Tuesday, July 12, 2011

meh sini nak citer 27julai datang lg - national geografi

Kalau masa dulu2 zaman aku budak hingus.Aku tak yah sibuk2 nak g zoo ke nak g tengok tibi ke menda.Pasal apa?kat rumah aku sendiri ala2 mini zoo.
Meh sini aku nak citer, sempena 30 tahun aku dok atas muka bumi ALLAH yg cantek dan menawan ni.Alhamdulillah atas kurnia -NYA, aku menikmati pengalaman zaman budak2 aku sangat best.Dulu parents aku bukan orang senang..kitaorg satu family tinggal kat kampung -nama kampung tu "Kampung Sungai Isap" memang kampung lah.Dekat dengan rumah aku tinggal (rumah kayu) ada sungai..mungkin atas sebab2 tertentu dinama kan sungai tu sungai isap.Nak jadi ke citer belakang rumah aku pulak kawasan hutan paya.Paya nipah...jeng!jeng!So segala macam jenis reptilia dan hidupan hutan aku pernah jumpa selangkah aku nak pergi ke toilet yg berada jauh dr rumah kitaorang.

Biawak - ni macam binatang peliharaan belakang rumah,selalu sangat ada mengusha sisa makanan kitaorg dari singki...horror kan??Ada satu hari aku sendiri pernah kena kejar dengan biawak ni.ada siap mak bapak lah aku rasa.Syok2 aku tengah main pondok belakang rumah dengan kawan aku..biawak ni datang sibuk nak join,apa lagi tunggang langang kitaorg lari dengan kuali tgh mengoreng ikan hasil tanggapan air pasang kitaorg masa tu..(buat aku senyum je setiap kali ingat menda2 camni)

Ular- Yerr...sangat femes kat rumah aku,kadang2 dengar je ular ni makan katak,makan apa2 lah jenis binatang dia boleh makan.Ular kapak kadang2 tu ada gak makan tikus..Tapi yg paling best bila time air pasang,kitaorg adik beradik dan sepupu aku selalu main air pasang..Bila sibuk2 berkubang sanah dalam air pasang tu.Ada lak ular air,ular katang tebu lalu kat kaki...pastu masing2 jadi patung..diam..biar je ular tu lalu kat celah2 kaki kita org."Jangan Gerak"...kalau gerak memang cari nahas ar.berani kan kitaorg??

Memerang - ni satu lg,sekali sakala dia muncul lebih2 lagi time air pasang.Musuh ketat ular.Memang best kalau dapat jumpa memerang ni,lebih2 lagi bila time dia lalu bawah tangga rumah..manyak syok.


Kera - Hahaha...ni pencuri tegar! sampai terkopek peti ais rumah aku.Atap zink dikoyak nya gara2 nak masuk dalam umah curi makan.Ada ketua dia - Berok Bapok!!haha.ni gelaran dia.Berok bapok ni badan besar..suke nganga mulut bila time aku perembat dengan penyapu atau lastik.Dia lawan balik..Kera dan aku memang tak ngam dr dulu lg.Lebih lagi time nak g membuang hajat.Toilet jauh..kena turun rumah harungi sekumpulan kera yg tunggu nak serang rumah.Lastik mesti kena gantung kat leher, bagi diorang ni takut sikit.Tapi serius beb!!Memang diorg ni kenal lastik pasal bila aku tarik je lastik komfim2 diorg lari..padahal bukan ada batu pun.Main acah je...hahaha..coz pernah ada satu kes.Abang aku lastik kera-kera ni dengan hati penuh marah pasal curi makanan kat rumah.Tu agaknya diorang leh mark lastik kitaorg kot.Senjata Rahsia!!!hehehehe


Mawas - Ni binatang paling comel yg wujud belakang rumah aku satu ketika dulu..Memang comel gile lah.Dengan mata bulat...ada pulak lingkaran bulat putih kat mata dia,Fuh....memang comel lah.Mawas ni baik sikit dr kera td.Tak masuk rumah.Diorang cuma makan buah2 pucuk2 kayu yg ada dekat kawasan rumah kitaorg org.Sekali sekala muncul lah diorg ni.Tapi bila time diorg datang kat pokok2 dekat rumah..mula2 semua orang dlm rumah akan terpana dengan kecomelan mereka ni.


