Friday, August 21, 2020

Goodbye Kumbang Kesayangan

Tinggal 10 hari lagi untuk edisi PKPP - berkuatkuasa. Alhamdulillah Pahang masih dalam kawasan IJO.

Kerajaan Pahang memang mengambil langkah yang drastik. Penguatkuasa menjalankan tugas dan saling beringat sesama kita agar kita dapat putus rantaian Covid19. 

Sempena merdeka ini... aku dah berpesan dengan anak2 tahun ni kita kibar bendera depan TV je lah yer.

Nak juga diorang rasa macam mana kita sambut merdeka every year. Dah siap2 dah main teka teki rukun negara. Just nak ingatkan diorang even kita dalam serangan virus bahaya dan kita patut tanam sikap sayangkan negara dengan apa ikut arahan kerajaan. Ikut dan amalkan SOP jika keluar rumah. 

Kita semua dah jadi Frontliner sekarang... 

Yelah tahun ni tahun paling mencabar bagi semua orang. Termasuk lah aku...aku bakal melepaskan kereta kesayangan.Tapi rezeki Allah swt sangat luas aku percaya ini semua ada hikmah untuk kita umat manusia bersyukur atas apa segala nikmat yang diberi. Alhamdulillah kereta kesayangan aku digantikan dengan kereta lain. Untuk kumbang ku yang selama ini berkhidmat dengan jayanya. Terima kasih dan sehingga kita berjumpa lagi.

#GoodbyeCovid19

#GoodbyeCikumbang









Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...