Tuesday, December 28, 2010

kelantangan mereka bimbangkan kita

mereka semakin berani..
mereka semakin berleluasa dan lantang bersuara..
mereka ingin diri mereka diterima oleh masyarakat dan agama..
apa yg membimbangkan..tanda-tanda akhirat kian dekat..
dengan kelantangan mereka..

agama ISLAM adalah agama mereka..


wallahualam..

Thursday, December 23, 2010

[ teguhkan keimanan]

sebelum ini aku ternganga dengan kata-kata dia,
yaaa...sebab aku tahu kitaorg akan bakal hadapi masalah yang paling rumit.
kini telah melanda..

menunggu di akhir bulan, membuat aku lagi risau..dengan keadaan aku yang tidak menentu sekarang ini..

"Ya ALLAH,Ya Tuhanku, Engkau permudahkan segala urusan kami dan beri lah kami petunjuk serta jalan beserta kekuatan dalam hari-hari kami akan datang menghadapi setiap ujian yang Engkau turunkan..
Semoga Engkau teguhkan lagi keimanan kami dengan rahmat dari Mu Ya ALLAH.."

Amin.

Monday, December 13, 2010

Cuti sekolah orang pun kahwin

Memetik daripada kata2 salah sorang kawan aku kenali..”perkahwinan adalah satu perjudian”? sejauh mana kata-kata beliau ni benar?errmmm.. ianya adalah salah sama sekali..coz perkahwinan itu adalah satu ibadah.Bukan satu perjudian!!! Aku suka sentuh bab ini,memandang kan cuti sekolah dah bermula dan ramailah bakal-bakal raja sehari sibuk buat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

Bagi aku pemasalahan rumahtangga ini boleh berlaku dalam banyak faktor,dari segi psikologi,mental,fizikal kewangan ,kesihatan dan termasuk juga faktor luaran.Bagi menghadapi setiap apa yang bakal dihadapi diri sendiri perlu bagi mengukuhkan lagi kendiri mahu dr segi psikologi dan mental.Aku juga suka ingatkan bahawa apa-apa kita berpegang teguh pada agama - kerana asas manusia hidup atas dunia ini adalah agama dan kepercayaan.JIka tiada agama ibarat tiada perkahwinan yang bakal dijalankan untuk mengikat kaum adam dan hawa ini.

Pernah berlaku dalam kalangan keluarga aku sendiri, selama 20 tahun melayari bahtera rumahtangga..akhirnya musnah gara-gara muncul orang ke-3.Si isteri tidak mahu dimadukan..malah si suami ingin berkahwin lagi satu.Ini adalah pokok pangkalnya bergantung pada kesetiaan dan tanggungjawab.Jika si isteri rela dimadukan, persoalannya adakah si suami boleh kah bersikap adil? Adil disini bukan dari segi kewangan tetapi dari segi tanggungjawab bagi menyediakan santapan rohani dan jasmani bagi isteri-isteri mereka.Memikirkan mereka suami isteri adalah keluarga aku sendiri, dan aku hanya terdiam dengan kata orang “jodoh tak panjang”.Adakah mereka sudah berusaha untuk pulihkan semula perkahwinan mereka.Jika bertepuk sebelah tangan memang tidak berbunyi.Maka, perlulah bertepuk-tepuk agar dapat dendangkan lagu penuh irama.FIkirkan juga masa depan anak-anak yang masih bersekolah..perlukan perhatian dari kedua mereka.

Sebab itu ingin mengucapkan selamat pengatin baru jangan lah pula kita mendoakan pasangan pengantin ” selamat pengatin baru, moga berbahagia ke anak cucu” hah, jangan!! doalah sampai akhir hayat berbahagia dunia akhirat…amin.InsyaALLAH. Bukan apa, takut doa yang salah disampaikan jodoh berakhir sampai anak cucu je.

Berbalik pada masalah orang ke-3 yang jadi punca penceraian.Selalu perkara ini lah yang menyebabkan penceraian.Leh katakan perkara biasa,suami bila ada orang ketiga, selaku isteri boleh mengesan kehadiran orang ke 3 ini dengan HP suami,kalau mereka 24/7 jam dengan HP je manjang sampai ke toilet pun bersama HP.Hati2 lah wahai sang isteri. Lagi satu suami kerap outstation atau banyak aktiviti luar rumah berbanding dirumah bersama anak-anak dan isteri, jika benar -maka benarlah atas alasan pekerjaan.Jangan ada alasan lain pula mereka berseronok diluar rumah sudah lah. Dan lagi,perhatian kan penampilan..jika sebelum ini mereka hanya t-shirt dan jeans tetiba je nak ubah penampilan macam model lelaki 18 tahun,bersembur minyak wangi sana -sini.Ini adalah alamat tidak baik..hehehe. Dan jika diamati perkara masalah orang ke -3 ini dapat dikesan awal-awal lagi,jika suami kurang berkomunikasi dengan isteri mereka.Terlalu banyak perkara yang hendak dirahsiakan.Paling tidak isteri boleh lihat prestasi kerja suami menurun..hal ini suami biasanya terganggu dengan komitmen antara kerja, rumahtangga yang sedia ada dan juga komitmen dengan orang ke-3.Yelah macam mula2 bercinta dulu..hanya tertumpu pada seorang perempuan dan kerja..kalau dah banyak perkara nak di kejar..sudah tentu salah satu tergugat.Yerr tak?