Binatang hidupan air yang special - Siput, Ikan buntal, ikan tanda,ikan belanak, udang,Longkan - hahaa...ni semua aku pernah tangkap suatu ketika dulu..if air pasang memang best turun tangkap ikan dengan jaring.Siput lak kitaorang kutip je kat tepi2 rumput paya yang melekat.Mak aku kata siput ni tak leh makan.Jadi kita org tangkap buat main pondok2 je.Ikan buntal sekali sekala bertuah dapat lah main dengan kebuntalan dier.Hhehee..payah tau nak tangkap ikan ni.Kena cekap dan amanah..Longkan pulak bila time air surut.Masuk lah dalam selut2 paras peha aku masa kecik dulu cari banyak2 wat balik..mak cucikan then malam boleh buat tumis pedas..perggghhh terbaik.

Dan banyak lagi binatang yg pernah aku jumpa masa aku kecik2 dulu.Tak tersenarai aku dibuatnya.

Tu zaman budak2 era 80an aku..Sonokkan bunyi.Aku sangat rasa bertuah lahir dalam kawasan kampung yg serba kurang.Coz at least aku dapat hargai apa yg ada kat sekeliling aku atas kurniaan ALLAH swt...


Nanti aku sambung lg key..citer aku di zaman budak2 -di kampung sungai isap

Monday, July 11, 2011

ulasan filem melayu

LIKE!!!

aku tonton citer melayu?huh...bukan nak pandang serong tak.Tapi aku akan tengok pada faktor2 citer tu ada jalan cerita ke?ada motif ke?pengajaran or tak?
Baru2 ni aku langgan lah citer KL gangster di astro 1st.Maklum lah dah ada anak kecik ni susah sikit aku nak nonton wayang.Nasib baik ada astro 1st..so bebaloi gak lah drp bediri panjang beli tiket,dok sit tak leh landing2.Kat umah sukeati nak buat apa.Tu syok.Bebalik citer KL gangster td, aku suke citer ni tumb up!! jalan citer bagus,pengajaran ada,motif pun ada..dan paling penting aktor2 dalam citer semuanya menjayakan watak dengan baik.Skrip selamber dan expresi muka yang setara dengan pelakuan.Memang diorang patut bg kredit.Lebih2 lagi watak ajib,fuh memang watak samseng yang betul2 hati kering.Action dalam citer ni dr awal hingga abis..kira orait lah.Lagi nampak pada reality nya takde yang pakai stunt man masa aksi bertumbuk ke apa.BAGUS LAH KAN!!!even citer hollywood pun pakai stunt man.
Bagus untuk syamsul berjaya membawa satu filem aksi dalam seni filem tanahair.


UNLIKE!!!
Satu lagi citer aku nak komen,dalam tayangan astro 1st ada gak menyempit 321 cinta.Mak aii...orang dah tak berapa nak layan dah citer macam ni,ala kuch-kuch hota hai..cinta kuliah,apa lagi ek..hah..ni yang sofea jane jadi dino tu.Apa ntah tajuknya.Kisah tomboy jatuh cinta nak jadi pompuan.Ni plot dan jalan citer dah basi.Aku ni bukan lah pandai sangat nak komen2 bab filem.Tapi kalau setakat kisah cinta yang membosankan mcm ni..aku sangat2 tak leh masuk.Kata nya pengarah dia pernah komen pengarah filem diatas..pasal menang anugerah pengarah terbaik.Huh...aku rasa patut tengok pada kesukaan peminat filem bukan takat syok sendiri.Filem kongsi sama,takde jalan citer..aku rasa pengarah dia atau penulis skrip dier kena bukak mata dan apa motif sebenarnya tayangan filem diorg ni sebenarnya..dah bazir RM15 aku coz melanggan...citer 0.



Apa2 pun citer merong mahawangsa dan karak still aku boleh terima..
taniah buat KRU production.


Chow ....semoga pengarah2 muda melayu ni dapat mencetus idea yg bernas setiap kali buat filem.Buat setakat pandai buat kisah HANTU je sepanjang zaman.

