Thursday, June 7, 2012

positif dan doa

As salam,

Sebelum ini entry saya berkenaan kawan saya yang kurang senang perangainya.Dan Alhamdulillah..Allah mempermudahkan kerja saya ditempat serba baru ini.Dengan membuka pintu hati kawan saya untuk menerima saya dalam alam perkerjaan dia.Syukur pada ALLAH atas limpah kurnianya memakbul doa serta memberi saya keinsafan atas apa yang diuji oleh NYA.Alhamdulillah....hari-hari saya ke tempat kerja tidak lagi ada gundah gulana.Semoga ALLAH akan permudahkan segala urusan kerja saya disini dengan memberkati rezeki yang diberi.Sesungguhnya ini adalah cabaran kerjaya saya dan saya redha atas apa telah dirancang oleh NYA.

Saya meminta maaf jika kawan saya ada terbaca pasal entry ini.Saya amat berterima kasih kerana awak sudi memberi tunjuk ajar pada saya.Saya hargai ilmu yang awak berikan.InsyaALLAH saya akan laksana kan tugas dengan baik kelak.


Tq so much...




Monday, June 4, 2012

sebuah karangan semasa induksi

aku terpaku ..........

nama saya "zie"
"zie je" dengan sinis...dia berkata-kata patah lagi riak wajah nya.

Dalam pada itu saya berfikir sejenak, salam perkenalan dari saya di sambut dingin.Apakah dia mempunyai problem dengan jiwa atau mental dia?? kesian dia.

Kadang-kadang kita melihat pada seseorang pada percakapan, pada mimik muka atau mungkin pada penampilan dirinya kita boleh mengagak macam mana personaliti diri seseorang itu.Dari sudut pandangan relektif pula.Kita perlu pandang dari punca nya seseorang boleh bertindak sebegitu.Memang pada saya dia seorang yang sombong bila beriaksi sebegitu dengan seorang yg ikhlas ingin bersahabat.Namun saya merasai  ALLAH ingin menduga kita sejauh mana kesabaran dan tahap keimanan kita berhadapan dengan makhluk ciptaan nya yang sebegini rupa, dan saya tersenyum pertanyaan dia saya jawap dengan tenang."Nama saya Norfaziah Mohd Rejab tapi orang semua cuma panggil saya zie ". Dan Alhamdulillah dia mengatakan nama dia dengan ringkas.Apatah lagi saya tidak banyak menyoal.

Duduk terdiam seketika bila berhadapan dengan orang sebegini rupa.Buat saya tertanya-tanya dan ingin mengkaji atau mahu ingin menolong dia supaya dia keluar dari kepompong hidupnya yang memang rendah pada orang.Kerana pada saya setinggi mana ilmu yang kita bawa, sedarjat mana pangkat yang kita ada itu semua milik ALLAH swt.Kita hanya dipinjamkan sahaja.Saya fikir mungkin emosi dia terganggu dengan kehadiran saya, mungkin dia rasa dirinya kecil berbanding orang lain.Dan ini caranya dia menunjukkan diri dia untuk maklum kan pada orang baru seperti saya bahawa.Saya seorang yang berpengalaman....hormati saya.
"Saya hormati dan sangat kagum kerana segala perkara atas bahu nya.Dia seorang yang hebat dalam kerjayanya.Alhamdulillah ALLAH turunkan ilmu pengetahuan atas dirinya untuk dia mencari rezeki dengan itu."


Pendapat saya dia ada masalah peribadi yang boleh menyebabkan dia bersikap demikian rupa.Ini adalah peyumbang faktor personaliti seseorang itu.Saya doakan agar dia yang saya maksudkan sedar akan sikap agak kurang menyenang itu dan berpijak pada bumi yang nyata, lihat orang sekeliling bahawa kita didunia ini hidup atas segala perkongsian.Udara, air , sumber rezeki dan segalanya......kerana dalam dunia ini hanya sementara.


Wallahualam.



Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...