Friday, October 15, 2010

(Emosi...)

Bila mengenang saat aku terhentam dan tersentak dari sit belt yang aku pakai,aku rasa ngilu diperut.Saat itu ada sedikit air keluar dari situ dan keadaan itu sebenarnya mencemaskan aku.Tapi bila aku terpandang wajah suami aku yang masih terkejut dengan apa yang berlaku..aku jadi relax,aku tak nak dia lagi panik dengan keadaan aku.Walaupun aku boleh menahan sakit..aku tak mahu suami aku yang dalam keadaan kelam kabut memikirkan kereta yang dipinjam oleh abang ipar aku dah remuk.Dan keadaan sekarang memang dia di pertanggungjawabkan atas segala yang berlaku.Jadi aku menenangkan dia seadanya.Setelah hampir 1jam menunggu kereta kami untuk ditunda.Dan situasi di Kuala Lumpur tidak membenarkan kami berganjak dari pergerakan laju.Aku bertahan sahaja.Jam 10 malam segalanya telah selesai dengan laporan polis dan sekian hal.Aku dibawa ke hospital PPUM untuk check up,kot2 ada apa2 masalah dengan kandungan aku.Setelah diteliti oleh DR,ya..aku di admit ke wad.Melihat wajah suami aku yang agak risau..aku senyum pada nya.Aku tau apa bermain dalam fikirannya.

Setelah hampir 2hari aku di admit berteman kan suami aku,Segala ujian ginekologi,Alhamdulillah aku dan baby selamat.Tapi saat paling aku tak boleh lupa saat melihat anak dalam kandungan aku berusia 6bulan yang nyata dia adalah lelaki penyambung warisan kami.InsyaALLAH..

Sebaik sahaja aku discharge,doktor membenarkan aku cuti selama seminggu.Yey!!seronok berada disamping keluarga.Hilang segala masalah,Dalam pada tu aku masih menunggu GL dari company aku.Abis kalau buat kerja lembab,mana aku tak berabis duit nak bayar bil hospital.Hampeh tul

Sebalik sahaja aku kembali berkerja..aku disuruh claim insuran pulak.Nak jadikan cerita..oleh kerana seorang ni wat kerja lembab,dan mengakibatkan aku terpaksa menahan poket belanja aku untuk membayar segala medical report dan segala urusan untuk mendapat claim balik.Ya,,,aku marah apabila aku pula kena bekerja sedangkan kawan2 yang lain dapat study leave.Biar kan lah..aku redha je,memandangkan aku tidak hadir untuk training tersebut.Memang lah aku tak layak untuk dapat study leave.Jika dipandang dari sudut negatif aku dah memang tiada hati nak meneruskan kerja disini.


Dan sekarang status masih hanging..samada aku boleh study leave untuk exam akan datang..or tidak!!Tolong lah buat kerja efektif sikit.


nota kecik: serabut fikir pasal kerja disini,dengan pengurusan ntah-apa2 dan untuk berpindah pulang.

Thursday, September 23, 2010

Tamak atau Dengki

Adakala manusia ni lupa kita datang dari asal yang sama dijadikan dari tanah.Dan adakala manusia ni lupa kita asal dari keturunan yang sama Nabi Adam.
Tetapi manusia ni tidak lupa apabila duit jadi ukuran jadi sedikit sebanyak dia lupa mana datangnya iman dan taqwa kita selama ini.

Even luaran kita nampak dia seorang yang boleh dipercayai,boleh memegang amanah yang diberi.Tapi jangan lupa syaitan ada dimana-mana sahaja.Ada mungkin orang sesama islam boleh membunuh dan memakan darah daging sendiri.

Aku dalam keadaan yang amat buntu,bila satu perkara yang tak perlu aku pikul..sebelum ini perlu dipikul seperti bebanan hutang dalam jangka 5 tahun lagi jika aku tidak melengkapkan syarat2 yang telah ditetapkan.Ada ke???apa perasaan diorang ni masa buat perjanjian?pernah tak diorang meletak kan diri diorang dalam keadaan seseorang seperti aku dan yang lain?

