Monday, April 10, 2023

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua.

Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir.

Selalunya En.Somi aku 10 hari Ramadhan terakhir dia akan buat pecutan terakhir. Dan aku pulak ada masa boleh ikut langkah dia, ada kala terbabas juga. Hihihi.. nak menguruskan keluarga dalam masa nak kejar pahala selalu jam itu berdetik dengan laju. Jadi tahun ini aku cuba!! at least aku ada azam setiap tahun nak dapatkan ramadhan lebih baik daripada tahun sebelum-belumnya.

Kalau nak cerita zaman puasa aku masa dulu-dulu dan sekarang memang jauh beza. Dulu aku tak rajin nak sahur makan bagai.Kalau dulu bangun pun sekadar makan kurma, roti minum air je. Sekarang aku kena bangun awal daripada semua orang. Kena masak, panaskan apa-apa yang patut. Dulu anak-anak kecil lagi, tak puasa pun. Sekarang anak-anak dah boleh puasa penuh. Jadi, kena la bangun untuk bagi pahala sahur pada anak-anak.Jadi diorang pun kalau kat sekolah takde la penat sangat sebab dah bangun.

Seronoknya bila bersahur bersama dengan anak-anak, kadang macam-macam perangai. Ada yang blur.....pending... loading... command not found. Yelah bangun-bangun basuh muka terus duduk kat kerusi makan. Ayat mak nyer "Cepat makan", "Minum air" , "Baca niat"..... "Cepat kejap lagi subuh"..nak g solat masjid makan cepat.

Kenangan sahur- berbuka dengan keluarga paling seronok. Tak kira kita makan apa sebenarnya. Even ada kurma 3 biji air masak pun sekali pun. Itu pun dah indah....rezeki Allah bagi bulan mulia ini bukan sahaja dengan hidangan makanan yang lazat-lazat untuk berbuka. Tetapi rezeki Allah bagi kat kita, hargai setiap apa yang kita ada. Rezeki kasih sayang keluarga, sihat, semua yang ada pada kita adalah rezeki. 

Jadi...... untuk yang membaca ini, Alhamdullillah.. syukur pada Allah kita masih dalam bulan ramadhan bersama beramal dan ibadah. Moga Allah makbulkan doa kita semua dan mendapat pahala lipat ganda dibulan  mulia ini.Dan doakan juga moga masih boleh berjumpa dengan ramadhan pada tahun akan datang.

Aamiin....





Friday, December 30, 2022

Sebuah kisah penamat di hujung 2022

 Assalamulaikum,

Hari ini aku rajin ingin menulis, mungkin sebab cuaca yang sejuk.. Mood kerja yang bertimbun kita relax minda sekejap . Thanks pada yang sudi membaca tinta aku sejak dari tahun ke tahun. Begitu lah kalau bergelar mak-mak ini masa untuk santai tiada. Hanya ada dapur, laptop, uruskan rumah itu dan ini. Sampai  anak aku sendiri pernah cakap "penat jadi mak". Semua perkara nak uruskan.... yaaaa wahai anak ku, jadi sebelum jadi mak kepada anak sendiri. Diri sendiri dah kena latih..itu yang mak aku buat pada aku masa kecil-kecil dulu

1. Bangun tidur mandi terus, selagi tak mandi tak dapat makan..."sedihkan"

2. Bangun tak boleh lebih jam 9 pagi. Jadi aku dah diajar lepas subuh tak tidur. "teringat kat Baity, sahabat aku dia pun ada peh el yang sama. Dah bangun subuh tak boleh tidur.  - yang ni aku cekelat sikit, dah tua bangka ini kadang tidur je lepas subuh, sebab PENAT sangat. " hahahaha"

3. Masa kecil dulu aku suka mandi petang- sebelum maghrib dah masuk bilik air siap- pakai bedak wangi.. bila mandi awal serius segar. " sebenarnya takut sebab rumah kampung bilik air kat luar rumah - baik mandi awal kang dah gelap takut".

