Thursday, June 2, 2011

malas

entry hari malas...
aku rasa malas sangat,sebab aku tak rasa aku nak jd rajin tetiba,
sebab juga aku takde mood..mungkin juga aku malas nak layan user yang selalu banyak mendatangkan masalah pada aku.Nak kena explain berkali-kali.Apa ke BENOK nya dia ni ntah.Macam pandai tapi tak pandai pun sebenarnya so "Buat-buat pandai"

Lagi satu user ni selalu claim cakap byr beribu-ribu tp apa yg nampak habuk.
Tu pihak atas yg uruskan.Bukan aku key...kita yg dok bwh buat keje ni..so jalanilah kehidupan as normal person.

Oleh kerana kau seorang user yang telah spoilkan mood aku dipagi hari..dan effectnya aku jadi MALAS...


sekian entry malas aku.
chow

Friday, May 27, 2011

Nak jadi isteri solehah tak?

Dalam membina empayar rumah tangga, ada mungkin sedar tak sedar kita semakin "biasa" dengan rutin kita sebagai isteri..sebagai suami.
Tipikalnya seharian kita dipejabat, balik rumah macam biasa main dengan anak-anak,tonton tibi dan gosok baju siap2 untuk ke pejabat sok hari nya.Dalam kita jalani rutin kita adakala kita terlepas pandang perkara-perkara yang libatkan emosi,perasaan dan lebih dalam kata soal hati.

Jika si-isteri dalam pada nak mengejar istilah isteri solehah kalau ada menda-menda yg membantutkan dia untuk akses mana2 pintu syurga nanti.Hah..ini lah yg boleh menjadikan punca.Suami kadang-kadang terlepas pandang soal hati isteri,membuat je isteri tu terasa hati..memendam rasa,air mata pun mengalir je.Alhamdulillah jika isteri tu masih lagi masih mampu tersenyum dan berfikir matang....tidaknya diamuk tok gajah dalam hal2 perkara sebegini.Sian kat isteri dah kurang dah percent dier nak masuk mana2 pintu syurga.

Tak salah suami menolong isteri dalam soal menjaga hati mereka.At least alert dengan apa hendak mereka katakan,apa ingin mereka soalkan..bukan untuk mengada-ngada tapi isteri perlukan perhatian.Seperti mana mereka pernah dapat perhatian masa bercinta dulu..tu yg kadang-kadang ada yg cakap "Dulu masa bercinta bukan main lg,tp dah kahwin ibarat segalanya berubah"...ermmmmm....

Isteri lak..mula lah masam muka tak cakap,tarik muka..suami pulak diam je..wat tak tau.Apa kesah,kat rumah macam tu jugak.Errr yeke?Isteri senang-senang dapat menjaga hati suami,jaga peribadi suami dan segala yg telah diamanah kan untuk mengejar status isteri solehah.Adakah suami menjaga segalanya untuk menjadi suami yg soleh???
Sian isteri-isteri....hehehee..Tak de fair n square.Coz kenapa?dalam hati memberontak!!!dah jadi perkara yang dibuat se olah-olah tidak redha.

Nak jadi isteri solehah bukannya susah sebenarnya;suka aku peringatkan diri aku jugak menda-menda begini.kita kena REDHA dalam setiap perkara ALLAH dah turunkan untuk kita.Contohnya lah kan,adalak yg menyesal..ckp macam ni "nape lah aku tak kahwin ngan sipulan tu dah lah baik,tak pernah marah2 aku" .Hehehe..ni makna kan bila kita bersuamikan seorang yg pemarah dan kita ada sifat sabar tu.ALLAH dah tentukan dah..se eloknya orang yg -ve lawannya +ve.
Ada juga mendapatkan keberkatan ALLAH swt tu dengan DOA,Alhamdulillah setau aku DOA lah ubat paling mujarab untuk kebahagiaan rumah tangga.Macam mana kerasnya hati suami dan kita mahu dia berubah kearah kebaikan..berDOA lah.

Sebaiknya doa,isteri juga perlu kreatif dan inovatif.Hahahaa..macam ustazah Norbaiyah lak aku rasa.Ni bagi wanita-wanita yg bekerjaya.If dah takde masa nak uruskan hal2 rumahtangga dan anak-anak..kita yg bekerjaya kenalah kreatif dalam menjalankan tugas2 seperti memasak,kemas rumah..paling senang nak jimat masa at same time nak kemas rumah nak jaga anak nak masak lg.Gunalah instant untuk memudah dah menjimatkan masa memasak.Kalau tak sempat nak lipat kain,lipat lah bila ada masa.Jgnlah dok longgok sana sini baju.At least masukkan dalam bakul..or ikatkan baju-baju tu dalam kain batik..supaya nampak rumah kemas sikit.So bila dah ada masa lapang lipat lah baju-baju tersebut.

