Thursday, April 29, 2010

cerita

Suatu pagi yang indah aku bangun tido dalam keadaan pening, gegas aku ke dapur nak masak sarapan,dan aku nama kan sarapan itu sarapan cuci mata.Bagus untuk membuang segala tahi mata yang masih melekat..kat mata aku pagi itu. Teringat waktu di bilik air,aku masih dalam keadaan yang sama mencuci mata.Tiba waktu pemilihan nak pakai baju...jam makin bergerak hampir pukul 9 pagi.Teringat pula penumpang-penumpang tegar aku yang buat aku berhenti dua persingahan.Segala aku pakai,aku buang balik...kemudian aku pilih.Aku kena pilih juga baju untuk aku pakai..pilihan hati,baju biasa aku pakai (kasual) tp aku kena dengan seluar slack.Ok,nampak agak formal untuk ke office.Aku senyum diri depan cermin cuba fikir positive yang mungkin tak nak muka nampak sembab.

Mood CERIA.... Radio sekuat mungkin untuk tidak menganggu perjalanan aku dengan memikir menda2 yang boleh mengundang bencana.Cukup hanya sekali Cik hitam aku dilanggar.Enuff..minta jauh segala bencana.Setiba di office (8.57am)...Si Ani datang pada aku sibuk bercerita pasal dia nak beli gas memandangkan selama ni dia,dia cuma masak pakai microwave..Ok aku dengar segala cerita nya..walaupun tak kelakar mana,tapi aku cuba meletakkan diri aku ditempat dia ketika dia bercerita..macam mana rasanya kalau aku bercakap..dan kau hanya diam dan memikirkan perkara lain.Ibarat seperti aku bercakap dengan kerusi meja....ermmmm....jadi aku gelak at same time aku kesian pun ada gak.Sambil-sambil kawan aku tu bercerita,mata aku terpandang pada seseorang yang menyebabkan keadaan aku begini.Aku diam seketika.,Dan buat-buat seperti aku sedang berbincang perkara serius dengan Si Ani.Seseorang tu pun berlalu pergi..lega rasa,Fuhh..perkara yang lepas..aku belajar untuk di mengulangi nya.Dalam pada Si Ani leka bercerita aku tumpuan aku masih pada ceritanya hingga lah tammat.Cuma aku cakap" kesian kat ko ek.Takpe lah,ko cuba tengok hari ini pulak kot-kot kedai tu bukak hari ini.Takde lah ko berjalan jauh sangat semata-mata nak mencari gas".Dia pun senyum...

Apa yang pelajari dan apa yang aku buat...
Meh kita sama tengok sapa yang kena-
1) Walaupun kita dalam keadaan muram,cuba fikir positive yang mungkin.
2) Jangan abaikan tanggungjawab-walau hanya keadaan agak tertekan
3) Pilih perkara yang memudahkan kita,bukan menyusahkan kita
4) Elak daripada orang yang boleh mendatangkan masalah pada kita.
5) Cuba meletakkan diri kita dengan keadaan seseorang.
6) Si Ani-perlu meluahkan apa yang dialami (makna seseorang perlukan teman untuk bebicara tapi perlu kena pada topic dan teman bicara itu.
7) Si Ani- Berusaha untuk dapatkan sesuatu walaupun terpaksa mencari jalan lain.
8) Senyum...pada seseorang mungkin boleh membuat orang melihat senyuman itu lega.



nota kecik: tiada apa yang lebih membahagiakan aku apabila melihat orang yang aku sayang "senyum" kembali pada aku.

Wednesday, April 28, 2010

tak suka masa tido

- lapar masa tido
- baju kotor bila nak tido (kena tukar baju tido)
- mimpi kena kejar hantu (kes tak baca bismillah lah ni)
- takde selimut untuk tido
- tak boleh tido (pusing2 badan meralih tempat sampai pagi) Dem!!! i hate dat.
- but paling aku tak suka....*menangis waktu tido*

Tuesday, April 20, 2010

bila cakap ok..adakah ok?

Setiap hari aku call or hantar sms tanya khabar.Setiap hari aku berdoa agar segala nya pulih seperti sediakala.Ada pula yang suruh aku memberi nasihat..aku pun bukan pandai tapi nak bagi semangat tu boleh lah kot.Jadinya..dia yang aku maksudkan sebelum ni dah kembali ceria dan mampu bernafas lega.Agak-agaknya sampai bila?setiap hari dia masih fikir perkara yang sama..mana salah dia.Hanya Allah swt tahu segalanya.Kita hanya hamba hanya mampu merancang dan didatangi pelbagai ujian.Redha dan tabah mungkin ada hikmahnya.
Bila bercerita perkara sebegini emosi aku pula jadi tak menentu..bukan aku tak boleh hadapi..tapi mampu ke aku hadapi untuk hari muka.Perjalanan hidup aku masih jauh walaupun "hei anak muda jangan ingat mati kau tua".hahaha.Teringat lak kata2 pak haji dalam iklan oasis.Hah,itulah dia semua kait mengait dengan zaman muda kita dan hari tua dan saat kita menghempuskan nafas akhir.Adakah kita bersedia untuk semua ini.....muda kita leka..tua kita sesal dan penghabisan kita dimana..??? kita bahagia kita ini..jgn pandang orang bersalah segalanya salah.."Kita juga ada salah".Bukan kita tentukan mati,bahagia dosa pahala seseorang.

Monday, April 12, 2010

....dia....

Semalam setiap kali aku terkenang seorang yg aku sayang,setiap kali tu airmata aku jatuh.aku berdoa moga ALLAH mengampuni segala dosa nya dan beri petunjuk dan hidayah padanya.Seorang yg jaga,aku didik tapi hampa segalanya yg aku harapkan selama ini.Mungkin ada hikmah segala ini berlaku pada ku.Tapi pada dia yg lebih menyanyangi nya lebih dr aku..segala nya musnah.dia tak pernah bersalah dalam hal ini..tapi sering dipersalahkan jika berlaku perkara yang tak di ingini.Kesian dia...tiada tempat untuk mengadu.semua orang salah kan dia..jika dia bersalah maka salahlah dia melahirkan anak-anak yang tak pernah menghargai dia,pengorbanan dia selama ini.Aku jadi serba salah,apa perlu aku buat untuk melegakan dia..meringankan beban yg terlalu dia pikul untuk usia dia sebegitu.Aku juga perlu petunjuk dan bimbingan dari dia.Aku hanya mampu mendengar..dan merasa peritnya derita dia dalam membesarkan anak-anak.Dan aku sentiasa ingat..bukan senang untuk menjadi seorang yang ketua pada keluarga dimana dirinya ayah dan ibu..dan juga kawan pada masa yang sama..

semoga ALLAH swt sentiasa merahmati dia..dan tetap aku sanjung dan sayang hingga keakhir hayat ku.Pengorbanan dia tak terhingga buat diri aku..

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...