Monday, September 13, 2010

hari ini hari raya

selamat hari raya to all muslimin n muslimat.

My 1st raya as wife,sangat2 sibuk.
Raya rumah mak mertua.Kira adil lah..memang adat 1st raya memang kena ikut suami.Yelah..sempena raya ni lah boleh mengeratkan siratulrahim aku dengan keluarga suami aku.Semuanya berjalan lancar,Alhamdulillah dengan aku berbadan dua.Tapi sayang tak de family photo yg diambil seperti yang dirancangkan.

Commonly rata2 family yg gathering masa raya akan bergambar sakan,dengan baju raya masing-masing apatah lagi if sedondon..macam trend lak kan.Satu family hijau semua..pastu biru...pastu oren,hehehee..cantek macam boria dalam erti kata lain dari jauh dapat tau ni keluarga mana.Tapi family aku tahun ni gamble je, takde tema,pasal ayah aku di masukkan ke ward pada 5 puasa terakhir "heart attack" bergegas aku dari KL turun ke Kuantan.Mintak cuti terus seminggu sampai raya.Alhamdulillah pakcik Rejab semakin pulih bila tiba raya.So,takde lah gundah gulana dihari raya.

Selepas aku beraya di maran,bermula lah episod aku di kuantan pula,sedara mara takde lah ramai kat kuantan.Tapi asa macam nak pergi semua rumah sedara mara yang ada..rumah ayahlong,paksu,abgngah, farizan...semua lah.dalam masa 1hari.Pening hubby aku dengan aku ni.Memang lah orang kata kalu tak sepakat time raya memang leh bawa balah.Last2 sempat 2-3 rumah je.Tu pun maghrib hari pun beraya umah org..hehehe.Sebab nak kejar masa punya hal.Nasib baik anak sepupu aku tu jenis faham.

Then pas kelam kabut beraya sana sini.Seterusnya episod nak balik KL semula.Jalan punya lah jem tak tentu pasal.Tak paham gak aku,apa yang boleh jadi jem if kereta banyak lebih2 lagi dari pantai timur ke KL.Bukan ke sepatutnya kereta bergerak..kat highway tu.Ermmm ntah lah.Setiap kali raya macam ni.Sama gak dengan kemalangan.Setiap tahun mesti meningkat...pelik kan??orang malaysia ni makin tak pandai bawa kereta or apa agaknya??


Dan sekarang, aku berada di office sambil terbatuk-batuk dan bersin hasil dari penat beraya non-stop 2hari 3 malam.Dah lah takde orang pun yang masuk lagi kerja..ada pun yg sambut raya depavali.tahun baru cina n krismas..bukan hari raya mcm aku ni..huhhuu

sekian terima kasih..ni sahaja lah dapat aku cerita tentang raya aku tahun ni,..

daaaaaa

Monday, August 23, 2010

home sweet home

Salam ramadhan..

Alhamdulillah, ramadhan kali ini membawa seribu erti dalam hidup aku.Rezeki ALLAH swt telah membuka ruang untuk keluarga kecil aku berhijrah ke Kampung halaman semula.Setelah hampir 8bulan menetap di Kotaraya.Now,rezeki hubby aku di tempat kelahiran aku sendiri.Syukur pada ILLAHI limpah kurnia-Nya.Pada aku ini lah hikmah disebalik kehilangan kereta hubby aku.Dengan tak disangka aku bakal jadi ibu,dan tak diduga rezeki itu telah buat aku sangat2 bersyukur dengan memberi kami hidup dekat dengan keluarga kami kelak.Cuma ada sesetengah perkara aku perlu usaha kan untuk dapat kerja disana juga,huhuu..aku bukan jenis suri rumah 24jam.Tak nak,sayang dengan segala aku usaha selama ini.Dan dengan keputusan masih "pending" aku mengharap dan berdoa tanpa putus sempena ramadhan yang mulia ini.Moga ALLAH permudah dan murahkan rezeki aku disana juga agar aku dapat membantu keluarga kami berdua.