Displin,ni perkara yg penting.At least bagi wanita kerjaya mana nak jaga suami dan anak-anak tu kena ajar anak-anak kena ikut jadual.So maknanya segala yg kita buat dirumah mudah dirancang dan terancang.InsyaALLAH..


Aku tak leh nak bebel lama2 depan PC ni,hahaha..maklum lah segalanya telah dijadualkan..ni masa untuk memblahkan diri dan ambil anak..



Renung2 kan dan selamat beramal

ps: Saya Sayang Suami Saya....4S yey!!!

Friday, May 20, 2011

aku sudah pasti

Alhamdulillah...

Boleh jugak aku update blog aku kali ni, Kekangan masa aku sangat terhad now.Apatah lagi aku dah bergelar ibu dan bekerja.Fuhhh....boleh kan setiap saat sangat2 berharga bagi aku.Jadi entry aku kali ni untuk ibu..hehehee..even dah 2 minggu lepas sambutan bg hari ibu sedunia.Tapi as long as kita ada ibu dan sudah tentu kita akan hargai ibu kita setiap waktu dan ketika.Tidak perlu tunggu bulan mei tiap2 tahun pun takpe.

Sempena hari ibu..aku just nak berterima kasih kepada Ibu ku sendiri kerana melahirkan dan membesarkan aku selama ini.Yelah, baru aku tau jerik perit seorang perempuan yang bergelar ibu..mau tidak segalanya sanggup dikorbankan untuk anaknya.Bersekang mata siang malam..jika anak sakit.Patutlah kalau pe2 hal bila dah besar ni, dah pandai lawan cakap mak atau yg lebih bijak berkata-kata,mak kita sudah tentu cepat je terasa kan..waktu kecil2 dulu nak sebut satu patah perkataan pun mak kita betulkan.ermmmmm itulah dier.


Buat ibu mertua ku yang tersayang, saya rasa sangat disayangi...thanks mama.U d best Mum ever.Terima kasih melahirkan suami saya dan mendidik dia.Dan pengorbanan mama tak mampu saya balas dunia dan akhirat.I LOVE U mama..


Dan buat diri ku sendiri, Addin...Umi tahu Addin sayang Umi.Begitu juga Umi..sedaya upaya akan buat terbaik untuk Addin,InsyaALLAH...doa Umi diiringi bersama Addin menjadi seorang umat yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.



Buat para2 ibu...selamat menyambut hari ibu.
this is our day!!!!yey....let celebrate.

Sami Yusof -Mother

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... mother... o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me











nota kecik: Sebesar mana kita berterima kasih pada ibu kita,sebanyak mana kita membantu dia dan sejauh mana pengorbanan kita buat dirinya..masih belum dapat tandingi kasih sayang yang diberikan pada kita... Wallahuallam.

Tuesday, May 3, 2011

adakah ianya........KOLIK

Selang sahaja beberapa hari addin dapat tido lena,sekarang lain pulak ceritanya.Addin dah pandai bangun malam hanya untuk menangis.Pernah hari jumaat otw balik ke kuantan,addin menangis tak berhenti-henti..naik pening dan agak stress asanya.Dengan penat bekerja seharian di opis balik addin pulak menangis..Mula lah aku nak salah semua org kat keliling aku.Ye lah,aku bukan pernah jaga anak-anak kecil ni.Jadi serba sedikit aku blurr macam mana nak buat.Ini pulak yg 1st..memandang aku dikalangan bongsu lagi lah.Tapi aku cuba yg terbaik buat addin..sampai dia diam..kesian tengok dia,merah muka..air mata mencurah-curah..apa lah daya anak kecil ni mampu berkata hanya menangis je lah cara dia berkomunikasi.

Aku cuba cari sebarang rujukan mengenai sesuatu agak sinonim yang baby yg kerap menangis ini..iaitu KOLIK - mengikut para doktor penyakit kolik ini bermula dari perut.Menurut info,Kolik disebab kan kembung perut samada, penghadaman laktosa dalam susu tak teratur yang boleh menyebabkan bayi agak sukar untuk membuang air besar.
Dan ada juga info disebabkan pembekalan susu botol yang mempunyai ruang udara semasa bayi sedang menyusu.