4. Mak -ayah aku bekerja.. jadi masa kecil dulu aku adalah anak paling kecil sebelum lahirnya adik aku yang gap dia 10tahun dari aku. Jadi aku kena tinggal sorang.. yes,  HOME ALONE jadi macam-macam aktiviti aku penuhi bila tinggal sorang sementara tunggu kakak dan abang aku balik sekolah. Ini sebenarnya buat aku lebih kreatif dengan mainan imiginasi aku dan lebih berdikari la boleh aku kata kan;. Mak aku pesan.. kalau ada orang bagi salam dok diam-diam jangan bukak pintu. pastu jangan main air dan main api.

5. Mak aku ajar aku masak umur 7 tahun.. kira -kira umur 7 tahun dah pandai masak nasi pakai dapur gas OK. bukan pakai periuk nasi letrik macam kita-kita ni. Jadi kalau ko lapar ko pergi dapur ko masak nasi sendiri. Haaa gitew.


Apa2 pun sempena tahun baru the so call arus IOT dan AI berlumba-lumba merasuk dalam kehidupan manusia. aku just nak share beberapa koleksi item yang bakal masuk recycle bin. Silap2 dah masuk dah pun. 

1.  Ipod Apple - asanya dah relevan dah.. sebab dah ada spotify & mcm2 lagi cloud music 

2. Black berry phone - sebabnya ramai dah pakai smart phone

3. VGA kabel- semua dah tukar kepada HDMI even laptop pun dah takde VGA port.

4.  Internet Explorer - sebab dah bertukar kepada Microsoft Edge 


Selamat tahun baru semua... Moga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH. 

Jangan beria sangat sambut tahun baru sempena lepas PKP 2 tahun. Just pada- pada.. 




Friday, March 4, 2022

OMICRON PULAK DAAA... 2022

 Assalamualaikum,

Aku ni macam hari raya kan.. muncul setahun sekali kat blog, walaupun orang lain dah sibuk ngan tik tok, instrastory laaa..akemenda lagi. Tapi pada aku penulisan lagi hebat, kita menulis kita berfikir.. dan kalau salah tulis boleh padam.. haaahh gitu. Kalau terlepas cakap tak boleh padam tapi kena hadam.

Aku pun bukan sorang yang rajin sangat menulis, ada hari yang tenang hah.. macam contoh hari ni.. hari jumaat, cuaca kat luar pun sejuk-sejuk  kopi panas kena aircond gitu. Mungkin barakah hari jumaat, penghulu segala hari.

Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal hari jumaat. Cerita aku hari ini tentang virus variant baru "OMICRON" Covid19 - Dah ramai kawan-kawan sedara mara aku yang terkena Covid19 disebabkan Omicron ini dah jejak kaki Malaysia ni. Dan pula, dah jadi normal pulak... bila tanya kenapa tak datang kerja - jawapan dia " saya positif covid19" .WOW!!! semalam baru rasa jumpa makan kat warung hari ini dah kena Covid19. Hanya doa sahaja mampu kita hadiahkan semoga cepat sembuh Allah mempermudahkan urusan. 

Aku sendiri dan satu family dah terkena virus Covid19 ni.. tapi tak tahu variant apa. Seingat aku kami sekeluarga terkena masa banjir 2021 mula dari 19 Disember 2021 lepas tu kuarantin lah 10 hari. Orang lain di uji dengan ujian banjir dan aku bertarung dengan Covid19. Betul lah.. sakit covid19 bukan sakit biasa- biasa. Demam dia tahap gigil dan paling aku kesian anak-anak lah.. terutama anak perempuan aku, dia paling teruk diuji.  Apa yang aku tabik spring..anak aku ni dia kuat semangat. Dia tahu dia sakit dia bangun lawan. Dia rasa badan dia panas dia sendiri pergi mandi, boleh kata kan setiap 30minit aku tengok dia pergi bilik air mandi. Syabas Ainul... kata nak jadi DOKTOR kena lawan penyakit.

