Saturday, February 5, 2011

Ini lah saat nya...(part 1)

18hb Jan 2011 : Bangun dari tidur, aku malas nak melangkah ke toilet..rasa sebu-sebu kat perut ada lagi, mungkin sakit malam semalam tak habis lagi. Jam hampir 7pg, aku memandang suami aku masih terbaring..aku kejutkan dia selepas selesai gosok baju.
" Saya rasa malas pergi kerja lah hari ni" kata aku..dengan ala2 manja.."saya ingat nak cuti bersalin terus lah, sayang hantar saya kat rumah ma, boleh?" suami aku cuma setuju...mungkin dia faham aku dah tak terdaya untuk berkerja. Dan disini mula lah episod baru dalam hidup aku.

19hb Jan 2011 : Setelah cuti aku "approved" dari puan Huda, aku rasa sangat lega berada disamping ibu tersayang, dalam sakit aku gagah kan juga untuk bergerak.orang kata banyak bergerak senang nak bersalin...may be YA.So aku buat apa yang termampu dekat rumah ma.Walaupun ma banyak melarang tapi aku bertelinga kecil...hehehe.faham-faham je lah. Setelah petang hampir jam 4ptg - Show iaitu lendir bercampur darah keluar sedikit demi sedikit. Aku panik..segera aku bagitau mak aku..Mak aku just corral..siap dia pesan suruh aku call hubby aku balik.Bawa aku segera ke hospital.Hubby aku tanpa lengah datang menjemput aku,kami masih lagi boleh bergurau senda. Hospital pekan tempat dituju.Setiba di hospital pekan.Aku di periksa seperti biasa oleh kakak-kakak nurse yang sedia maklum kenal aku Zie IT.Ya, jalan masih 1cm.Dan aku ambil keputusan lebih baik berada di situ berbanding dirumah.
Aku tak nak hubby nanti panik in case apa2 hal. So biarlah aku dijaga oleh mereka yg profesional.


to be continue..........

No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...