Thursday, August 2, 2012

Sorang - nak komplen pulak pasal lelaki

Hari dalam sejarah rasa nya macam nak tutup kedai pun ada.Department saya ramai yang takde.Team saya..tinggal saya sorang je.Sibuk tak sah kata lah kan..tp ada masa lak tulis blog tu.hahahaha..
Bisa lah nak hilang kan bohsan tinggal sorang..ada perkara yang saya nak membebel kat sini.

Hari yang baik dan ceria di bulan ramadhan ni.Saya nak complaint ada sesetengah perkara yang kurang enak tentang "lelaki" atau "laki-laki" bukan labi-labi ek.hehehe..

Saya  ANTI  lelaki yang suka buat perkara macam ni bulan puasa yang penuh barakah.

1. Mencarut - astafirullah... macam takde kerja lain kan.Nak marah guna ayat2 kasar - Hilang macho lah beb.Kalau di carut tu apa yg dia ada takpe gak.Tapi di sebut nya yang mak dia punya.Ya ALLAH...padahal dia tak tahu ke kat situ jugak dia keluar dulu..hihihii...

2. Memaki hamun - abis binatang dalam hutan disebut nya.Hai...agak-agak lah bulan puasa ni.Kot nya pun nak marah org, jangan lah sama kan manusia dengan binatang.Binatang haram pulak tu. 'orang macam ni kalau nak respek dia pun buat aku fikir dua 3  kali ' - macam mana kehidupan dia dengan anak bini dia agaknya nyek???

3. Mengumpat - Kalahkan perempuan , yerr...tempat saya kerja ni ada kaum lelaki yang suka mengumpat.Jangan tak caya.Umpatan dia lebih power ranger dr makcik-makcik bwh pokok petang2.
Sapa yang diumpat? rakan taulan. boss...jiran tetangga pun kena gak.Masya ALLAH..bila lah diorg ni nak insaf nyer. Ada yg sanggup mengaibkan jiran cakap macam-macam pada orang lain.Aduhlah dunia...dunia

4. Kerja malas tapi suruh orang lain pulak buat kerja dia.Hello...balik bagi anak bini makan dengan hasil kerja macam ni.Memang ter..."sangat" lah berkat rezeki ko tiap-tiap bulan.GOOD!!!


So setakat ini sahaja komen saya tentang segelintir lelaki yang kurang adat kesopanan dalam menghormati bulan ramadhan.Semoga mereka mendapat Hidayah dan Petunjuk drp ALLAH swt agar mereka berbuat baik merapatkan lagi ukhwah sesama insan.

Sama-sama lah kita mencari keberkatan RAMADHAN itu.

Walllahualam.

1 comment:

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...