan dari saya di sambut dingin.Apakah dia mempunyai problem dengan jiwa atau mental dia?? kesian dia.

Kadang-kadang kita melihat pada seseorang pada percakapan, pada mimik muka atau mungkin pada penampilan dirinya kita boleh mengagak macam mana personaliti diri seseorang itu.Dari sudut pandangan relektif pula.Kita perlu pandang dari punca nya seseorang boleh bertindak sebegitu.Memang pada saya dia seorang yang sombong bila beriaksi sebegitu dengan seorang yg ikhlas ingin bersahabat.Namun saya merasai  ALLAH ingin menduga kita sejauh mana kesabaran dan tahap keimanan kita berhadapan dengan makhluk ciptaan nya yang sebegini rupa, dan saya tersenyum pertanyaan dia saya jawap dengan tenang."Nama saya Norfaziah Mohd Rejab tapi orang semua cuma panggil saya zie ". Dan Alhamdulillah dia mengatakan nama dia dengan ringkas.Apatah lagi saya tidak banyak menyoal.

Duduk terdiam seketika bila berhadapan dengan orang sebegini rupa.Buat saya tertanya-tanya dan ingin mengkaji atau mahu ingin menolong dia supaya dia keluar dari kepompong hidupnya yang memang rendah pada orang.Kerana pada saya setinggi mana ilmu yang kita bawa, sedarjat mana pangkat yang kita ada itu semua milik ALLAH swt.Kita hanya dipinjamkan sahaja.Saya fikir mungkin emosi dia terganggu dengan kehadiran saya, mungkin dia rasa dirinya kecil berbanding orang lain.Dan ini caranya dia menunjukkan diri dia untuk maklum kan pada orang baru seperti saya bahawa.Saya seorang yang berpengalaman....hormati saya.
"Saya hormati dan sangat kagum kerana segala perkara atas bahu nya.Dia seorang yang hebat dalam kerjayanya.Alhamdulillah ALLAH turunkan ilmu pengetahuan atas dirinya untuk dia mencari rezeki dengan itu."


Pendapat saya dia ada masalah peribadi yang boleh menyebabkan dia bersikap demikian rupa.Ini adalah peyumbang faktor personaliti seseorang itu.Saya doakan agar dia yang saya maksudkan sedar akan sikap agak kurang menyenang itu dan berpijak pada bumi yang nyata, lihat orang sekeliling bahawa kita didunia ini hidup atas segala perkongsian.Udara, air , sumber rezeki dan segalanya......kerana dalam dunia ini hanya sementara.


Wallahualam.



Thursday, May 10, 2012

RM900 macam tak cukup je

As salam ,

Baru2 ni PM kita ada buat pengumuman nak naik kan taraf gaji minuman pekerja swasta sebanyak RM900.
Ramai yg suke, ada juga yg mencebik...dalam yg mencebik tu..adalah "saya".Ada yg mengatakan pasni ibu-ibu dapat bekerja untuk menolong suami dalam ekonomi keluarga dengan gaji RM900. Lagi sekali "saya" mencebik...istilah saya guna "CUKUP KE RM900".
Kalau buat kira-kira sekarang saya gaji taraf exec ni pun tak cukup tau.Anak sorang, kereta sebuah, rumah sebuah.Tu aku cover2 family gak.Kalau campur gaji saya laki bini...pun boleh kata cukup nak belanja harian, minyak kereta yang makin naik hari-ke hari.Belanja susu anak pamper dan bagai.
Jadi korang mikir lah sikit kalau gaji RM900 tu cukup kata ko???
Baby sorang susu setin dah cecah RM 50 anggaran sebulan dah RM200.Pastu pampers anak dah dalam RM50 - RM 80 sebulan.Pastu hantar anak pengasuh lagi dalam RM300. Ulang alik tempat kerja -minyak dalam RM200 sebulan.Makan lagi dalam RM300. Last takde apa pun ko kejar...nak shopping pun tak lepas.
Tu baru sorang anak, Kalau anak deret kecik lagi..."bayangkan lah".....Kesian, kesian dan kesian.Pada ibu-ibu yang dah mikir nak mintak kerja kat pasaraya ke atau mana-mana pejabat swasta.Think twice...sebab kesan dier slow and steady..

Dalam kotak pemikiran saya
1) ko takde sempat nak saving duit pun - at least kalau husband ko memang tak nak pakai duit RM900 ko tu.
2) kalau ko kerja, takde masa ko nak melayan anak-anak nak pantau...dah kerja 12 jam sehari.Dah balik
    penat.
3)Hantar anak ke pengasuh lebih risiko banding jaga sendiri. Bayaran pengasuh bukan murah..if 2 anak dah   RM600.
4) Fikir lah masak2 if betul2 nak jadikan ko seorang yg bekerja sepenuh masa,


Luar kotak pemikiran saya.
1) Ianya membantu para ibu tunggal untuk menampung lg perbelanjaan harian dengan kenaikan gaji RM900.Walaupun sebenarnya tak berapa nak cukup gak.
2)Untuk yang bujang-bujang takde komitmen keluarga.Cukup lah kot...tu pun yg bukan dok KL.
3)Kenapa tak genapkan ke RM1000.Kalau RM900 tolak kwsp dan socso dah tgal berapa ratus nak belanja.
4) Yang mana ibu yang bekerja swasta sekarang elok cari inisiatif lain untuk menampung perbelanjaan harian yg makin maju kenaikkan harga selain bekerja dengan gaji RM900.
5) Orang perempuan yg gaji RM900 kena kahwin dgn lelaki  gaji RM9000 baru orait asa,.hihihihihi