Surah At-Talaq [3]
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"




Mintak rezeki dari NYA tanpa henti dan sentiasa berusaha..InsyaALLAH

Wednesday, August 4, 2010

Not Shopaholic

Tahun 2009 aku suka sangat citer ni,Tapi malangnya aku tak sempat tengok kat cinema sebab tayangan dia tak kena waktu aku yang sedang2 sibuk nak kahwin."Confessions of a Shopaholic " lakonan Isla Fisher dan Hugh Dancy.Rebecca(Isla) sanggup menipu laki idaman (Luke) dia semata-mata nak lari daripada perangai sebenar dia yang suka shopping dan ada baaaayyaaaaakkkkk sangat hutang piutang.
Cerita aku now ada kait mengait dengan movie ni..hihihi.bukan aku suka berhutang or bukan aku suka sangat shopping.Tapi bila angka pendapatan RM2000 adalah tahap miskin di malaysia ini.Sangat membimbangkan aku, Adakah aku tergolong dalam pendapatan miskin seperti yang di war2 kan.Boleh dikata kan dengan "Ya" jika aku mempunyai banyak tanggungan dan perlu memenuhi keperluan hidup seharian."Tidak" jika aku tiada sebarang masalah untuk men "joli" kan duit aku sewenang2 nya.
Even pendapatan kita sebulan boleh menampung keperluan kita,Tapi sedar tak bila kita berada di satu tahap kita perlu "simpan" untuk masa hadapan.Jadi mula lah kita nak berjmat cermat.Cut sana,Cut sini..mana yg perlu sahaja dapat beli.Teringat aku zaman mak ayah aku susah payah besarkan kitaorg adik beradik mak aku hanya kerja buat kuih pagi.Dan ayah aku kerja buruh biasa.Tapi tu zaman dulu "zaman nasi lemak 30sen" now mana nak cari semua tu?dah tentu kitaorang leh survive.Boleh ke kita survive pada masa now dengan pendapatan sebulan RM500 dan mempunyai 4 orang anak yang kecil??
Sedar tak sedar now keadaan, meletak kan kita rakyat hidup semakin tetekan..apatah lagi kabar-kabar FDI kita menurun sebanyak 80% if tak silap berbanding negara2 jiran lain dan tahun-tahun yang sudah.Dengan ekonomi kita yang stabil pada tahun sudah kita senang buat pinjaman kewangan sana-sini.Tapi secara halus kita tak sedar segala barang dah "NAIK" minyak, gula all keperluan lagi.Perkara yang kita guna setiap hari.mampu ke kita membayar hutang-hutang yang sudah??pinjam ah-long -potong kepala..hahahaa.Dan idea lain nyer??

Tak kan lah kita nak merempat kat negara orang lain pulak pasni??sedangkan negara kita sudah cukup segalanya.Mana silap kita?
Kos sara hidup kita makin tinggi tapi pendapatan kita masih di tokok yang lama.
Camne tu???

Tuesday, July 27, 2010

aku putus cinta dan bertemu cinta (27th come again)

Alam perkerjaan buat aku makin dewasa.Apatah lagi seingat aku pernah dikecewakan dengan seorang laki (hehee) sebab tu aku cakap aku bukan lesbian.Aku ada boy masa aku belajar dulu.Tapi bukan jodoh aku..dia kahwin ngan orang lain.So aku redha, tapi yang aku pelik even aku dah break off ngan mamat ni dan official nya dia dah berkahwin dia tetap kacau aku masa aku di selayang.Tiap-tiap hari boleh katakan datang ke office aku,merayu aku balik pada dia.Apa hal nyer "ko yang kahwin!!" aku tak nak kacau rumah tangga orang.So aku ambil keputusan pulang ke Pahang dan berhenti kerja.Even masa tu aku langsung takda kerja, nasihat mak aku balik lah ke kg semula.So aku akur dengan nasihat mak aku.Daripada makan hati sorang kat kotaraya.

Hampir 2 minggu aku menganggur..sampai ada khabar berita dari kawan lama aku perlu kan Application Engineer kat Hospital Pekan.Alhamdulillah rezeki aku disitu.Aku disambut baik dengan oleh kawan-kawan baru aku, kecuali seorang ni nama dia Shah..(dah lah kerek,sombong baget bagus) tu kata-kata aku bila sampai tempat baru.Aku tak suka dia!tak suka!tak suka!...dalam aku tak suka-tak suka tu.Tapi at same time ada yang menarik mamat ni pada aku.hehehee

Tengah aku nak stabilkan diri kat Pekan.Apa lagi ex-boy aku tak habis kacau aku.Aku tak tahu nak melarikan diri macam mana.Sampai aku cakap kat dia aku dah ada orang lain..dan ex-boy aku tanya siapa nama boyfriend aku masa tu.Tetiba aku keluarkan nama Shah..huhuhu(padahal aku dgn shah)bukan siapa-siapa pun.Terlintas nama Shah je masa tuh.Dia stop kacau aku, bila tau dan aku buat pengakuan aku tak akan balik pada dia even celah mana pun.Pada masa tu aku tutup pintu hati aku buat lelaki..Tapi sebaliknya aku buka hati aku untuk orang bernama Shah.

