Friday, September 7, 2012

Pergi dan kembali

Saya baru je lepas berchat dgn kwn baik saya, saya akui..banyak perkara yg saya terlepas untuk sebulan dua ni. Mujur dia  memahami kenapa saya lama tak hubungi dia.
Saya kini dalam proses pembentukan seorang ibu yang berkerjaya.Nyata saya kadang-kadang gagal dalam menangi situasi di mana terpaksa berjauhan dengan anak dan suami dalam masa yang agak panjang bagi saya.
Dalam tahun ni sahaja ntah seberapa kerap saya terpaksa berulang alik KL -Kuantan.Itu belum lagi cerita trip saya ke luar negara.Dan saya mohon kemaafan kepada keluarga saya terutamanya. Saya sendiri sedang mencari masa untuk saya sendiri untuk tenang daripada kerja yang bertimbun.

Apa ntah lagi tahun depan....saya nak tukar tempat kerja?? berapa lama sangat saya bertahan dengan satu tempat kerja.Tapi kalau perkara ini berlanjutan, nasihat kawan saya.....cari kerja lain katanya "keluarga diutamakan,pencapaian masa depan kita"...waahhhh macam kempen politik pulak bunyi nya.

Wednesday, September 5, 2012

selamat hari raya

Selamat hari raya.. semua,
mohon maaf jika ada salah silap.
ter mengumpat, terasa hati dengan kata2 sindir atau apa sahaja yang berkaitan dengan penulisan di blog ini.

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...