Sebab itu aku katakan bila bermain dengan duit, segala nya akan lupa.Dengan sikap tamak dan haloba +++ dengki pun ada.

Yang penting "aku tak kan sign apa2 " perjanjian dah!!! tak termakan akan kecerdikan akal mu dengan menampak kan kebodohan akal ku.NO way!! aku bukan budak hingusan yang boleh dipermainkan.Aku ada hak aku sendiri.


Or korang nak aku bawa perkara ini ke tengah???fikirkan lah.....

Tuesday, September 21, 2010

Your Call

aku suka lagu ini dimainkan di phone aku...dan itu tandanya aku,
dan aku memang mengharap...


Your CaLL

Waiting for your call, I'm sick, call I'm angry
call I'm desperate for your voice
Listening to the song we used to sing
In the car, do you remember
Butterfly, Early Summer
It's playing on repeat, Just like when we would meet
Like when we would meet

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

Stripped and polished, I am new, I am fresh
I am feeling so ambitious, you and me, flesh to flesh
Cause every breath that you will take
when you are sitting next to me
will bring life into my deepest hopes, What's your fantasy?
What's your, what's your, what's your...

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

And I'm tired of being all alone, and this solitary moment makes me want to come back home
I know everything you wanted isn't anything you have

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight

Cause I was born to tell you I love you
and I am torn to do what I have to, to make you mine
Stay with me tonight
I know everything you wanted isn't anything you have



nota kecik: Perasaan indah dibuai..............bila dengar suara dia.

Monday, September 13, 2010

hari ini hari raya

selamat hari raya to all muslimin n muslimat.

My 1st raya as wife,sangat2 sibuk.
Raya rumah mak mertua.Kira adil lah..memang adat 1st raya memang kena ikut suami.Yelah..sempena raya ni lah boleh mengeratkan siratulrahim aku dengan keluarga suami aku.Semuanya berjalan lancar,Alhamdulillah dengan aku berbadan dua.Tapi sayang tak de family photo yg diambil seperti yang dirancangkan.

Commonly rata2 family yg gathering masa raya akan bergambar sakan,dengan baju raya masing-masing apatah lagi if sedondon..macam trend lak kan.Satu family hijau semua..pastu biru...pastu oren,hehehee..cantek macam boria dalam erti kata lain dari jauh dapat tau ni keluarga mana.Tapi family aku tahun ni gamble je, takde tema,pasal ayah aku di masukkan ke ward pada 5 puasa terakhir "heart attack" bergegas aku dari KL turun ke Kuantan.Mintak cuti terus seminggu sampai raya.Alhamdulillah pakcik Rejab semakin pulih bila tiba raya.So,takde lah gundah gulana dihari raya.

Selepas aku beraya di maran,bermula lah episod aku di kuantan pula,sedara mara takde lah ramai kat kuantan.Tapi asa macam nak pergi semua rumah sedara mara yang ada..rumah ayahlong,paksu,abgngah, farizan...semua lah.dalam masa 1hari.Pening hubby aku dengan aku ni.Memang lah orang kata kalu tak sepakat time raya memang leh bawa balah.Last2 sempat 2-3 rumah je.Tu pun maghrib hari pun beraya umah org..hehehe.Sebab nak kejar masa punya hal.Nasib baik anak sepupu aku tu jenis faham.

Then pas kelam kabut beraya sana sini.Seterusnya episod nak balik KL semula.Jalan punya lah jem tak tentu pasal.Tak paham gak aku,apa yang boleh jadi jem if kereta banyak lebih2 lagi dari pantai timur ke KL.Bukan ke sepatutnya kereta bergerak..kat highway tu.Ermmm ntah lah.Setiap kali raya macam ni.Sama gak dengan kemalangan.Setiap tahun mesti meningkat...pelik kan??orang malaysia ni makin tak pandai bawa kereta or apa agaknya??