Apa yang aku satu family lalui, cukup ajar kami bertapa penting nya SOP . Yaaa sebabnya boleh di katakan last vacation kami di Kidzania maklumla cuti sekolah dah 2 tahun berkurung tak pergi mana sekali pergi jejalan balik bercuti dapat pakej dia sekali...cuti rehat pulak sambung 10 hari duduk rumah.

Yang penting sekarang ni pada aku kita perlu ikhtiar dan tawakal doa pada ALLAH swt, supaya kita semua dihindari segala penyakit yang ada yang akan datang.. sekarang Omicron tak tahu lepas ni apa pulak variant kita nak hadap. Lepas ni varian apa pulak Omega ke Pi ke ? Pokok pangkal nya tanya iman kita...sendiri, ALLAH sedang uji kita.


Kita sedang menuju ke akhir zaman.... sedikit sedikit dan sedikit makin kita nampak segala ujian ALLAH turun kan pada kita semua. Bagaimana pulak kita sendiri akan beri persediaan kepada generasi kita akan datang untuk hadapi pelbagai lagi ujian akhir zaman kelak. Wallahualam..


Selamat Tahun Baru 2022...

Umur dah tua bila tengok anak makin membesar...

Wuhhuuuuu....


Akhir kata kita bagi lagu ini bagi siapa yang tahu...hihihi

"Saat aku lanjut usia
Saat ragaku terasa tua
Tetaplah kau slalu di sini
Menemani aku bernyanyi
Saat rambutku mulai rontok
Yakinlah ku tetap setia
Memijit pundakmu hingga kau tertidur pulas
Genggam tanganku saat tubuhku terasa linu
Kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
Kita lawan bersama dingin dan panas dunia
Saat kaki tlah lemah kita saling menopang
Hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
Sampai jumpa di kehidupan yang lain
Saat perutku mulai buncit
Yakinlah ku tetap tersexy
Dan tetaplah kau slalu menanti
Nyanyianku di malam hari
Genggam tanganku saat tubuhku terasa linu
Kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
Kita lawan bersama dingin dan panas dunia
Saat kaki tlah lemah kita saling menopang
Hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
Sampai jumpa di kehidupan yang lain
Sampai jumpa di kehidupan yang lain"


- Saat lanjut usia - 
Nota buat suamiku 







Monday, April 5, 2021

Kerja paling lama dalam sejarah hidup

Kalau dulu-dulu aku suka main lompat kerja. Orang kata aku tak loyal... peduli fish.

poket aku, kaki aku...aku tahu.. aku lompat kerja ada sebab; 

1. nak lari dari ex boyfriend 

2. memang nak up gaji

3. nak environment baru

4. nak belajar menda baru

Macam suami aku selalu pesan kat aku, kalau berada di atas sentiasa lah pandang dibawah. InsyaALLAH aku sentiasa ingat ini. Walaupun Allah murahkan rezeki aku dan permudahkan segala urusan. Aku percaya Allah bagi bukan saja2. Allah sedang uji aku !!! adakah aku umat yang tahu bersyukur atau tidak. 

Cerita pasal syukur-  Kini telah genap  5 tahun  aku bekerja di KUIPSAS, paling lama bertapak selepas DRB-Hicom . Dan dengan rasa syukur setelah 25 tahun KUIPSAS telah di naik taraf kepada sebuah Universiti... nikmat Allah berikan kepada kami semua di KUIPSAS dan dibumi Pahang akhirnya ada nya sebuah pengajian islam bertaraf  Universiti.

Dan tiada sebab aku tak loyal dengan tempat kerja aku sekarang ni. Dekat sini , alhamdulillah kalau nak berhijrah tiada alasan. hihihi..Kalau nak berubah bukan tempat yang ubah kan kita tapi ianya mula dengan niat.


