Monday, April 5, 2021

Kerja paling lama dalam sejarah hidup

Kalau dulu-dulu aku suka main lompat kerja. Orang kata aku tak loyal... peduli fish.

poket aku, kaki aku...aku tahu.. aku lompat kerja ada sebab; 

1. nak lari dari ex boyfriend 

2. memang nak up gaji

3. nak environment baru

4. nak belajar menda baru

Macam suami aku selalu pesan kat aku, kalau berada di atas sentiasa lah pandang dibawah. InsyaALLAH aku sentiasa ingat ini. Walaupun Allah murahkan rezeki aku dan permudahkan segala urusan. Aku percaya Allah bagi bukan saja2. Allah sedang uji aku !!! adakah aku umat yang tahu bersyukur atau tidak. 

Cerita pasal syukur-  Kini telah genap  5 tahun  aku bekerja di KUIPSAS, paling lama bertapak selepas DRB-Hicom . Dan dengan rasa syukur setelah 25 tahun KUIPSAS telah di naik taraf kepada sebuah Universiti... nikmat Allah berikan kepada kami semua di KUIPSAS dan dibumi Pahang akhirnya ada nya sebuah pengajian islam bertaraf  Universiti.

Dan tiada sebab aku tak loyal dengan tempat kerja aku sekarang ni. Dekat sini , alhamdulillah kalau nak berhijrah tiada alasan. hihihi..Kalau nak berubah bukan tempat yang ubah kan kita tapi ianya mula dengan niat.


Taniah KUIPSAS, 

Berilmu, Bertakwa.

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...