Monday, July 4, 2011

tak sangka betul

unsangkable...betul tak tipu,sekarang macam2 boleh jadi.
isteri orang dan suami orang pun leh gak bercinta..

kisah hari ini,seorang wanita yang dah berkahwin 2tahun dikurniakan 1 orang anak,suami tinggal berjauhan atas alasan pekerjaan..so ko boleh nak main kayu 3 dengan suami orang pulak??
huh...macam2 now kan,nak jadikan cerita suami orang tu adalah 1st love dia.Apa nak buat cinta berputik kembali,so imbas kembali segala kenangan silam lah ni.Sampai sanggup nak tinggalkan anak suami.Hello!!!Pernah tak pompuan jenis macam ni terfikir apa yg sebab ko dan 1st love ko tak jadi??ada sebab ko nak ckp orang tua tak restu?ko nak cakap sebab dulu tak de jodoh?OK!! kalau itu alasan, satu perkara yg mustahil lah.Sebab ko jugak sanggup tinggalkan suami dan anak demi orang lain.Dah tu tak fikir pulak hati perasaan isteri orang tu pulak.Apalah gila menda2 macam ni kan??

Takde apa aku nak cakap,cuma geleng kepala..angkat bahu.

Yang aku tahu..I LOVE MY HUSBAND MORE THAN 1st one.

Friday, June 24, 2011

kegilaan zaman remaja ketika dulu...

Kalau imbas-imbas balik..hehehe.memang orang akan cakap.
"suke masa study dulu drp masa kerja" memang betul!!!
Lat selalu cakap kat aku "masa study lah kita nak enjoy,bila dah kerja,kahwin beranak pinak memang tak akan ada masa dah" yerr!!! betul tul.

Aku nak cerita bukan bab enjoy ke apa...macam citer puteri tu "Yang penting kita enjoy!!!" nahi!nahi...bukan..aku nak cerita kegilaan aku masa muda remaja dulu..cerita korea dan jepun..YAaaaaa..

Kalau dulu sanggup perabis duit beli CD sebundle terus,tengok korean drama memang meleleh..sampai tak tido pun ada.Of course semua pun tahu paling top dulu cerita MY GIRL,FULL HOUSE,My Love Patzzi, Meteor Garden dan banyak lagi...Kalau cerita jepun lak aku memang suka satu cerita ni Beautiful Life .

Kalau dengan si lat lak,aku suka tengok cerita hantu..tak kira lah,asal kan cerita hantu korea atau jepun..One miss Call, The ring,Cello...banyak lah.kadang2 aku tak berapa nak hingat cerita2 seram korea dan jepun ni.

Sekarang kegilaan aku datang kembali lagi dichannel KBS dan OneHD huh..sungguh ku terharu bila hubby aku tak kisah dengan kegilaan aku ini.
Terbaru dan sedang mengikuti : Babyface Beauty, Boy over Flowers dan Romance Town.

Hehehe...nak tau tak??aku jatuh cinta ngan Hubby aku sebab aku rasa dier macam korean look,heheee


so aku hadiah kan korang Korean K-pop girl kegilaan aku.
(2ne1)CL,MINZY,DARA dan BOM....diorang ni ala2 spice girl zaman sekarang..ada characteristic sendiri dan cantik!!!

Monday, June 20, 2011

laungan yg merdu

Tiada apa yang dapat aku ingat,melainkan setiap subuh...bergema dengan laungan azan dalam rumah.Kau kejutkan aku setiap pagi suatu ketika dulu.Agak bohong ku katakan jika laungan azan serta zikir mu itu pernah membuat ku menitis airmata kerana aku merindui mu.
Kau ajarku bagaimana menunaikan kewajipan seorang muslim.Kau ajarku bagaimana mengenal alif baa dan taa,kau menghantar aku ke sekolah,berdoa agar suatu hari nanti mempunyai ilmu di dada.Alhamdulillah, aku berjaya..dan segala atas usaha dan bimbingan yang telah kau berikan pada aku.
Kau suka ingatkan aku ,jangan buat jahat..jangan sesekali sakitkan hati orang lain.Biar orang sakiti kita tapi bukan kita.Kau ajar aku jangan ada dendam dengan orang yang dengki dengan kita.
Suka kau ingatkan aku rezeki dan jodoh ALLAH swt yang tentukan..

Dan kau amat ku rindui ketika ini...


Selamat Hari Bapa - Buat Mohd Rejab B.Draman



Buat suami ku...saya pasti addin masih terngingang-ngigang laungan azan pertama buat nya mendayu menusuk hati nya.Semoga sayang dirahmati ALLAH swt agar dapat membimbing saya dan addin ke pintu syurga..Ajar lah kami dengan bimbingan mu..