Taniah KUIPSAS, 

Berilmu, Bertakwa.

Tuesday, February 23, 2021

MOVEON BEB

Kalau nak tahu aku pengemar cerita-cerita kartun.. yaaaa semua kartun aku layan. tapi anime katakan tidak sebab episod dia tahap maha dewa kalau nak habis. Never ending story.  Kalau kawan-kawan kat office aku ni memang dah tahu dah, asal je ada movie kartun tayang kat wayang aku la book tiket awal-awal seawal pukul 10pg biasanya. Anak-anak apa lagi mak layan kartun diorang pun lagi sonok. 

Apa-apa pun dah umur  40an ni.. hihihi..still tak leh moveon nak tengok kartun, sampai mak aku cakap kalau kartun kat tv aku sama naik ngadap dengan anak-anak sedara duk sit depan tv. Adakala aku control hawa nafsu aku menonton kartun. Kalau kartun tu sangat menghiburkan aku duduk berjam-jam pun takpe.

Kalau pernah dengar kartun thundercat.. lejen ni weh. sampai sekarang aku fikir kalau cerita superman, avengers... dan banyak lagi cerita superhero, even cerita sonic tu pun boleh jadi real. kenapa sampai sekarang takde cerita thundercat?? aku rasa bukan aku sorang je fikir macam tu. Even Transformer asalnya kartun pun boleh jadi real kan.

Kartun yang boleh dikatakan rare zaman-zaman dulu.

1. Toriton

2. Thunder Cat

3. He Man

4. She Ra

5. Adventure of Gummi Bear

6. Jem and Holograms

7. Care Bears

8. Transformers

Yang ni la selalu aku tunggu kalau waktu habis sekolah dulu. Lagi la sekarang rancangan kartun ada 24jam tak payah tunggu -tunggu.. tapi kena pada-pada sebab nama dah 24jam dah jadi mak orang tak kan ko nak ngadap kartun je.

Dah 40an kena moveon ke tak moveon.. takut jugak nanti nenek sama naik tengok kartun ngan cucu..hahahahaha...




Friday, August 21, 2020

Goodbye Kumbang Kesayangan

Tinggal 10 hari lagi untuk edisi PKPP - berkuatkuasa. Alhamdulillah Pahang masih dalam kawasan IJO.

Kerajaan Pahang memang mengambil langkah yang drastik. Penguatkuasa menjalankan tugas dan saling beringat sesama kita agar kita dapat putus rantaian Covid19. 

Sempena merdeka ini... aku dah berpesan dengan anak2 tahun ni kita kibar bendera depan TV je lah yer.

Nak juga diorang rasa macam mana kita sambut merdeka every year. Dah siap2 dah main teka teki rukun negara. Just nak ingatkan diorang even kita dalam serangan virus bahaya dan kita patut tanam sikap sayangkan negara dengan apa ikut arahan kerajaan. Ikut dan amalkan SOP jika keluar rumah. 

Kita semua dah jadi Frontliner sekarang... 

Yelah tahun ni tahun paling mencabar bagi semua orang. Termasuk lah aku...aku bakal melepaskan kereta kesayangan.Tapi rezeki Allah swt sangat luas aku percaya ini semua ada hikmah untuk kita umat manusia bersyukur atas apa segala nikmat yang diberi. Alhamdulillah kereta kesayangan aku digantikan dengan kereta lain. Untuk kumbang ku yang selama ini berkhidmat dengan jayanya. Terima kasih dan sehingga kita berjumpa lagi.

#GoodbyeCovid19

#GoodbyeCikumbang









Monday, May 11, 2020

COVID19 - #dudukrumah

Tahun 2020 - wawasan 2020...

Aku masih ingat nyanyi lagu ni time2 nak balik sekolah, sambil nyanyi jalan kaki menuju ke pagar sekolah bersama kawan baik aku Nurbaity...

