Assalamualaikum semua.
Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir.
Selalunya En.Somi aku 10 hari Ramadhan terakhir dia akan buat pecutan terakhir. Dan aku pulak ada masa boleh ikut langkah dia, ada kala terbabas juga. Hihihi.. nak menguruskan keluarga dalam masa nak kejar pahala selalu jam itu berdetik dengan laju. Jadi tahun ini aku cuba!! at least aku ada azam setiap tahun nak dapatkan ramadhan lebih baik daripada tahun sebelum-belumnya.
Kalau nak cerita zaman puasa aku masa dulu-dulu dan sekarang memang jauh beza. Dulu aku tak rajin nak sahur makan bagai.Kalau dulu bangun pun sekadar makan kurma, roti minum air je. Sekarang aku kena bangun awal daripada semua orang. Kena masak, panaskan apa-apa yang patut. Dulu anak-anak kecil lagi, tak puasa pun. Sekarang anak-anak dah boleh puasa penuh. Jadi, kena la bangun untuk bagi pahala sahur pada anak-anak.Jadi diorang pun kalau kat sekolah takde la penat sangat sebab dah bangun.
Seronoknya bila bersahur bersama dengan anak-anak, kadang macam-macam perangai. Ada yang blur.....pending... loading... command not found. Yelah bangun-bangun basuh muka terus duduk kat kerusi makan. Ayat mak nyer "Cepat makan", "Minum air" , "Baca niat"..... "Cepat kejap lagi subuh"..nak g solat masjid makan cepat.
Kenangan sahur- berbuka dengan keluarga paling seronok. Tak kira kita makan apa sebenarnya. Even ada kurma 3 biji air masak pun sekali pun. Itu pun dah indah....rezeki Allah bagi bulan mulia ini bukan sahaja dengan hidangan makanan yang lazat-lazat untuk berbuka. Tetapi rezeki Allah bagi kat kita, hargai setiap apa yang kita ada. Rezeki kasih sayang keluarga, sihat, semua yang ada pada kita adalah rezeki.
Jadi...... untuk yang membaca ini, Alhamdullillah.. syukur pada Allah kita masih dalam bulan ramadhan bersama beramal dan ibadah. Moga Allah makbulkan doa kita semua dan mendapat pahala lipat ganda dibulan mulia ini.Dan doakan juga moga masih boleh berjumpa dengan ramadhan pada tahun akan datang.
Aamiin....