Wanita dalam kerjaya - bak kata omputeh "carrier women"
Aku bukan seorang penulis yang suka menulis.. tetapi aku akan tulis jika aku rasa aku perlu menulis.
Cerita aku sebelum ini pun banyak kisah kerjaya aku.. kisah keluarga aku. Tapi kali ini kisah aku jarang-jarang berlaku. Lately memang aku stress, stress tempat dengan orang.. stress dengan kerja yang banyak. Pada aku itu lumrah sebagai orang yang bekerja. Mana-mana kita pergi kita tahu tak ada liku cabaran dia dah nama dah kerja. Even kalau suri rumah pun dia ada stress nya sendiri ini kan.
Dalam kesibukan aku, kerja-kerja boleh katanya setiap weekend ada je menda nak perlu aku ke office & tidur pun terpaksa extend ke pukul 12 mlm ke 1 pagi.. dan bangun semula jam 5 pagi utk siapkan sarapan anak-anak ke sekolah. Itu adalah tanggungjawab aku sebagai ibu dan pekerja. Tapi dalam usia yang hampir menuju ke senja ini lama-lama badan tak dapat tampung semua perkara sekali gus. Betul akhirnya aku gagal dalam uruskan masa aku sendiri dan makan diri.
1 minggu mengidap sakit belakang dan banyak perkara terpaksa aku lepaskan kerana dah menanggung beban yang asa tak mampu di tanggung. Doktor nasihat kalau aku teruskan cara aku menguruskan masa dan kerja macam ni. Dia akan rujuk aku ke PSY CLINIC, ini buat aku termenung.... dan renungan ini buat aku terdiam untuk beberapa lama aku pun tak tahu. Ibarat kita pause diri kita sekejap untuk fikir pasal kerja... pasal diri sendiri. Dan apabila aku pause diri aku.. ada perkara lain pulak berlaku dan itu tidak bagus untuk orang sekeliling aku yang masih memerlukan aku.

No comments:
Post a Comment