Masa tu, seingat aku... memang tak rasa pun boleh sampai 2020, pastu aku buat kira2. 2020 apa yang akan berlaku. Mesti aku dah kahwin, dah ada anak. Umur pun dah tua.. ehem2..Kerja apa ntah la.

Bila sampai waktu 2020.. yerrr... dah sampai masanya. 2020 dunia di serang virus Corona Virus - malas nak sebut panjang lebar nama pendek dia COVID19.

Apa kerajaan Malaysia buat.. ikut SOP - tutup sempadan luar dalam. Semua tak leh kuar rumah kecuali ada keperluan. Kebetulan pulak sekarang tengah berpuasa dan tak lama lagi nak raya.

Aku dan family aku memang patuh apa yang arahan kerajaan Malaysia #dudukrumah. Semua beli online. Baju raya, kuih raya, lemang raya, alat rumah.. semua online.  Sampai anak aku yg sorang tu nak keluar rumah main dalam pagar pun tak nak. Dia cakap udara kat luar tak sihat ada virus. Jadi merap la 2 beradik kat rumah, fikir2 kalau sekolah tutup sampai hujung tahun ni. Teruk jugak nak jadi cikgu diorang at same time aku sendiri kena kerja. Balik kerja buat kerja rumah, buat kerja opis lagi, nak jadi cikgu lagi. Buat masa sekarang WFH lega lah sikit. Tapi bila kerajaan dah start PKPB agak goyang jugak fikir anak2 mana nak letak? Sebab dah mula kena kerja.  Walaupun rasanya IT sepatutnya special lah sikit sebab kerja semua boleh remote je. Tapi ntahla... ada yang konsep tak sampai kot takut perkhidmatan tergendala.


Nak mengadap nuuuuu Disember 2020. Ntah apa akan berlaku. bak kata Addin " virus hilang Disember 2020" bila tanya kenapa Disember, sambil makan dia jawab sebab bukan Ogos.  bila tanya balik kenapa tidak Ogos? . Sebab Disember lah...jawab dia ringkas dan logik.

Apa2 pun.. aku nak ucap TERIMA KASIH kepada para petugas frontliner, yang tak putus2 bekerja untuk negara. Semangat juang mereka tinggi. Jadi sebab tu la aku rasa diorang ni TRUE HEROES. Macam aku ni tumpang2 je sebab aku kerja backliner. Jadi orang lain boleh kerja di rumah macam aku.


Jadi memendek kan cerita.. aku dah tua. nak cerita panjang2 penat tangan nak taip. hahahaha.. kalau muda2 dulu boleh la nak membebel sampai korang tak larat nak baca. Jadi pendek cerita. Take care, Raya tahun ni kita raya kat rumah aje. Makan kuih raya depan VC.. guna teknologi dengan sewajarnya. Jangan mengadap sangat dan jaga keperibadian semasa pengaksesan internet. Jaga  kesihatan dan Jaga iman..


Selamat Hari Raya - Tahun 2020 semoga jadi kenangan untuk kita dan anak cucu kita sok lusa.
Tiada virus.. putuskan rantaian.







Thursday, September 12, 2019

Ish..Ish..Ish

Keluhan seorang isteri tatkala menyarung baju bersiap-siap untuk menunaikan kewajipan dirinya di pagi hari.
Isteri : Banyak nya kerja tak siap.. hari-hari pergi kerja , tak pernah siap kerja.
Isteri cakap sorang diri di dengar oleh sang suami. Kemudian isteri menyambung lagi kata-katanya.
Isteri : Ish...ish..ish.. ish.. kerja apa yang tak pernah siap-siap tu.
Kemudian... diri nya sendiri menyambung lagi (bercakap sorang.. berdialog memegang watak 2 orang sekarang ni) sang suami hanya tersenyum.. =)
Isteri : Kerjanya susah.. merbahaya.. selalu dikatakan tiada kerja, ada sahaja kerja nya untuk menolong orang, memudahkan kerja orang lain. tapi selalu di salah ertikan sehingga kerja nya sukar di siapkan.
Isteri nya menyambung bermonolog...
Isteri : Ish...ish... ish.. ish.. kerja apa yang susah sangat itu?
Menjawab soalan dirinya sendiri =) sang suami hanya memerhati...
Isteri : Jadi Pegawai IT
Sang suami mula ketawa....isteri menghabiskan dialog nya di pagi hari.
 Isteri : Ish..ish..ish.. kenapa cari kerja susah -susah nak?

