Monday, March 25, 2019

TERJUMPA KAWAN LAMA MASA MAKAN

Takdir ? kebetulan ?

Saya bukan orang senang nak tulis blog. Hanya masa-masa tertentu saya memikirkan apa yang perlu saya tulis.Sebab saya bukan nya pembaca novel, bukan nya suka baca blog orang dan bukan pula penganalisa politik ada apa- apa isu yang berkaitan. Saya hanya menulis jika saya rasa, saya perlu tulis untuk dikongsikan.

Berbalik pada tajuk saya, yer saya terjumpa kawan lama saya masa makan tengahari tadi. Alhamdulillah masing-masing dan kembang selepas beranak pinak ini. Allah kurniakan kami masing-masing kebahagiaan kesenangan. Syukur. Saya tak sangka setelah hampir 17 tahun.Kami masih mengenali masing-masing. Last berjumpa semasa konvokesyen di UPM tak silap.Allahuakbar, Allah Maha Besar... senyum saya, gembira dapat jumpa dia bersama anak-anak dia yang comel  4 orang cahaya mata nya .. dan saya masih 2, rezeki Allah swt.

Masa kami tak banyak, saya pun agak rushing, Dia pulak sibuk melayan karenah anak-anak nya. Seketika terdetik kata-kata suami saya, " Berhati-hati jika terjumpa kawan lama kita, risau kalau-kalau kita membuka aib dia semasa muda dia, atau aib kita yang pernah kita lakukan dalam sedar tak sedar masa muda belia dulu".

Saya cukup berhati-hati, takut jika saya sentuh hal peribadi dia dulu-dulu. Dimana saya sendiri pun ada sejarah nya.Jadi cukup saya bertanya apa khabar dia, bekerja dimana -" Jangan tanya dia sebagai apa" kalau sekali pun dia kerja lebih hebat atau kita lebih hebat. Biar lah itu bukan titik pertemuan saya dan dia. Cukup gembira bila tahu dia bahagia. Kita pun tumpang suka.

Suami saya ada juga berpesan, "Jangan kita bertanya tentang perkhabaran orang lain yang pernah kita tahu dia ada hubungan sebelum ini". Jadi saya mengelak daripada bertanya kan perkara-perkara yang boleh buat dia mengimbas kembali masa muda belia. Cuma hanya senyum di usia hampir 40 an ini. Yang tahu kita bukan semuda dahulu. Kami saling bertukar nombor telefon hanya sekadar berkawan. Mungkin kami faham masing-masing tahu kau dan aku ada secalit perkara yang pernah melukakan hati seorang wanita. Alhamdulillah kami berdua masing-masing sedang berbahagia dengan keluarga tercinta.







No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...