Tuesday, May 8, 2012

goodbye again

minggu last aku kat hospital,- "again" sebelum ni saya pernah tinggalkan hospital berhijrah ke MSTB.Sekali lg saya mengorak langkah akan meninggalkan hospital yg aku sayang."Sayang" yer...sebab kat sini saya belajar mcm2 perkara, mcm mana nak komunikasi dgn org bwh kita, org atas kita dan sama level ngan kita.Paling tidak aku dpt menjinak kan seorang yang dianggap annoying.Hehehe...

dan seperti biasa jadual hidup saya akan berubah serta merta bermula minggu depan.saya tak lagi memakai baju kurung ke tempat kerja.saya tak lagi masuk ikut flexi hour.saya tak lagi ber on call setiap minggu.saya tak lagi...pergi round hospital.

dan jadual baru aku yg ntah saya tak tahu macam mana.Sebelum ni saya selesa dgn kerjaya saya dlm healthcare.Now secara drastik saya berpindah ke automotive. Wow...bala tentera nya lebih ramai berbentuk flat bukan bujur dan lengkok-lengkok seperti di hospital.

dan apakah cabaran yang bakal saya terima nanti, saya pun tak tahu.



nota kecik : kesian Pn huda....

Wednesday, May 2, 2012

Luxury island house

                             Tak jiran nak share lauk kalau bulan puasa.hihihiii

Thursday, April 26, 2012

Kehilangan

11.32 malam tadi sya dikejutkan dengan berita kematian - ayah mertua kawan sya.Walaupun sya tak berapa mengenali ayah mertua kawan sya.Tapi sya tahu dia seorang ayah yg baik dan bertanggungjawab.Alhamdulillah sepanjang kehidupan arwah di dunia, arwah mendidik anak-anak dengan cemerlang.InsyaALLAH, doa anak-anak soleh akan dimakbulkan.Itu lah bekalan untuk ibu ayah kita.
Kepada kawan sya yang sya sayangi, semoga awk tabah hadapi ujian dari -Nya.Sesungguh nya ALLAH Maha Mengetahui setiap takdir yang berlaku.Sya harap awk dapat jaga diri dengan keadaan awk sekarang yang bakal bergelar ibu.Samalah kita berdoa semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa arwah walaupun sebesar zarah. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman dan di jauhkan seksaan kubur dan api neraka.Amin ya Raballamin.- Al Fatihah

Monday, April 16, 2012

Penambahan dan Penolakan

Alhamdulillah...sya telah berjaya dalam sessi temuduga sya baru-baru ini.Agak ketar mulanya tapi sya buat cool.Yelah, bukan tak biasa sya ber "interview". Malah sya sendiri pernah "interview" orang- setelah aku merangkap Asst.manager di sini (atas kertas je). Lebih yang mengejutkan sya selesai sahaja "interview". Balik sahaja sya ke office terus je IT manager call ckp " Kitaorang dah finalize all, so we decide to hire you.Welcome to DRB-HICOM" . Wow!!! sya rasa mcm tak percaya, ada rasa macam mintak kerja kat pasaraya pun ada.Sekejap sangat tahu jawapan nya.Mungkin diorang urgent nak pakai orang kot ni. Bila imbas balik, memang sya agak main-main masa temuduga, dan menduga sya yang terpilih antara 5 calon yang lain.Dimana mereka lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding sya yang selalu ejaan salah , grammar apatah lg.Atau mungkin pakej sya adalah pengalaman kerja dan pandai sesuaikan diri dengan keadaan.Pendek kata Allah dah meletakkan rezeki sya.Sya terima dengan penuh kesyukuran.

Disebalik berita baik yang sya terima ini,masih ternyiang suara hubby sya pernah berkata  "Kalau DRB-Hicom, memang confirm kena hantar g German training". Dan , Yup....you are right baby.Masa interview lagi CFO DRB-hicom ada mention menda ni.Hopefully sayang dpt jaga diri dan jaga Addin elok2 semasa sya tiada nanti.
Dan sya dapat menjangka masa sya bersama Addin lepas ini mungkin tak sebanyak dan se relax sya bekerja di Hospital.Ini lah pengorbanan yang perlu sya buat untuk membina kerjaya sya.Bak kata hubby sya "Allah selalu memberi apa yang kita minta, tapi dalam apa yang diberi itu ada ujian yang bakal kita tempuhi, Allah ingin melihat sejauh mana iman dan taqwa kita pada NYA."

Ok apapun, sya mula mengira hari untuk menghantar resign letter sya.Dan tambahan sya mula buat training untuk staff - ni kes nak turun ilmu sebelum blah.Takut kronik nya diorang tak leh nak handle issue, lebih-lebih lagi Puan Huda sya nak cuti bersalin dan sya pulak sepatutnya mengantikan tempat dia dlm tempoh 2bulan tersebut.Lagi lah terang penganti nak cabut lari.Hope office ok lah ek.