Sambungan nya... apa nak buat nasib badan.



Monday, March 25, 2019

TERJUMPA KAWAN LAMA MASA MAKAN

Takdir ? kebetulan ?

Saya bukan orang senang nak tulis blog. Hanya masa-masa tertentu saya memikirkan apa yang perlu saya tulis.Sebab saya bukan nya pembaca novel, bukan nya suka baca blog orang dan bukan pula penganalisa politik ada apa- apa isu yang berkaitan. Saya hanya menulis jika saya rasa, saya perlu tulis untuk dikongsikan.

Berbalik pada tajuk saya, yer saya terjumpa kawan lama saya masa makan tengahari tadi. Alhamdulillah masing-masing dan kembang selepas beranak pinak ini. Allah kurniakan kami masing-masing kebahagiaan kesenangan. Syukur. Saya tak sangka setelah hampir 17 tahun.Kami masih mengenali masing-masing. Last berjumpa semasa konvokesyen di UPM tak silap.Allahuakbar, Allah Maha Besar... senyum saya, gembira dapat jumpa dia bersama anak-anak dia yang comel  4 orang cahaya mata nya .. dan saya masih 2, rezeki Allah swt.

Masa kami tak banyak, saya pun agak rushing, Dia pulak sibuk melayan karenah anak-anak nya. Seketika terdetik kata-kata suami saya, " Berhati-hati jika terjumpa kawan lama kita, risau kalau-kalau kita membuka aib dia semasa muda dia, atau aib kita yang pernah kita lakukan dalam sedar tak sedar masa muda belia dulu".

Saya cukup berhati-hati, takut jika saya sentuh hal peribadi dia dulu-dulu. Dimana saya sendiri pun ada sejarah nya.Jadi cukup saya bertanya apa khabar dia, bekerja dimana -" Jangan tanya dia sebagai apa" kalau sekali pun dia kerja lebih hebat atau kita lebih hebat. Biar lah itu bukan titik pertemuan saya dan dia. Cukup gembira bila tahu dia bahagia. Kita pun tumpang suka.

Suami saya ada juga berpesan, "Jangan kita bertanya tentang perkhabaran orang lain yang pernah kita tahu dia ada hubungan sebelum ini". Jadi saya mengelak daripada bertanya kan perkara-perkara yang boleh buat dia mengimbas kembali masa muda belia. Cuma hanya senyum di usia hampir 40 an ini. Yang tahu kita bukan semuda dahulu. Kami saling bertukar nombor telefon hanya sekadar berkawan. Mungkin kami faham masing-masing tahu kau dan aku ada secalit perkara yang pernah melukakan hati seorang wanita. Alhamdulillah kami berdua masing-masing sedang berbahagia dengan keluarga tercinta.







Thursday, December 13, 2018

Bumi penuh rahmat.

Dengan nama ALLAH yang  Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani.

Alhamdulillah..syukur pada ALLAH swt. Hujan membasahi bumi.
Syukur pada ALLAH swt. Kita masih bernafas dan masih dapat menyentuh air hujan yang sangat indah.
Hujan itu rahmat...Syukur kita, ALLAH sayang kita memberi rahmat setiap masa.