Semoga perkataan "Bapa Mithali" itu milik sayang..


Terima kasih sayang menjadi bapa dan contoh kepada kami berdua..

Selamat hari bapa buat Abi addin....

Tuesday, June 14, 2011

pagi2 lagi

Salam, selamat pagi...
waahh pepagi lah dah bukak entry baru..nak cerita topik "MENIRU"
ada macam2 nak cerita kalau pasal ini.Bukan pasal meniru gaya ke apa.Tapi paling best nak cerita kalau time exam bab meniru ni memang glamer.Tak pasal2 banyak je toyol akan jalankan tugas masing2 yek.Asal kan bijak meniru takpe lah..if tak terkantoi sapa rugi.
Meniru dalam exam bukan perkara yg baik.Leh dikategori sebagai menipu pun ada.

Masa aku muda remaja,time exam datang tak sempat study apa lagi..aku ada partner meniru.Hehehee..maklumlah kitaorg berdua ni memang pandai..so masing2 ada kebolehan masing2.Yang partner aku ni dia sangat terer menghafal..serius!!!dan aku pulak bab kira2 ke bab formula ke apa yer!!!serah pada aku.So kalau ada exam tang teori aku kena berkomunikasi dengan kawan aku..tempat duduk kena strategi.Kena tengok tang mana dtg pengawas,tang mana leh nampak kertas soklan dan sebagai nye.Tu semua kena cek dah seari sebelum exam datang dewan exam.Hehehee..baru profesional kan.So dari situ lah kitaorg berkobilasi bersama2..yang peting aku kena dok belah kanan dan kawan aku dok belah kiri.Kalau exam ikut no matrik...so nasib la.kena pandai2 lah ek..hihihi.."Padan muka kitaorg".


Ada juga masa toyol menjadi teman,masa exam final dulu,pernah aku ingat ternampak kawan aku ni bawak toyol..hahaa..apa lagi setelah aku nampak!aku mintak dier share ngan aku.Kalau tak aku bg tau kat pengawas exam..hihihi..Nampak je aku ni cool tapi dalam hati ada taman.Masa exam aku buat diploma dulu ni aku lagi,mana tak satu kelas meniru..hahaa..mana tak nya lecturer kitaorg tak pernah nak masuk kelas sedar2 nak exam.Satu kelas main pas2 kertas...yg kelakarnya.kitaorg punya pengawas exam buat gelap mata je..mungkinn dia malas nak amik port kot.Kesian kat kitaorg bayar yuran pengajian tapi tak pernah ada kelas..tau2 je kena exam.huhuhuu...(So tak payah lah aku mention mana aku buat diploma key)

So hari ni,adik shira aku ni..dah bukak bab meniru.Setelah dia bukak FB ada kawan dier yg dikenang sebagai peniru tegar.HIhiii...sampai kwn dier tu grad.Terpikir lak aku mcm mana kawan2 aku pandang aku ek.Even pointer aku agak bagus..dan sebenarnya..tak semue exam aku meniru!!nak mampos...apa yg kita dapat last2 study kalau semua nya nak meniru.Tul tak???


Dan kepada kawan2 aku masa aku study dulu..geng BSPMTM we all rock!!hahahaa...terima kasih kerana sudi berkongsi ILMU dengan aku suatu ketika dulu..Chong meng.Azam.Zack.Manis.Yusran.Jaa.Rose.Aimi.Ester.Yati.Lily.Leen.Bad.Nik.Ida.Jem.Kecik dan my best frenz lat...kita tak ramai pun..1 batch dan 1 grad.Sonok kan..hihi








nota kecik: Sekarang masing2 dah buat haluan masing2..ada dah beranak pinak dah..Miss u all,terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku.

Friday, June 10, 2011

Sayangi Isteri

Petua Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.


Curahkan lah kasih dengan:

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.

2. Buktikan kasih sayang daripada suami
- Hadiah dan penghargaan
- Senyuman
- Perbualan mesra
- Gurauan
- Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
- Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.

3. Sentuhan sayang
- Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan
tujuh hari sekali.
- Cium isteri dapat mengelak serangan jantung.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
- Suami sebagai contoh bagi isteri
- Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
- Suami sebagai tempat bergantung
- Sumber semangat dan kekuatan
- Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...