Hah lagi satu sya nak share sikit.Tips temuduga dalam bahasa Inggeris.

1. Sila bagi salam bila mula2 masuk - if melayu /islam bagi lah Assalamuailaikum yg bangsa lain2 tu just good afternoon/good morning.

2. Jangan nervous bila si penemuduga suruh kita bercerita tentang diri kita.
Selalu ayat ni diorang guna - " So, can  you story us about your self ".
 - Cerita seringkas yang mungkin - takyah lah cerita pasal ko adik beradik ko ada berapa anak ke berapa sekian hal.Coz diorang tak nak dengar salasilah keluarga dan keturunan diraja ko.Just ko mulakan apa dengan apa yang buat sekarang? gradute dari mana? Berapa bekerja dan asal dari mana.

3. Sila cerita panjang apa kerja ko buat sekarang? pengalaman kerja ko, apa kelebihan yang ko ada dan apa yang ko tahu related dengan kerja yang korang mintak.
- guna ayat paling ringkas dan senang nak faham.Ingat!! penemuduga bukan cikgu BI korang pun.Jadi tak payah la ko nak guna grammar dengan tersusun.

4. Agree dengan setiap menda yang diorang cadang kan, dan paling bernas kalau ko ada idea untuk di cadangkan untuk organisasi itu.- memang terbaik lah.

5. Diorang akan tanya, Apa yang korang tahu  pasal organisasi diorang? Ko just buat summary sahaja, tak yah lah cerita ada berapa department.Apa setiap department tu buat.Diorang sedia maklum organisasi diorang.Ko boleh cerita apa organisasi tu jalankan dan apa yang penting ada ko tahu selok belok perniagaan organisasi.

6. Kalau pandai buat joke.Sila lah..coz dah masa tegang habis.At least takde ketat sangat rasa kan.

7. Tinggalkan resume dan salinan sijil untuk diorang tengok balik permohonan korang dengan berkata "Hopefully, I will get a good news from you "- dan senyum

8. Langkah keluar, bagi salam elok - ucapkan terima kasih.



Itu tips dari sya kalau rasa boleh pakai..sila lah pakai.

Good luck dan best of luck jugak buat sya yang akan melangkah ke tepat kerja baru...




nota kecik: Hello germany................


Tuesday, April 3, 2012

Bawa Ku Pergi

Bawa ku pergi nyanyian kaka feat zizan , telah di ban??Siap ada surat lagi tak benarkan lagu ini disiarkan mana2 radio atau media.Internet boleh kot.hehehehee....katanya lirik lagu ini boleh disalah ertikan bagi mengalakkan remaja lari dari rumah. Sebut pasal lari rumah, sya pun pernah lari dari rumah...tapi bukan ikut boyfrenz.Takde boyfrenz pun.

Tahun 1990
Sya masa ini berumur 9tahun, darjah 3 der..dah pandai lari dari rumah.Ni kes konflik keluarga, balik je dari sekolah sya terus letak beg kat rumah then cabut...naik bas, turun kat terminal - masa tu sya agak-agak mesti orang kat perhentian bas tu tertanya-tanya mana sya nak pergi.Tapi masa tu tak seglamer sekarang kes culik ke apa.Takde orang pun kacau sya, so perjalanan sya lancar sampai lah sya naik bas yang kedua nak menuju ke rumah mak sya.Tu sejarah sya lari dari rumah, kes nya tak suka mak tiri.Nasib baik lah kan...sampai je rumah mak, kakak-kakak terkejut cam mana sya yang bongsu masa tu boleh sampai ke rumah mak.Apa ntah lagi mak.Terus dia telefon abah, takut abah cari sya.Hehehehee...agak nakal sikit masa kecik dulu.Gitu lah..petang tu jugak abah datang pujuk sya balik semula ke rumah dia.Hati dah nekad tak mau duduk ngan mak tiri lagi.So, abah pun let go sya tinggal dengan mak sya.Yahooo!!!!!!

Tahun 1995
Yang ni kakak sya pulak lari dari rumah.Dia pergi rumah kawan dia, kes nya dia tak nak bungkus keropok.Mak sya ada buat bisnes keropok masa muda belia dulu hantar kat kantin sekolah.Kitaorg adik beradik abis je buat kerja sekolah terus pergi dapur tolong mak.Kecuali kakak sya ni sorang.Hahaha...macam kelakar kan.Kakak sya ni, dia suka memberontak!!jangan suruh dia buat itu ini.Tapi alhamdulillah mak jumpa dia, walaupun dia tahu makcik kawan dia tu dah komplot dengan mak, dia lari duduk dalam longkang sanggup tak balik rumah.hehehehe....kelakar jugak rasanya.Nasib baik jugak lah dia tak kena culik kan.If tak mesti sya tak jumpa dah dia.


Bila tahu hal2 remaja lari dari rumah ni makin menjadi, sebenarnya elok kita tanya pada kita as a parent, adakah betul cara kita didik anak kita.Adakah dengan penuh kasih sayang atau tidak??Dan lagi cuba kita selami perasaan anak-anak remaja kita.Usia mereka sebenarnya "Kawan" adalah family dan "Family" adalah musuh yang mengongkong kebebasan mereka.Sya beringat juga pada diri sya sendiri.Tak mau kejadian lari dari rumah ini berulang kembali pada anak-anak sya kelak.