Penghujung tahun 2018 dah hampir tiba. Hampir 3 tahun saya di bumi bertuah ini bersama-sama pasukan saya bangunkan apa yang di amanahkan oleh kami. Bermasam muka, berkelahi cuma tak bertarik rambut je belum.(Hahaha) takde la sampai tahap macam itu. Alhamdulillah bukan senang saya nak get along dengan mereka ini. Semakin lama semakin sayang pada mereka. Kita kerja dalam pasukan, susah senang sama-sama. Walaupun adakala terpaksa saya telan seorang diri. Tapi penghujungnya, kita berjaya lakukan walaupun di kecam.

Taniah pada mereka. Saya semakin seronok disini. Pernah suami saya tanya,lepas 3 tahun nak kemana.
InsyaALLAH ada rezeki ALLAH bagi saya masih disini. Anak -anak pun makin besar, Terasa usia makin menua nak bertukar kerja mungkin jawapannya tidak.InsyaALLAH doa-doa kan saya masih disini. Aamiin.




Rezeki Allah Luas.

#AllahSayangKita

Tuesday, February 13, 2018

Silent Killer

Syshhh....
Silent is beautiful
Silent when you too much to thought
Silent when you are sleeping
Silent when you so tired
Silent when you need some rest
Silent become so calm.
Silence will kill you.

Keep going... May ALLAH bless your life.
Dont make silence kill you silently.







Friday, December 22, 2017

LOVE and SWEETHEART



My bestfriend forever my husband. He is my everything...
No one can replace him in my heart.

And my sweet-sweet love - Mr Addin and Ms Ainul
complete package!!!

31 repeating " Which of your Lord's favors will you deny?" in surah ar rahman. 
simple and  for remaining human like us. Life is too short , enjoy with lots of prayerful.

Subhana ALLAH. Alhamdulillah

Welcome 2018, journey more important than destination!!!



My Little Hero Addin

Sweet my baby... whenever u will 7yrs old. U still my baby.

Dengan nama ALLAH maha pemurah lagi maha penyayang.

Addin.. Addin.. Addin..

Terlalu istimewa buat saya dan keluarga.No wonder saya tidak sedari dari awal. Ada sesetengah perkara Allah sengaja sembunyi daripada kita, supaya kita tidak leka dengan dunia kita dan supaya kita mencari perkara yang disembunyikanNYA.

Allah anugerahkan Addin permata hidup saya dengan penuh keberkatan. Asma ul Husna tidak lekang dibibirnya. Allah anugerahkan Addin dlm hidup saya supaya saya kerap membaca Al-quran dan memahami isi kandungan nya. Allah anugerahkan Addin dlm hidup saya supaya saya bangun tahajud sujud padaNya. Allah anugerahkan Addin dlm hidup saya supaya saya sabar dan mendidik anak saya ke jalanNya.
Terlalu banyak perkara yang saya ingin kongsi bagaimana anak saya seusia 3 tahun boleh menghafal surah yassin "subhanaALLAH" dan seusia 4 tahun hafal juz amma dan my sweet baby now is coming 7. Hampir seluruh al-quran dalam fikiran nya.

Allah sangat sayangkan saya dengan anugerah tak terhingga ini saya bersyukur atas anugerah Allah berikan ini memilih Addin sebagai menguat semangat saya.
Walaupun doktor mengesahkan Addin ada sindrom ADHD dan pada saya itu adalah anugerah Allah supaya Addin tidak menyebut perkara2 yang merosakkan minda dia.
 Tidak melakukan perkara2 yang tidak berfaedah.
Addin memilih membaca al-quran daripada menonton kartun tidak spt kanak2 lain. Addin memilih menyendiri dan berzikir di tepian pokok2 seolah-olah Addin mendengar pokok-pokok sedang berzikir kepada pencipta sekalin makhluk.

"Ya Allah berikan aku petunjuk dan hidayah kuatkan semangat aku untuk aku memelihara Addin Mu."