Memandangkan Addin minum susu mamex gold dan ada kandungan laktosa nya.Aku baru perasaan menda alah dan segala info aku cari ni setelah aku beli susu mamex gold yang biasa dengan harga 1kilo.huhuhu....

Terpandang aku,mamex juga ada sedia kan susu tiada kandungan laktosa.Mungkin aku harus mencubanya...




Aku siap beli puting anti KOLIK dengan harga RM22.59 dua keping.

Wednesday, April 27, 2011

anak mak

Memang bagus kalau kita ni sayang mak kita,fuhhh 3 kali mak tu baru bapak.Dan harus diingat "Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu" bukan bawah tapak kaki Sulaiman.
Kalau tengok rata-rata anak mak ni..semua menda nak kena ada mak..g jalan pun nak mak teman,nak beli baju pun minta tolong mak pilih,hai....ada sampai kahwin pun mintak mak pilih.Ada bagusnya kalau pilihan orang tua ni,ada juga yang tak bagus..bila dah jadi pilihan mak,bila apa2 hal jadi kat rumahtangga mula lah salahkan orang tua."Ini mak lah suruh saya kahwin ngan si minah ni, saya tak cinta kan dia..saya cintakan diana" hahaha..contohnya lah.Anak mak ni kalau perempuan aku tak kecah sangat.Tapi kalau laki sehhh..sadis gak,lebih-lebih lagi kalau semua menda nak mak gak uruskan even dah kahwin.Come on ar,kalau dah bergelar suami tak kan hal2 rumahtangga nak suh mak gak jaga.Masa ko kahwin takde pulak ko suh mak ko tu yang akad nikah kan..salam ngan tok kadi.

Ni bukan nak mengata, tapi realiti..true!!ada perkara kita rujuk mak.Tapi kalau dah bab bini nak beranak tang-tang tu gak.Nak tunggu mak datang dulu baru nak bawak isteri pergi hospital.Kalau jadi apa2 kat bini dan baby dalam perut tu sapa nak tanggung??mak ko ke??Serius beb!!ada perkara kita tak nampak yang menda remeh macam ni.Tapi lama-lama isteri pun naik fedup-apa guna ko jadi suami ,pemimpin keluarga kalau semua perkara nak mak gak buat keputusan.

Ada jugak kes,anak mak..mak langsung tak leh pisah dengan anak laki dia.Hei..ni lagi sadis,buat macam anak dia tu still lagi bujang.Nak makan minum mak sedia kan,pakaian dan segalanya mak yang uruskan.Sang isteri tu patung dalam rumah.Kalau kes macam ni mak seolah tak ready nak lepaskan anak bujang dia.Takutnya anak bujang dia lapar ,tak terurus..if gitu napa bagi dia kahwin.Biar je lah dia bujang dok bawah ketiak senang..24jam ko leh tengok anak bujang ko.If macam ini sampai bila2 pun anak dan menantu ko tak kan rasa alam rumah tangga tu macam mana.Yang lebih parah menda macam ni boleh datangkan gaduh,salah faham suami isteri..nauzubillah.

So,siapa yang nak melangkah ke alam rumahtangga.Disaran kan selidik dulu samada pasangan kita ni "anak mak" or tak.Bukan apa ada baik dan ada yang tak baik nya anak mak ni.Kerana terlalu manja dan dimanjakan akan mendatangkan masalah akan datang.Bak kata orang tak pandai nak berdikari.Kalau si isteri anak mak pulak...faham2 je.Gaduh sikit balik rumah mak..segalanya nak mak, adakala sampai nak masak untuk suami pun suh mak yang masak.Parah...kalau mak tu ikut je kehendak anak dia.

Pandai-pandai lah ek,jaga peribadi dan jaga kehormatan dan paling penting jaga hubungan suami isteri dan mak kita.


Wallahuallam.


nota kecik:Hujung minggu ni balik rumah mama..yey!!!

Monday, April 11, 2011

2bulan ke 3bulan

Dah 2bulan aku bergelar ibu,yerr sgt setuju aku kena byk bersabar..dengan karenah si comel aku.Nak tido kena buai2 dodoi...nangis2 dulu baru boleh tido.Asa lama2 leh jadi ramping aku.hehehe..Abi nyer lak,surender kalau bab addin nak tido.Sampai nyonya sebelah rumah boleh ckp anak nangis memalam lapar ka?Takde ar,dia memang camtu..tu je lah aku leh jawab.Tu lah perangai addin sejak dah masuk 3bulan.Orang kata nak beralih bulan ni baby akan ada perangai baru.Ntah lah...pelbagai2.