Lirik Bawa ku pergi:

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi

pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng



tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi

pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Monday, April 2, 2012

kerajaan atau swasta

Pilihan sya swasta, mungkin berbulu je mata-mata kawan2 sya yg kerja kerajaan membaca entri ni.Sorry lah geng, ni pilihan sya.Bukan pilihan ramai dan bukan juga pilihan Jiham Bahdul.Bukan sya tak cuba masuk kerajaan.Pernah berkali-kali sya pergi ambil peperiksaan.Balik dengan hampa.Gambar ntah berapa banyak dah telan.Bukan tak pakai duit nak print gambar.Last2 dah sya dah tak de hati, coz pendapat sya org kerja kerajaan hanya tahu mengarah orang.Bila suruh buat sendiri ermmmm........????

Dah 6tahun sya bekerja dalam sektor swasta, dalam pada itu ada gak sya jenguk kerja kerajaan.Dan sudah semestinya mak bapak sya suruh sya masuk kerajaan senang katanya ada pencen, pinjaman mudah dan seterusnya pelbagai  kelebihan kerja kerajaan ini.Tapi rezeki sya tidak kesampaian.Berbalik pada orang kerajaan, dalam 6 tahun sya membanting tulang bersekang mata untuk memasti satu operasi sistem di sebuah badan kerajaan ini berjalan lancar.Dan hari ini sya dikejutkan dengan seorang pegawai kerajaan yang tak tahu buat apa, apa ntah lagi boleh dikatakan sistem yang sepatutnya dia jaga dia boleh lepas tangan macam tu saja.Mentang -mentang la ko bos dan ko ada 10 sokongan operasi di tempat kerja ko.Dan mentah2 ko tolak pada vendor ko.Ya.....tp ini semua tak membantu ko dalam kerjaya ko.

Baru -baru ni juga seorang F29 tak tahu nak format PC pun.Shame on you..sya tak tahu macam mana orang kerajaan boleh lepas dia kerja.Hai lah...pastu yang sya tahu diorang tak habis dengan kursus..kursus..dan kursus.Balik, hampeh....ada ke apa yang di kursuskan di praktik kan????segelintir ada lah kot.

Dalam sya membebel kat sini.Setelah mentelaah pola kerja orang kerajaan dan swasta.Sya tetap memilih sektor swasta yang pentingkan kualiti dan pengalaman kerja.Setahu sya kawan-kawan sya sentiasa mencari pengalaman dan ilmu untuk tambah lagi pengetahuan dalam sesuatu bidang. Tabik untuk mereka....


Coz setahu sya lagi banyak pengalaman kerja lagi banyak ilmu ko tahu lagi lebat lah gaji ko boleh markup!!!


Sya kini telah di usha oleh DRB Hicom - untuk kembangkan lagi sayap sya dalam bidang sya ceburi sekarang.InsyaALLAH kalau ada rezeki sya disitu.Yang penting ianya bukan bidang nyanyian seperti Mania atau Akademi Fantasia yg takde hala tuju.

Sekian terima kasih.

Thursday, March 15, 2012

pembelajaran hari ni -running command script

 As salam;
Hari ni agak slow n steady kat opis, oleh kerana makcik bebel berpuasa sedang mengantikan puasa yang 37hari ditinggalkan gara2 mabuk masa pregnant Addin dulu + puasa tahun lepas.Azam tahun ni tak nak bayar fidyah dah.Ini dah hari yang ke 30.Usaha mengantikan nya tetap kena teruskan.Dalam pada aku berdiam diri hari ni, Sedang serius configure itu ini menyediakan script patches ada pulak issue masuk.

Sebenarnya aku jarang nak update pasal kerja aku kat blog. Bukan pe, sebab aku ni bukan nya pandai sgt.Tapi apa aku buat itu lah diernya.Hari ni , ada user masalah nak bukak outlook.. asyik je disconnect.So aku pun try buat flushdns.Aku rasa user ni ada masalah ngan network kot.Try ping ke server orait je.Jadi for temporary solution aku kena setup command ni kat startup windows dia.Supaya dia boleh bukak outlook dia yang disconnect itew.Kalau nak belajar macam mana nak setup command script masa startup windows
 ( windows 2007). Jom kita share.

Menu start > Accesories > Note pad > taip command ni
     ipconfig /flushdns
     ascii
     bye


 Save as script -flushdns.cmd

 Windows 2007, taip command ini kat searching "gpedit.msc" > enter
      User Configuration > Windows Settings > Scripts(Log on/Log off) option.


















Double click > Logon option dari  main window :
click  Add  di  Logon Properties dialogue box.





















Add a script dan browse script name dimana tempat Save,  
"flushdns.cmd" pastu boleh restart pc.




Selamat mencuba.heheheee......

Monday, March 12, 2012

berubah - tigasegi

Dulu shotform aku kalau nak tulis note kuliah istilah berubah dalam bentuk tigasegi.Secara halus nya bukan aku mahu cerita bentuk tigasegi atau cara -cara nak tulis shot form yg berkesan semasa kuliah.Tapi aku nak bercerita tentang arus perubahan..dalam hidup aku.