Dan sekarang, aku berada di office sambil terbatuk-batuk dan bersin hasil dari penat beraya non-stop 2hari 3 malam.Dah lah takde orang pun yang masuk lagi kerja..ada pun yg sambut raya depavali.tahun baru cina n krismas..bukan hari raya mcm aku ni..huhhuu

sekian terima kasih..ni sahaja lah dapat aku cerita tentang raya aku tahun ni,..

daaaaaa

Monday, August 23, 2010

home sweet home

Salam ramadhan..

Alhamdulillah, ramadhan kali ini membawa seribu erti dalam hidup aku.Rezeki ALLAH swt telah membuka ruang untuk keluarga kecil aku berhijrah ke Kampung halaman semula.Setelah hampir 8bulan menetap di Kotaraya.Now,rezeki hubby aku di tempat kelahiran aku sendiri.Syukur pada ILLAHI limpah kurnia-Nya.Pada aku ini lah hikmah disebalik kehilangan kereta hubby aku.Dengan tak disangka aku bakal jadi ibu,dan tak diduga rezeki itu telah buat aku sangat2 bersyukur dengan memberi kami hidup dekat dengan keluarga kami kelak.Cuma ada sesetengah perkara aku perlu usaha kan untuk dapat kerja disana juga,huhuu..aku bukan jenis suri rumah 24jam.Tak nak,sayang dengan segala aku usaha selama ini.Dan dengan keputusan masih "pending" aku mengharap dan berdoa tanpa putus sempena ramadhan yang mulia ini.Moga ALLAH permudah dan murahkan rezeki aku disana juga agar aku dapat membantu keluarga kami berdua.




Surah At-Talaq [3]
"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"




Mintak rezeki dari NYA tanpa henti dan sentiasa berusaha..InsyaALLAH

Wednesday, August 4, 2010

Not Shopaholic

Tahun 2009 aku suka sangat citer ni,Tapi malangnya aku tak sempat tengok kat cinema sebab tayangan dia tak kena waktu aku yang sedang2 sibuk nak kahwin."Confessions of a Shopaholic " lakonan Isla Fisher dan Hugh Dancy.Rebecca(Isla) sanggup menipu laki idaman (Luke) dia semata-mata nak lari daripada perangai sebenar dia yang suka shopping dan ada baaaayyaaaaakkkkk sangat hutang piutang.
Cerita aku now ada kait mengait dengan movie ni..hihihi.bukan aku suka berhutang or bukan aku suka sangat shopping.Tapi bila angka pendapatan RM2000 adalah tahap miskin di malaysia ini.Sangat membimbangkan aku, Adakah aku tergolong dalam pendapatan miskin seperti yang di war2 kan.Boleh dikata kan dengan "Ya" jika aku mempunyai banyak tanggungan dan perlu memenuhi keperluan hidup seharian."Tidak" jika aku tiada sebarang masalah untuk men "joli" kan duit aku sewenang2 nya.
Even pendapatan kita sebulan boleh menampung keperluan kita,Tapi sedar tak bila kita berada di satu tahap kita perlu "simpan" untuk masa hadapan.Jadi mula lah kita nak berjmat cermat.Cut sana,Cut sini..mana yg perlu sahaja dapat beli.Teringat aku zaman mak ayah aku susah payah besarkan kitaorg adik beradik mak aku hanya kerja buat kuih pagi.Dan ayah aku kerja buruh biasa.Tapi tu zaman dulu "zaman nasi lemak 30sen" now mana nak cari semua tu?dah tentu kitaorang leh survive.Boleh ke kita survive pada masa now dengan pendapatan sebulan RM500 dan mempunyai 4 orang anak yang kecil??
Sedar tak sedar now keadaan, meletak kan kita rakyat hidup semakin tetekan..apatah lagi kabar-kabar FDI kita menurun sebanyak 80% if tak silap berbanding negara2 jiran lain dan tahun-tahun yang sudah.Dengan ekonomi kita yang stabil pada tahun sudah kita senang buat pinjaman kewangan sana-sini.Tapi secara halus kita tak sedar segala barang dah "NAIK" minyak, gula all keperluan lagi.Perkara yang kita guna setiap hari.mampu ke kita membayar hutang-hutang yang sudah??pinjam ah-long -potong kepala..hahahaa.Dan idea lain nyer??