Now lak aku dah start bekerja.Tapi serius..bila dah ada anak ni,jatuh cinta ngan anak sendiri pun ada..asyik je teringat muka dia,masa dia nangis.masa dia senyum, masa dia ngamuk, masa dia tido...kalau lah aku boleh rakam setiap detik aku bersama addin nak je aku pasang setiap kali.


Addin pulak bila balik dari taska,kesian aku tengok masuk je kereta mesti tido..

Tuesday, March 22, 2011

Dominasi

Dominasi atau omputih cakap domination bermaksud penaklukan,menguasai,mempengaruhi.Dalam hal rumahtangga pula,if bercerita bab dominasi ini ada yang akan tidak berpuas hati.Kadang2 terjadi isteri mendominasi rumahtangga.Lebih2 lagi isteri berpangkat besar dan bergaji besar dari suami.Tapi harus diingat adakala isteri yang tidak berkerja "surirumah" pun boleh mendominasi rumahtangga dalam hal penjagaan anak2 hal2 berkaitan pengurusan rumah dan sebagainya.Hal si isteri mendominasi bukanlah perkara baru dalam masyarakat, apatah lagi if tengok sekarang rata2 di IPT ramai kaum hawa yang mengejar ilmu dan akan bekerjaya.

Baru2 ini aku di datangi seorang kawan ingin nasihat dari aku.Dia seorang yang bekerjaya dan bergaji besar.Suaminya tidak lekat dirumah,bekerja pagi petang.Bila ada masa terluang suaminya lebih meluangkan masa dengan bersukan dan minatnya.Aku cuba menasihati si isteri agar bersabar dengan karenah suami dan cuba masuk dalam kehidupan suami nya seperti bergaul dengan rakan2 suaminya.Aku sarankan cuba dia mencari dimana letaknya nilai sesuatu perkahwinan itu..iaitu perkongsian.Ada kemungkinan suami dia merasa rendah diri dengan kedudukan isteri dan pendapatannya..atau dia memikirkan isterinya lebih mendominasi keadaan dari segi ekonomi keluarga.Ada kemungkinan juga suaminya tidak mengetahui bahawa keadaan seperti itu membuat isteri dia tidak senang duduk..Aku bagi beberapa cadangan untuk dia dan suami nya berbincang hal ini supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh.

Bak kata semua pakar kaunseling komunikasi dalam rumah tangga sangat penting.Wujudkan klinik hati dalam tempoh 3bulan sekali paling koman pun..hari meluahkan apa yang terpendam dalam hati masing2,apa masalah dalam hubungan suami isteri.Paling tidak tackle lah hati suami didalam bilik tidur berbicara,berbincang semasa hendak tidur adalah teknik baik.
Ada juga cara nak meluahkan isihati dengan cara menulis surat kepada suami kita..jika komunikasi 2hala menjadi.Apa salahnya..waktu bercinta dulu boleh je kan.So luahkan segala dalam surat,semoga terbuka hati suami untuk memahami.Jika tidak dapat nak luahkan secara begini minta bantuan orang ke 3.iaitu ahli keluarga sendiri ibu lah paling sesuai..samada mak mertua atau mak sendiri..agar si suami dapat dinasihati.Tapi apa yang paling mujarab adalah DOA..minta Allah swt buka pintu hati suami kita agar memahami kita.


Aku pun bukan pandai sangat nak kaunselor orang.Baru je setahun berumahtangga.Suka aku ingatkan pada aku sendiri "syurga bawah tapak kaki suami"..hiburkan lah suami kita dirumah..pandai2 lah melayan dia.Baru lah dia tidak mencari hiburan diluar.Cuba beriadah bersama-sama jika ingin berteman dengan kawan nya.Jadi kan kawan dia sebagai kawan kita juga.Dan ingat syirik kecil jika kita riak dengan apa yang kita ada.Janganlah kita bermegah2 dengan kedudukan dan kerjaya kita perolehi.Disebalik kerjayaan seorang isteri adalah keberkatan doa seorang suami.

So, istilah mendominasi atau didominasikan sebenarnya tidak perlu wujud..yang wujud adalah sefahaman untuk kita layari alam berumahtangga.


ok takat ini je..daaa...
wallahuallam..


Ps: teringin lak nak g bercuti ngan hubby aku.....huhuu...

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...