 Sama juga macam aku sendiri, aku rasa tiba masa untuk aku berubah..kurang kan kontrovesi tingkatkan prestasi "cheewaahh" ni ayat aku copy paste dr Melodi, yang dulu pernah jd rancangan kegemaran aku tapi kini tidak lagi.Mungkin selanjut usia aku, aku ingin memilih pakaian yang longgar , bertudung labuh..Bagi aku berfesyen itu boleh asalkan kena pada gaya dan terpelihara aurat.Bak kata hubby aku "Tak pasal saya nak tanggung dosa awak "..hahaa..ayat nya selalu mengingatkan aku, supaya tutup aurat.Jangan sebabkan aku, orang aku cinta selama ini terseksa di akhirat kelak.Nauzubillah..Kredit untuk dia juga yang sering jadi perunding imej.Selamat tinggal baju sendat mendat dulu kala - bye bye.


"pernah terfikir nak buka  butik on-line , oleh kerana aku ni peminat budle....InsyaALLAH suatu hari nanti aku akan bukak budle muslimah" - perhaps.....













Friday, March 2, 2012

my buzy week

Sorry tak sempat nak update pe2. This week memang disaster - banyak setup system masih pending dan issue user yang tak kesudahan nak cari solution nya.Lebih lagi melibatkan records.DEM!!!YES....i am really buzy.


....
...........................................................
.....
..................................begin............................
....................................thinking.......................
.........................................................................where.........is.....
...........................................................................................................end

Tuesday, February 21, 2012

perbuatan tak patut aku buat masa aku kecik dulu

1. Main pondok-pondok dalam reban ayam.
2. Berak secara diam-diam bawah meja makan
3. Curi guli abang aku (kes nak bayar guli kawan) akibat kalah main.
4. Cemburu dengan kakak aku sendiri bila dia dapat baju lagi lawa dari aku.
5. Ponteng tarawih tapi pergi main mercun.
6. Mandi air pasang / sungai dan main selut -balik kena pukul dengan mak (padan muka aku)
7.Suka kacau mak ayah aku tido - suka masuk bilik diorang slow then tido tengah2.
8. Menangis atas Al-quran sebab baca dengan tergagap.
9. Tipu (datang bulan) bila malas nak mengaji. //padahal aku tak haid pun lagi masa tu..sian ustazah itu.
10. Buli anak makcik Joyah - tarik rambut anak dia nama Nora sampai tercabut.
11.Baling/ pukul dengan penyapu batu pada beruk yang suka masuk curi makanan dalam rumah (kes dera binatang)
12.Terajang muka mak aku, bila tak nak naik kereta kawan dia masa nak g bandar.
13.Simpan kutu atas kepala, tak suka mak cari kan kutu sakit kalau mak tarik rambut kuat2...dasat kan aku???hahahaha....
14. Kencing malam waktu tido...ini susah sikit nak lepaskan tabiat ni.


setakat itu je aku ingat...hehehehe....

Tuesday, February 14, 2012

Valentine days - HARAM

Semalam aku mendengar radio IKIM fm ada membincangkan isu ini.Bermacam- macam pendapat yang bagi.Ada yang cakap if nak sambut boleh tapi ditukar dengan disambut oleh suami isteri sahaja.Jika di fikirkan sejenak sememang kita umat islam tidak dibenarkan sama sekali menyambut perayaan sama seperti agama lain.Takut-takut terpesong akidah, aku bukan nya ustazah pilihan yang tahu serba pasal agama.Tapi itu memang dah common sense menda yang telah diterap oleh mak ayah kita masa kecik.Tapi macam mana nak bendung perayaan agama lain ini menular masuk dalam budaya masyarakat orang islam. Hah, selagi ada yang promosi ada yang buat iklan kat media-media selagi itu lah fatwa yang mengatakan Valentine ni Haram - dan hukum ini tak dapat dijalankan.Lebih -lebih lagi dikalangan orang muda, yang tengah hotsssss couple.Wah-wah masa ni anak gadis sanggup menipu mak ayah nak keluar makan dengan kawan2.Walhal nak sambut valentine dengan boyfriend.

Fenomena Valentine mengerunkan lebih-lebih ada yang orang melayu kita beragama islam sanggup memilih tarikh 14 feb sebagai tarikh perkahwinan mereka.Konon nya, aniverssary jatuh sama tarikh dengan valentine.
betapa "jahil" nya mereka. Adakah mereka tahu sejarah Valentine datang dari mana?

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.


Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".


Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.


So kenapa kita nak bermegah sangat dengan menyambut nya. Majlis Fatwa Agama Islam telah mengeluarkan kenyataan Haram bagi umat islam menyambut Valentine :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Hujah nya :

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.





 

Tuesday, February 7, 2012

excited

Sebelum ni aku ada post surat utk anak aku..hahaa.Hubby aku tak abis perli "tulis surat"...
So at least aku ada gak tinggal surat utk anak aku..biar lah org nak kata apa "Ada aku kesah???"

