Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak leh nak main2 dah kena belajar dan dok dapur banyak.Bebalik pada zaman aku umur 6 tahun..masa tu seingat aku tibi pun kena ada lesen lg.Pasal mak aku selalu sorok tibi dalam almari kalau ada orang datang cek..huhu..
Oleh kerana zaman tu tibi agak membosankan..hanya dapat tibi rtm 1 dan rtm 2 je.Aku pulak tak dihantar ke tadika.Mula lah episod aku sebagai anak jati kampung.
Bangun tido je aku dah cari makan sendiri kat dapur.Mak aku kerja,akak abang aku sekolah.So dah makan,mandi masa untuk bermain!!!yey....nak tau tak?aku masa kecik seumur 6 tahun dah tinggal sendiri kat rumah.Sampai tengahari baru kakak abang aku balik sekolah. Jadi pandai2 lah bawa diri.
First permainan yg menjadi kegilaan aku masa tu - LOMPAT GETAH..
memang campion ar aku ni leh katakan.Paras 2 jengkal dak sekolah darjah 5 pun aku boleh lompat tau.Tapi sayang dah besar takde lak jadi atlet lompat galah ek.hihihi..
Dah tengahari aku balik makan,then sambung pulak.Main PONDOK jual ikan ke sayur ke kat tepi jambatan rumah aku.huhuu...memang best,Duit kitaorg -daun2 pokok.Kitaorg ada mark satu pokok tu ala2 mcm bank.So daun pokok tu je laku jadi duit.Pokok lain tak laku.
Dah main pondok tghari,petang pulak sessi main permainan group.Tang ni aku suke,pasal aku leh campur dengan dak besar-besar.Tengok pada permintaan petang tu nak main apa?Selalunya kitaorg dok kumpul dekat rumah Haji Jonik,Anak dier Ju dan Abg Di.Ni memang port terbaik main,kawasan luas..ada pokok2 nipah tepi rumah dia.Dan sekali gus service Makcik Aji pun terbaik.Ada hidangan air kalau penat bermain.Hihihi..
Selalunya mainan kitaorang main,REJAM TIN..ni memang femes.Satu geng kena bina tin yang diruntuh dengan selipar jepun oleh satu geng yg jadi tuan rumah.Kalau sapa kena balingan selipar jepun tu dikira out of service.Kalau salah satu geng dier dapat bina balik tin yg runtuh tu.So dier leh main semula.Gitu lah lebih kurang jalan citernya.Pemilihan geng berdasarkan atas -la li lap la li tam lop.
Ada kala kitaiorang main RONDAS -ala base ball.Kayu pukul biasa je.Bola lak bola tenis.Kadang lelah nak kejar bola.Tapi kalau dapat tangkap terus tanpa bola tu jejak tanah.Kira menang terus, dapat mata..
REJAM SELIPAR pun antara terpemes gak..konsep macam Rejam tin.Cuma rejam selipar ni waktu cemas dier masa nak bina balik selipar tu jadi piramid..sangat ngeri asa.
KONDA KONDI, pernah korang main tak?ni mainan kampung...ni aku tak suka main.Pasal aku tak reti nak baling kayu.Lagi satu aku takut kayu tu terkena bijik mata.Kang sisa2 sakit tak pasal.Kalau main menda alah ni aku suka satu geng ngan abang aku.Dia terrer bab cungkil kayu dalam tanah dan baling..hihi..tak tau aku korang dpt imagine tak apa yang aku bebel kat sini ntah.Tapi kalau korang pernah main menda alah mcm ni..mesti korang tau kiraan mata mainan ni dengan ukur jarak kayu yang kita pukul.Sapa paling jauh geng tu menang.
BLUE BLACK - aku pun tak tau napa lah nama dier macam tu.Atas sempena lagu dier ke apa.Main tali...lompat-lompat ikut irama lagu dan pusingan tali.Lagu dier macam ni
>> Blue black ikan kasar,sili oli owass dam -dam besi keluar ABC << ntah aku pun tak paham satu habuk apa makna lagu ni.
ni lagi satu lagi pelik:
>> Anak kambing belari-lari ,anak kambing patah kaki.Anak kambing makan rumput.Ram -ram pusing keliling ,Ram -ram petik lampu, Ram -ram curi telur, Ram -ram cabut larii>>
Kalau nak cerita hikayat 1001 malam pun tak abis, macam -macam mainan aku zaman aku kecik dulu.Budak kampung gitulah ek.Mandi sungai...Main sorok-sorok.Main guli.Main Teng-teng..
Ada lak rekaan mainan sendiri pun ada,masa tu femes citer land of giant.So adalah pulak mainan sempena citer tu.Ada yg jadi giant ada yang jadi org kerdil.Kalau giant dapat tangkap salah sorang org kerdil tu.Kira orang kerdil yg lain kena selamatkan lah.macam tu lah lebih kurang.Kira kalau dapat selamatkan kawan kerdil dier.Kira menang.
ni semua mainan aku.Kadang-kadang aku juga di import main bola ngan abang aku.huhuhu..Jadi gol keeper,kalau dah tak cukup org.Tak heran lah,orang leh kata aku ni lembek tapi perangai kasar macam jantan.DULU lah..now dah jd muslimah.hehehee...
Kan best kalau mainan era 80an ni disambung hingga ke hari ni.Takde lah budak2 sekarang nak melayari internet bukak yg XXX,main PS3 lah..semua indoor punya xtvt.Tu kanak2 pun dah ramai obesiti..kesian kan.Lagi satu aku rasa,kalau sebut pasal mainan di atas sekarang ni,leh kira ngan jari je budak2 yg tau nyer..tul tak??
key,...sambung nanti...edisi khas!! 27 julai datang lagi
"Satu anugerah tidak ternilai adalah kehidupan - warnai hidup dengan penuh makna dan ceria - yang pasti hidup ini terlalu indah untuk menilai sesuatu suka mahupun duka"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan Ramadhan 2023
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Syshhh.... Silent is beautiful Silent when you too much to thought Silent when you are sleeping Silent when you so tired Silent w...
No comments:
Post a Comment