Apa-apa pun..kita berbalik pada iman,tepuk dada tanya lah iman.Sekuat or sejauh mana kita ingin melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia.Dan perlu diingatkan para isteri -syurga dibawah tapak kaki suami.Jangan sesekali menderhaka pada mereka…dan bertolenrasi lah antara suami isteri.Moga kebahagiaan itu milik kita.InsyaALLAH..

Buat sahabat ku…yang bakal dilangsungkan 18hb dec 2010.Semoga anda disinari kebahagiaan dunia dan ahkirat, semoga ALLAH sentiasa merahmati rumahtangga anda dan dipermurahkan rezeki anda. InsyaALLAH..amin

Thursday, December 9, 2010

Bagaimana dengan "pregnant woman"

Emosi ibu hamil sering dikatakan tidak menentu..kadang-kadang nak bermanja,kadang-kadang ada rasa nak marah-marah.Yup!! setuju itu aku alami.Rasanya memang aku nak bermanja dengan suami aku.Tapi kalau tak dilayan mulalah muncung sejengkal kalau diukur.Emosi selalu dikaitkan dengan hormon..mengikut kajian emosi ibu hamil melalui 3 peringkat iaitu :

1) Tahap pertama adalah pada triwulan pertama, adalah pada saat usia kehamilan satu hingga tiga bulan.Dalam masa tersebut, biasanya ibu yang masih muda ni belum biasa dengan keadaannya, dimana perubahan hormon,bentuk badan yang boleh mempengaruhi jiwa dan emosi para-para ibu. Ada juga sampai stress..huh..hebat jugak ek!

*//Time ni aku kena moniksickness teruk gak...muntah2.Masalah tempat kerja lagi.Ibarat kata memang 100% stress.Pastu mengidam nak makan laksa penang.huhuhu...sampai nangis2 dibuatnya.*//

2) Tahap kedua saat triwulan kedua, adalah pada saat usia kehamilan empat hingga enam bulan. Dalam masa ini, ibu dah leh control dah semua perkara.Dah rasa tenang coz dah terbiasa dengan keadaannya. So adalah aktiviti malam yang boleh dilakukan (eerrrr)

*// Waktu ini paling banyak dugaan aku kena hadapi, Kereta hubby aku hilang.Hubby aku dok jauh dengan aku.Nak cari kerja lain lagi.Sibuk nak pindah rumah..huhuhu..tapi aku hadapi dengan tenang yelah..emosi dah stabil sikit. *//


3)Tahap ketiga yakni trimester ketiga
, stres pada ibu hamil akan meningkat kembali. Hal ini terjadi bila keadaan ibu yang tak selesa untuk tidur.Berpusing sana sini nak dapat lelapkan mata.Yelah..baby makin besar.Bak kata orang makin dekat hari makin stress..banyak menda nak kena fikir.Ada juga yang mengatakan disebabkan faktor psikologi dimana kebanyakkan ibu dalam keadaan bimbang tentang kandungan nya dan memikirkan saat kelahiran baby.

*// Inilah yang aku alami sekarang -emosi tak menentu- tawakal pada ALLAH swt *//


So, memang saat macam nilah..wanita hamil amat memerlukan sokongan dari semua pihak..terutama suami dia.Coz saat ini wanita yang berbadan dua ni sangat sensitip.Huhuhu...Jangan memancing hal-hal yang boleh membuat isteri marah atau sedih/tertekan, kerana ini semua boleh mempengaruhi kandungan.


kata orang tua-tua "bukan salah ibu mengandung" hehehee...

Wednesday, December 1, 2010

Check-check....anakku

Target kedai anakku memang sasaran, apatah lagi ada promotion now.Melihat wajah hubby aku yang ceria bila masuk kedai anakku hati aku terdetik " waaahhhh suka nya dia". Memang hubby aku lebih excited dari aku rasanya.Semua barang dia belek..

Tak semena-mena dia terpandang stoller dan play pen baby dengan harga agak best yang bersonok untuk menggunakan wang.Hubby aku dah tak sabar-sabar nak menyapu bersih kedua-dua nya sekali. Lihat telatah dia memang buat aku tergelak..lebih pada aku.

Now time shopping barang keperluan baby pula:

List down apa yang perlu -
====================================================================
Dah Beli :

-Kelambu
-Lampin
-Barang mandian dan wangian baby
-Baju panjang dan pendek
-Stokin dan topi
-Selimut
-Towel
-Face towel
-Alas getah
-Susu botol -Kecil n besar
-Puting botol susu
-Wet tissue
-Baby cream
-Berus botol susu
-Bekas bedak

====================================================================

Belum beli :
-Rompers
-Bakul pakaian baby
-Tilam travel
-Pampers (new born)
-Bakul mandi baby
-Besen mandi baby
-Minyak yuyi
-Minyak telon
-Vick
-Set Ketip kuku baby
-Termos
-Botol air masak baby
-Barut

=====================================================================================

Lihat senarai diatas pun aku dah termenung : bukannya sikit barang nak beli yang asas.Tu belum masuk nak Car sit baby,Bouncer dan sebagainya....

Hubby aku dah muka cuka dah..tengok aku bukan main lama dalam kedai anakku.Yang kesiannya buat dia dua kali pergi ke ATM machine.

hehee...sabarlah sayang,biar menang membeli berbaloi memakai..kan?kan?
apa-apa pun aku kena dah get ready sekarang.Mak aku cakap, kalu sembab dah hilang ada kemungkinan bila-bila je.Wallahuallam...Semoga Allah swt mempermudahkan dan selamat ketika dan saat melahirkan anak..amin

tik tok


Pregnancy Counter at WiddlyTinks.com

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...