Monday, May 11, 2020

COVID19 - #dudukrumah

Tahun 2020 - wawasan 2020...

Aku masih ingat nyanyi lagu ni time2 nak balik sekolah, sambil nyanyi jalan kaki menuju ke pagar sekolah bersama kawan baik aku Nurbaity...

Masa tu, seingat aku... memang tak rasa pun boleh sampai 2020, pastu aku buat kira2. 2020 apa yang akan berlaku. Mesti aku dah kahwin, dah ada anak. Umur pun dah tua.. ehem2..Kerja apa ntah la.

Bila sampai waktu 2020.. yerrr... dah sampai masanya. 2020 dunia di serang virus Corona Virus - malas nak sebut panjang lebar nama pendek dia COVID19.

Apa kerajaan Malaysia buat.. ikut SOP - tutup sempadan luar dalam. Semua tak leh kuar rumah kecuali ada keperluan. Kebetulan pulak sekarang tengah berpuasa dan tak lama lagi nak raya.

Aku dan family aku memang patuh apa yang arahan kerajaan Malaysia #dudukrumah. Semua beli online. Baju raya, kuih raya, lemang raya, alat rumah.. semua online.  Sampai anak aku yg sorang tu nak keluar rumah main dalam pagar pun tak nak. Dia cakap udara kat luar tak sihat ada virus. Jadi merap la 2 beradik kat rumah, fikir2 kalau sekolah tutup sampai hujung tahun ni. Teruk jugak nak jadi cikgu diorang at same time aku sendiri kena kerja. Balik kerja buat kerja rumah, buat kerja opis lagi, nak jadi cikgu lagi. Buat masa sekarang WFH lega lah sikit. Tapi bila kerajaan dah start PKPB agak goyang jugak fikir anak2 mana nak letak? Sebab dah mula kena kerja.  Walaupun rasanya IT sepatutnya special lah sikit sebab kerja semua boleh remote je. Tapi ntahla... ada yang konsep tak sampai kot takut perkhidmatan tergendala.


Nak mengadap nuuuuu Disember 2020. Ntah apa akan berlaku. bak kata Addin " virus hilang Disember 2020" bila tanya kenapa Disember, sambil makan dia jawab sebab bukan Ogos.  bila tanya balik kenapa tidak Ogos? . Sebab Disember lah...jawab dia ringkas dan logik.

Apa2 pun.. aku nak ucap TERIMA KASIH kepada para petugas frontliner, yang tak putus2 bekerja untuk negara. Semangat juang mereka tinggi. Jadi sebab tu la aku rasa diorang ni TRUE HEROES. Macam aku ni tumpang2 je sebab aku kerja backliner. Jadi orang lain boleh kerja di rumah macam aku.


Jadi memendek kan cerita.. aku dah tua. nak cerita panjang2 penat tangan nak taip. hahahaha.. kalau muda2 dulu boleh la nak membebel sampai korang tak larat nak baca. Jadi pendek cerita. Take care, Raya tahun ni kita raya kat rumah aje. Makan kuih raya depan VC.. guna teknologi dengan sewajarnya. Jangan mengadap sangat dan jaga keperibadian semasa pengaksesan internet. Jaga  kesihatan dan Jaga iman..


Selamat Hari Raya - Tahun 2020 semoga jadi kenangan untuk kita dan anak cucu kita sok lusa.
Tiada virus.. putuskan rantaian.







Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...