Seingat aku,pukul 2 pagi aku sms Shah,aku mengadu pasal ex-boy aku yang tak habis kacau aku.Tak sangka,Shah seorang pendengar yang setia.Walaupun masa tu kitaorang just kawan.Apatah lagi Shah dah bertukar kerja di KL.Sungguh aku tak sangka-sangka dia sanggup dengar luahan hati aku.
(Aku fikir ada yang best kat dia ni sorang or my be dia ni kot jodoh aku)


Start pada tu hubungan aku dan Shah makin rapat, kitaorang boleh get long 2gether.
Dan termetrai -stok cuba2..1st feb 2009 dan 31st january ikatan cinta kami disatukan Alhamdulillah..segalanya berubah dan aku now bergelar bakal ibu.


Akhirnya aku bertemu segalanya..setelah 29tahun aku mencari arah tuju hidup aku..Syukur ke hadrat ALLAH swt atas segala nikmat yang kurniakan.

Thanks para sahabat,keluarga..dan terutama suami ku yang tercinta.Terima kasih kerana sayangkan saya. ILOVEU so much sayang...



tammat

aku bukan lesbian - (27th come again)

Masuk sekolah semua perempuan memang best.Kitaorang boleh buat sesukahati, tiada aurat dikalangan kitaorang.Tapi yang syok nyer sebelah sekolah aku ada sekolah vocational.Ehem2 semua lelaki OK!! ada student perempuan 2-3 kerat je.Tapi aku bukan jenis yang mengatal nak selak tudung bila lalu kat diorang..walhal aku memang tak pakai tudung pun.hahahaa.Yang aku ingat aku ni memang kategori wanted kat sekolah tu.Aku suka ponteng sekolah..yaaa,aku makin menjadi-jadi nakal.Datang lambat,curi masuk ikut pagar belakang dan masuk ikut longkang.Tiap-tiap hari aku tukar nama aku bila aku kena cekup dengan pengawas.Cuti umum aku Isnin dan Jumaat.hanya 3 hari aku disekolah.Baity selalu cover aku,hohoo..dia satu-satunya kawan aku yang tak pernah hampa aku.Tapi yang specialnya aku ni bila time kelas agama segala kerja sekolah nota semua aku siapkan.Zaman sekolah aku memang seronok,berdiri tengah padang denda dengan cikgu tapi aku tak pernah abai pelajaran.Tiap-tiap hujung minggu aku pergi ke perpustakaan untuk ulangkaji.Sampai SPM aku dapat keputusan agak memuaskan.Aku dipisahkan dengan Nurbaity Azanuddin.
Seingat aku pesan mak baity "zie ngan baity ni kena berpisah kalau diorang berdua dok dekat haru hidup jadinya" - Alhamdulillah aku dipisahkan untuk kebaikan kitaorang.Kalau tak makin menjadi nakalnya.hehehee.


Mula lah alam IPT-aku berkenalan dengan BULAT(Hasnoraini Hassan)-1999.Dalam dewan besar kolej.So kawan aku ni lah banyak mengubah cara hidup aku.Aku mula bertudung..aku mula tak tinggal solat dan aku banyak buat menda yang lebih amal jariah.Thanks Lat, aku sangat hargai.Betul lah bak kata orang nak pilih kawan kena pandai..coz kawan boleh bawa kita samada kebaikan atau keburukan.Aku berkawan dengan minah ni sorang sampai lah aku degree di UPM.Memandangkan kitaorang kelas yang sama dan course yang sama.