Tak kan lah kita nak merempat kat negara orang lain pulak pasni??sedangkan negara kita sudah cukup segalanya.Mana silap kita?
Kos sara hidup kita makin tinggi tapi pendapatan kita masih di tokok yang lama.
Camne tu???

Tuesday, July 27, 2010

aku putus cinta dan bertemu cinta (27th come again)

Alam perkerjaan buat aku makin dewasa.Apatah lagi seingat aku pernah dikecewakan dengan seorang laki (hehee) sebab tu aku cakap aku bukan lesbian.Aku ada boy masa aku belajar dulu.Tapi bukan jodoh aku..dia kahwin ngan orang lain.So aku redha, tapi yang aku pelik even aku dah break off ngan mamat ni dan official nya dia dah berkahwin dia tetap kacau aku masa aku di selayang.Tiap-tiap hari boleh katakan datang ke office aku,merayu aku balik pada dia.Apa hal nyer "ko yang kahwin!!" aku tak nak kacau rumah tangga orang.So aku ambil keputusan pulang ke Pahang dan berhenti kerja.Even masa tu aku langsung takda kerja, nasihat mak aku balik lah ke kg semula.So aku akur dengan nasihat mak aku.Daripada makan hati sorang kat kotaraya.

Hampir 2 minggu aku menganggur..sampai ada khabar berita dari kawan lama aku perlu kan Application Engineer kat Hospital Pekan.Alhamdulillah rezeki aku disitu.Aku disambut baik dengan oleh kawan-kawan baru aku, kecuali seorang ni nama dia Shah..(dah lah kerek,sombong baget bagus) tu kata-kata aku bila sampai tempat baru.Aku tak suka dia!tak suka!tak suka!...dalam aku tak suka-tak suka tu.Tapi at same time ada yang menarik mamat ni pada aku.hehehee

Tengah aku nak stabilkan diri kat Pekan.Apa lagi ex-boy aku tak habis kacau aku.Aku tak tahu nak melarikan diri macam mana.Sampai aku cakap kat dia aku dah ada orang lain..dan ex-boy aku tanya siapa nama boyfriend aku masa tu.Tetiba aku keluarkan nama Shah..huhuhu(padahal aku dgn shah)bukan siapa-siapa pun.Terlintas nama Shah je masa tuh.Dia stop kacau aku, bila tau dan aku buat pengakuan aku tak akan balik pada dia even celah mana pun.Pada masa tu aku tutup pintu hati aku buat lelaki..Tapi sebaliknya aku buka hati aku untuk orang bernama Shah.

Seingat aku,pukul 2 pagi aku sms Shah,aku mengadu pasal ex-boy aku yang tak habis kacau aku.Tak sangka,Shah seorang pendengar yang setia.Walaupun masa tu kitaorang just kawan.Apatah lagi Shah dah bertukar kerja di KL.Sungguh aku tak sangka-sangka dia sanggup dengar luahan hati aku.
(Aku fikir ada yang best kat dia ni sorang or my be dia ni kot jodoh aku)


Start pada tu hubungan aku dan Shah makin rapat, kitaorang boleh get long 2gether.
Dan termetrai -stok cuba2..1st feb 2009 dan 31st january ikatan cinta kami disatukan Alhamdulillah..segalanya berubah dan aku now bergelar bakal ibu.


Akhirnya aku bertemu segalanya..setelah 29tahun aku mencari arah tuju hidup aku..Syukur ke hadrat ALLAH swt atas segala nikmat yang kurniakan.

Thanks para sahabat,keluarga..dan terutama suami ku yang tercinta.Terima kasih kerana sayangkan saya. ILOVEU so much sayang...



tammat

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...