Kali ni mari kita menyaksikan video yg budak 1tahun yang excited on his birthday ...hehehehe

 

dan ini....
dengan ayat "kejor dier" hahaha....pasar abis ayat org pahang..


Monday, January 30, 2012

January last episode

Ok...redha..mungkin ada hikmah sebaliknya..even rasa macam tak best nak lepaskan si karek tu pergi tapi??sapa suruh tak luah apa yg ko rasa.Padan muka aku!! Mungkin tu rezeki dier dapat kerja kat HP kerja pun bagus.Tetiba aku rasa sunyi..hari-hari nak dtg kerja macam tak de pemangkin..apa yg aku ingat.Si karek tu ada cakap "Zie...hope apa yang kita dok gurau tak yah amik port sangat, sorry ek". Aku nak nak cover punya pasal " hah-ah sama lah saya pun, sorry ek..so gudluck key".

Bila ingat balik aku pernah terjeles - otw nak balik dr makan ramai-ramai (bukak puasa) aku tumpang kereta si karek ni.Tak semena muka aku jadi merah padam bila dapat tahu si karek ni berhenti kat hospital jumpa awek dier.Well pada aku sama lah aku pun sama tu ada pakwe gak...tapi yg penting "laki orang". Giler ar..berani mati aku buat pengakuan aku pernah bercinta ngan laki org.huhuhu.....

Bila si karek tu dah bawa diri ke KL.Baru aku realize hidup aku tak seindah dulu..."pakwe lama semakin aku jauhkan diri"...then aku rasa ini lah masa nya aku tanya hati aku sendiri.Even si karek tu pernah aku benci pernah aku menyampah, aku rasa adalah 4 bakul umpatan aku bagi kat dier.hahahaha...stok ngumpat belakang "patutlah perempuan byk dok kat neraka".
So YM lah penyambung bual bicara aku dan si karek.

Thanks to Yahooooooooo..... berchat dan online on phone tak sangka lak aku si karek yg aku kenal selama ni caring..ok!!! patut lah orang kata dont judge book by its cover.
Pernah gak aku pikir takut2 si awek karek tu serang aku.Tapi good news is dier pun putus cinta ngan aweks dier.Tak menjadi katanya.
"Bab ni bukan aku penyebabnya, Dier putus dulu baru lah aku berani nak dekat..kalau tak , tak tangung dosa aku jadi perampas.."

So masing-masing meluahkan isi hati masing-masing."pakwe lama......dah berkubur". Apa lagi bila masing-masing tak nak pisang berbuah 2 -3 kali.....tak bercinta mana pun.

Aku pun si karek tu "Bertunang" - hahaha...macam main rembat je kan.But Allah swt tu Maha Adil, Dia maha mengetahui segalanya.Setelah di renung dan di kaji dan selidik, Ya....si karek yang pernah aku benci dulu akan bergelar suami aku.

Alhamdulillah.....kini aku dan Mohd Natasha kini menyemai bahagia menyemai cinta bersama selama 2tahun.

Happy Anniversary  Sayang ku...

p/s: Nak balik -tengok gambar kahwin...hihihi........


nota kecik : " Sesungguhnya Allah swt Maha penyanyang, Dia telah makbulkan doaku selama ini, untuk mendapat soul mate, besfriend dan segalanya yang ada pada seorang suami " Syukur..........

















Wednesday, January 25, 2012

January episode 3

Kena buat migrate data...alar lecehnya.
Gila..semua nak masuk dalam database serentak...??? rekod dari tahun 2005.Ha.ha.ha....
thats my thought 
Orait 1st kita collect all data from Specialist Clinic and do a terminal digit sent it at Records.

Set...ok siap yang dekat Rekod..so now kena turun g Specialist.

At Specialist...
Aku        :   Semua yang belah kiri dah siap ke???
Shah       :   Dah awak tolong buat yang belah kanan lak.Ikut RN yang diberi.
Seolah menurut perintah
Aku        :   Ok..erh!! kita dua je ke??mana dak lain.
Shah       :    Ntah..
Aku        :   Serius pulak mamat karek ni...

Aku       : Weh, panas ar..bukak kipas ni ek.

Petik suis kipas yang kian giat berpusing....tetiba aku terpandang Shah sedang tekun bekerja.Sambil angin kipas blowing his face ala2 hero hindustan keluar dari kereta..(kenapa kereta??? aku punya suka lah ni cerita aku)!!!!.... rambut nya terselak...gertak hati miang ku "hensem gak dier ni".....


Kat Office lak..

Aku       : Boh, bapok rajin nya..sampai ke malam tak abis nak kick in data, relak ar.Sok ada lagi kan.
Shah      : Siap cepat, senang kerja.
Aku       : Meh , Nak tolong, yang mana satu tak abis masuk lagi ni??
Shah memberi beberapa penerangan pada aku dan mula serius melakuk kan kerja -kerja kick in data.
Tapi.....yang lebih penting aku dan dia sahaja dalam office tu..di ulangi AKU DAN DIA sahaja OK!!!!
sambil cover (koya) cantik..buat kerja dengan kesopanan dan kesusilaan...suasana jadi sunyi.Hanya bunyi taipan keyboard di  dekstop masing-masing.