Tak sempat aku grad aku dah ditawarkan kerja di Hospital Selayang (service desk IT)payment takde lah banyak sangat,tapi as platform untuk aku mulakan kerjaya aku.So mula lah aku di alam perkerjaan.....

to be continue

p/s: aku putus cinta dan temu cinta

27th come again

Tinta hari ni aku nak bercerita kisah aku zaman batu dulu..hahaha,aku dilahirkan di sebuah felda di kawasan pekan,pahang.Ikutkan cerita mak aku, aku lahir waktu maghrib,hhohoo..waktu tu semua orang sibuk nak bukak puasa.Aku lak sibuk nak kuar dari perut mak aku.Alhamdulillah aku dilahirkan akhir bulan ramadhan,hampir nak raya.Kira-kira mak aku sambut hari raya ngan anak bongsu dia.Dipendek kan cerita umur aku 2 tahun family aku keluar dari tanah felda.Aku sendiri pun tak tahu punca nya.So start lah family aku berhijrah ke bandar..(Kuantan).Hidup masa tu takde lah mewah sangat, coz yang aku tahu mak ayah aku hidup di kampung dinama kan kampung Sg isap.Lagipun aku tak dihantar ke tadika pun untuk belajar ala2 zaman budak zaman sekarang.Yelah, so sedar diri mana tahap family aku dulu.Masuk sekolah batu tiga kuantan, aku berada di kelas last sekali - darjah 1 seroja.(haha) ingat lagi ada satu cikgu tu time nak balik sekolah suka suh aku nyanyi dulu.Agak nya dia asa suara aku sedap kot.huhuhu...(nasib baik dah besar aku tak jadi penyanyi ek)

Naik darjah 2,aku agak pintar dikalangan student2 yang lain so aku dilantik jd ketua darjah sekaligus mengangkat aku ke kelas paling bijak.huhuhu..agaknya hasil minum teh o tiap2 ari kot.Exam setiap tahun masa darjah tu aku pegang ranking no 1 n 2.Sampai darjah 4 aku ditukarkan sekolah bandar.I mean betul2 tengah bandar Sekolah Teruntum (sempena nama kuantan dulu kala)Kat sini aku kenal ramai kawan2 yang mematangkan aku slow2..Terutama baity.Huh...tu sampai sekarang aku masih berkawan ngan minah sorang ni.UPSR aku boleh bangga kan parents aku..so aku dihantarkan ke sekolah bistari di kuantan SMART segah nama nyer.Tapi malang nyer aku ada masalah dengan keluarga tika aku PMR -jadi keputusan aku agak menurun..aku dimasuk kan ke sekolah Afzan pula.Apatah lg bila kat sekolah semua kaum pompuan aku mula lah seronok. Bagi aku laki dalam dunia ni hanya menyemak je.Memandangkan kaum lelaki juga mendatangkan masalah dalam keluarga aku pada masa tu.Dan hidup aku penuh dengan perempuan.......



to be continue...

p/s: aku bukan lesbian key.hihihi

Thursday, July 8, 2010

aku mengaku

aku mengaku aku selalu ada masalah dengan kedatangan ke opis lewat..(pepagi aku muntah2 dulu..pening2 key)bukan sengaja pun aku nak datang lambat perkataan morning sickness mungkin korang pernah dengar.Sesiapa yang pernah alami.Aku ucap taniah!!bermakna ko dapat merasa macam mana nikmat mengandung itu.Yang buat aku tak puashati..kekadang aku perlu juga ke klinik aku bukan mengandung anak robot yang tak perlu cek itu ini.So, even aku ke klinik aku tetap di chop kaki ponteng ke pejabat dengan bukti2 yang kukuh aku kemukakan kepada mereka.Aku mengaku, sejak dua menjak ni performance aku agak menurun.Who care??ada aku kesah..if korang nak terminate aku pun tak kesah.Bukan aku ego, nahi!!cuma aku kekadang fedup nya hidup di zaman moden yang membolehkan rakyat bersuara sesuka hati.Tapi ada juga yang berhati komunis sampai tak boleh faham masalah yang aku hadapi sekarang.

Well....dengan appraisal bla.bla..bla.. "within 2 month i need u perform"
heh!!! kalau aku nak perform..kalau aku tak nak??camne lak?hahaa...sila lah beri surat itu cepat agar tenang hati aku mencari rezeki ditempat lain.


ayat kasar aku "kalau dah tak nak pakai -jadi perempuan simpanan pun tak guna"

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...