Syukur alhamdulillah atas anugerah ini.




Friday, May 19, 2017

perkahwinan itu indah

Isteri...
Sedari la syurga bawah tapak kaki suami
Suami,...
Sedari la syurga bawah tapak kaki ibu


Suami...
Isteri sanggup tinggalkan keluarga dia untuk bersama suami.
Isteri...
Sedari la tanggungjawab suami sangat besar pada ibu dan keluarganya.

Isteri....
Jaga la hati suami dan mertua kamu seperti mana kamu jaga hati orang tua kamu.
Suami....
Jangan ambil kesempatan atas kelembutan isteri.


Suami...
Sedari la isteri mu juga punyai ibu dan keluarga nya.
Isteri...
Redha atas dan hormatilah keluarga mertua mu..

Berkat hidup berumahtangga atas doa ibu bapa.


#hormati dan sayangi mertua anda seperti mana sayangi ibu anda sendiri.

Friday, March 24, 2017

Which One?

Lots thing to do. 2017 many planning..
Where to start?
.......keluhan......
Allah bagi saya kekuatan.
Bagi saya petunjuk....
Bagi saya ruang dan masa.
Bagi saya kelapangan.

Agar saya dapat jalan tanggungjawab saya sebagaimana dipertanggungjawabkan kepada saya.





Monday, February 13, 2017

Years

Isteri, Ibu, Sahabat, Anak, Menantu,Pekerja..

Saya.....
Ada yang bg high expectation ada yang under estimate.
Seeloknya LOW profile. Bukan nak tunjuk apa yang kita tahu, tapi share apa yang kita tahu.
If tak tahu, sejujurnya jawab tak tahu, jgn buat2 tahu.
Setahun... saya ambil masa untuk sesuaikan diri. Tukar kerja... tak dah kot.
Sebab:
1. Dah tua..
2. More Islamic
3. Jalan pun senang, x busy
4. Dekat dengan sekolah
5. Tekanan??? better then before
6. Friendship

Saya semakin suka kerja disini. Walaupun ada perkara tak menyenangkan. Mana2 pergi culture tempat kerja ada politik, ada turun naik.
Masa untuk bertindak.Laksanakan!!!



Monday, January 23, 2017

hand sock di kaki


Berpusu-pusu orang ibarat macam perlumbaan antara jam 730 pagi ke 8pagi.
Mana yang terkejar2 nak hantar anak sekolah.
Mana terkejar2 nak masuk kerja.

Saya pulak....jika dari rumah ke tempat kerja memang makan masa 20minit.
Tapi saya steady je.hahahaha...if lambat.lambat la..kenapa kita nak cepat.
Malas nak bagi seribu alasan pada majikan.

Lampu merah, berhenti...tangan meraba2 mencari sesuatu biasa saya akan pakai dikaki.
OOO...tidak..iainya tiada. Buka handbag..tiada juga.

Sah..saya lupa bawa.Biasa saya akan campak shj dlm kereta hand sock dan sock. Pakai bila lampu merah yang perlu saya lalui setiap hari di 3 perhentian.

What to do...cari benang dan jarum. Alhamdulillah.
Ada saya simpan di beg laptop.

Saya jahit hand sock sya jadi sock.
Lengan tangan saya masih berbalut baju jubah saya pakai.

Memang berat dan susah untuk kita belajar sesuatu yang baru.
Jika kita paksa diri kita, lama-lama ianya jadi biasa dan luar biasa jika kita tidak memakainya


Tutup la aurat jika kita sayang diri kita.

Ianya WAJIB ke atas kita dan jika kita benar2 sayangkan agama kita.
Jadi wanita
Labuhkan tudung menutupi dada,
Pakai , pakaian longgar bukan ketat
Pakai sock dan hand sock
Tunduk kan pandangan.

Percayalah kita masih boleh berfesyen..asalkan semua nya mengikut syariat.




Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...