Shah      :  Weh, lapor lah pulak, Zie awok makan dah ke?
Aku       :  Belum.Jom makan nak??
Shah      : Arr bukan dier nya buat kerja tak makan.Jom ar..
Terus aku dan dia, tak semena keluar makan bersama di restauran "Keluarga Bahagia"
( macam ada makna je nama restauran ni kan)

to be continue....


Thursday, January 19, 2012

Surat untuk Anak ku - Addin

Salam sayang ku Addin,

Untuk tatapan anak Ummi yang Ummi kasihi, Ummi tahu masa dan tika ini anak Ummi masih belum pandai membaca dan apatah lagi pandai "online" kan.Entah zaman Addin besar sok lebih canggih dari apa yang ada sekarang.Surat ini Ummi karang khas untuk Addin Ummi yang tersayang.Harapan kelak Addin boleh membaca nya berkali-kali jika teringat kan Ummi.

Addin,

Ummi masih teringat waktu dan saat ketika hendak melahirkan Addin.Rasa sakit yang amat, bermula dari 19hb January 2011 Ummi di masukkan ke ward kerana tumpahan darah.Dan Addin masih tidak mahu melihat dunia lagi sehingga air ketuban Ummi pecah pada 20hb malam akibatnya Ummi demam.Mungkin disebabkan Ummi takut dan gemeruh.Ini kali pengalaman pertama Ummi melahirkan anak.Tapi Addin masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu keluar.Pada Ummi, mungkin Addin sangat suka berada dalam alam rahim yang cukup tenang.Tapi sayang, dengan kuasa ALLAH swt Addin selamat Ummi lahir kan pada keesokkan harinya, hari Jumaat penghulu segala hari.Walaupun Ummi terpaksa dibedah untuk keluarkan Addin...pada masa perasaan Ummi hanya mahukan anak Ummi selamat apabila doktor cakap berkemungkinan Addin boleh lemas kerana kekurangan oksigen.Alhamdulillah anak Ummi lahir sihat walafiat.

Pernah Ummi teringat waktu Ummi dalam pantang, Addin tak henti-henti menangis - puas Ummi dan Abi pujuk Addin, dodoikan Addin..sapu minyak panas takut2 kalau Addin kembung, susu kan Addin dan pelbagai cara lagi nak pujuk Addin daripada menangis sehingga  ke subuh baru Addin mahu tido.Bermula pada itu Ummi selalu beringat jangan bawa Addin keluar malam-malam.Apatah lagi sebelum tiba waktu maghrib je Ummi dan Abi bergegas nak balik rumah cepat.Takut-takut Addin berembun malam-malam.Adakala waktu Addin menangis ter-esak-esak tak kenapa umpama dunia ni akan berakhir, sedang pada itu Ummi pun turut sama menangis.Tak tahan mendengar rintihan anak Ummi....

Addin, 

Walaupun sejak Addin lahir, tidur Ummi tak pernah lena.Ummi syukur kerana adakala Addin kejutkan Ummi solat bila Addin nak susu.Alhamdulillah..terima kasih Addin.Walaupun Abi kadang-kala kesian untuk kejut Ummi dari tido.Tapi Ummi rela berjaga untuk Addin..takut kalau2 ada nyamuk gigit.Begitu lah kasih sayang Ummi pada Addin.

Addin penghibur Ummi di kala sunyi.Dengan gelak tawa Addin dengan senyuman manja Addin berlekuk dua lesung pipit pengubat hati Ummi.Walaupun penat - hilang segalanya...Kadang-kala Ummi tersenyum sendiri teringatkan telatah Addin.Lebih-lebih kalau nak tido, bagaikan satu rumah Addin nak pusing.hehehee...nak cari keselesaan tido agaknya..hhihiii...Ummi bersyukur pada ALLAH swt menganugerahkan Addin dalam hidup Ummi.


Sayang Ummi, 21st January 2012  akan tiba genap lah Addin melangkah ke usia 1tahun.Rasa macam baru semalam Ummi menyusukan Addin dan dodoikan Addin dalam dakapan Ummi. Tak sangka Ummi cepat sungguh masa berlalu.



Akhir sekali...Ummi berharap Addin dapat menjalankan tanggungjawab Addin sebagai khalifah ALLAH dengan baik kelak.Ummi doakan anak Ummi menjadi anak yang soleh.Berjaya di dunia dan akhirat.Menjadi muslimin yang taat dan beriman akan perintah ALLAH swt.Semoga Addin sentiasa sihat dan dijauhkan segala penyakit dan malapetaka.Semoga ALLAH mengurniakan rezeki dan akhlak yang baik pada Addin .InsyaALLAH...


Ingatlah sayang ku Addin sesungguhnya "Syurga itu bawah tapak kaki Ibu"



Selamat Hari Lahir Sayang............




Dengan kasih sayang;
Ummi 
Norfaziah Mohd Rejab



Monday, January 16, 2012

January episode 2

"cesss mana si Fahmi ni , &$%%@##$%%^888 - kalau aku tahu aku naik bas dah tadi "

SMS 

Aku       : Weh, mana ko..lambat giler dah ni.
Fahmi    : OTW , ko tunggu je lah kat situ.

" Mau aku muntah dok jemur tengah panas ni " dan........uweeekkkkkk serius abis breakfast aku td giler membazir sungguh.

SMS

Aku       : Kakelly , sya msuk lmbt sikit..Fahmi tak dtg2 , sya nk tumpang dier.
               Smpi muntah sya menunggu   dier. sya balik tukar baju.
Kakelly : Hah, apa?? budak Fahmi nak kena kang..gini awk call Shah,
              dier ada kat kuantan lagi tu , dier g jumpa dentist.

Cepat je tangan aku cari nama Shah dalam phone book group -SP

Aku      : Errr hello..assalamulaikum..
Shah     : Walaikumussalam..
Aku      :errr ada mana?If dekat2 sini nak tumpang leh.
Shah     : Ada kat bandar, otw nak g pekan.
Aku      : Lalu mana? lalu tak kat KIPSAS ke Tg lumpur.Nak tumpang..Fahmi tak dtg amik.
Shah     : oooo arrr..okey2.Tunggu kat umah lah sya g amik.


Tetiba rasa macam ada hero nak datang selamatkan .Berbunga je rasa.Nasib baik lah ada si karek ni.

Ketibaan - yang ditunggu, aku hanya melihat dia tersenyum dari dalam kereta.Dan kereta itu terus meluncur laju menuju ke Pekan. Dalam kereta hanya radio dengar sambil borak-borak tentang si Fahmi itew...

"huh geram sungguh rasanya"



to be continue.................

Thursday, January 12, 2012

January episode 1

Ketawa bagai nak rak - Hahaha.....hahaha..dan hahahaa lagi - Dari dalam bilik dah dengar suara dia yang kuat sangatttttttttttttt.........annoying
Iyerrrrr...........tak nak aku orang jenis macam tu dah la kurus macam mat pittt je.
Menda mu tengok-tengok "bahang" mu kang - ayat biasa yang diberikan pada aku.

Hish ntah apa-apa mamat ni.....budget bagus sangat lah tu.Geram aku!!!!!!
Kadang-kadang bukan setakat disini sahaja aku tak puashati dengan mamat ni sorang.
Dah la karek, mentang-mentang lah dia je yang tahu semua menda.....

Aku           : Kak elly tak rasa macam dia tu kedekut ilmu?
Kak elly     : Awak tu tak nak goda-goda dia..memang lah dia kedekut..
                  sebab bukan nya  awak tu awek dia.
Aku          : "Betul gak tu".......


CC           : Oh sayangku zie.....
Aku          : CC ku Ismail..yup,

sambil menjeling si kedekut ilmu.
                " Cis wat tak tahu saja , ingat aku ni patung ke? tak jeles ke???
                " dah lah takde kerja lain, asyik tengok ber YM je manjang "....hurmmmm = (


Aku         : Kak elly tak rasa dia asyik je YM , mcm takde kerja lain.
Kak elly   : Dia YM pasal kerja takpe
Aku         : "Kenapa kak elly asyik bg muka pada dia ni"?????




to be continue..........





Thursday, January 5, 2012

Membebel


Salam tahun baru..

Yer seperti biasa tahun baru muncul.Masing sibuk citer pasal azam tahun baru.Azam tahun lepas yg tak tertunai.So apakata kita ubah kita punya perkara common macam ni kepada perkataan " life must be go on" . Tak payah la sibuk tanya orang azam tahun baru ke tahun lama ke.
Apa yang aku bebelkan ek.Ni menanda kan tahun ni aku semakin menunduk - semakin otai.hehehee..
Yelah - kedut kat muka dah ada, uban pun sedikit-dikit muncul. Nak cucuk botox kan jadi macam Anita Sarawak lak.Nak kaler rambut jadi macam Amalina lak.Wells, adanya aku syukur pada yg ada...tanda penuaan ni lebih mendekatkan diri aku pada NYA. amin....

Kalau duk tenung masa muda-muda dulu banyak sangat menda yang aku kesalkan.Tapi itu lah dia kalau takde pengalaman dulu takde pulak kita sekarang ni lebih matang.Yang pahit ditelan dan jadikan sempadan, yg pasti manis akan datang juga akhirnya.

(errrr apa lagi ek aku nak bebel....) " ni gara-gara aku layan mengantuk aku kat office, then pening-pening nak settle issue yg ntah apa-apa" 

Opsss..sebelum aku lupa Addin hampir 1tahun..Yey..anak Ummi dah besar.Now tengah belajar berjalan slow n steady lah Addin.

Dan hubby aku lak.Katanya sibuk nak cari kerja lain.Stress.....katanya.errmmmmmmmm...ok.janji kitaorang tak makan pasir.Aku kira dia tahu tanggungjawab dia.Jadi aku tak tertekan mana pun.hehehee..Cayuk sayang!!


lagi...

lagi.......

kumpul duit...cari harta.....

lagi...



kerja sampai lebam..........


lagi.....

anak kedua coming soon tunggu 2 tahun lagi.hehehehe


err..takde dah rasanya. if ada aku update soon..




                                      Haiya apek ar....lenkali bawak lori lah..hehehehee


p/s: hari ni je aku pakai kurung yang mencecah 21 tahun lamanya...baju kurung mak aku diturunkan pada aku.Seusia adik aku yg bongsu...memang old school derr.

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...