Assalamulaikum,
Hari ini aku rajin ingin menulis, mungkin sebab cuaca yang sejuk.. Mood kerja yang bertimbun kita relax minda sekejap . Thanks pada yang sudi membaca tinta aku sejak dari tahun ke tahun. Begitu lah kalau bergelar mak-mak ini masa untuk santai tiada. Hanya ada dapur, laptop, uruskan rumah itu dan ini. Sampai anak aku sendiri pernah cakap "penat jadi mak". Semua perkara nak uruskan.... yaaaa wahai anak ku, jadi sebelum jadi mak kepada anak sendiri. Diri sendiri dah kena latih..itu yang mak aku buat pada aku masa kecil-kecil dulu
1. Bangun tidur mandi terus, selagi tak mandi tak dapat makan..."sedihkan"
2. Bangun tak boleh lebih jam 9 pagi. Jadi aku dah diajar lepas subuh tak tidur. "teringat kat Baity, sahabat aku dia pun ada peh el yang sama. Dah bangun subuh tak boleh tidur. - yang ni aku cekelat sikit, dah tua bangka ini kadang tidur je lepas subuh, sebab PENAT sangat. " hahahaha"
3. Masa kecil dulu aku suka mandi petang- sebelum maghrib dah masuk bilik air siap- pakai bedak wangi.. bila mandi awal serius segar. " sebenarnya takut sebab rumah kampung bilik air kat luar rumah - baik mandi awal kang dah gelap takut".
4. Mak -ayah aku bekerja.. jadi masa kecil dulu aku adalah anak paling kecil sebelum lahirnya adik aku yang gap dia 10tahun dari aku. Jadi aku kena tinggal sorang.. yes, HOME ALONE jadi macam-macam aktiviti aku penuhi bila tinggal sorang sementara tunggu kakak dan abang aku balik sekolah. Ini sebenarnya buat aku lebih kreatif dengan mainan imiginasi aku dan lebih berdikari la boleh aku kata kan;. Mak aku pesan.. kalau ada orang bagi salam dok diam-diam jangan bukak pintu. pastu jangan main air dan main api.
5. Mak aku ajar aku masak umur 7 tahun.. kira -kira umur 7 tahun dah pandai masak nasi pakai dapur gas OK. bukan pakai periuk nasi letrik macam kita-kita ni. Jadi kalau ko lapar ko pergi dapur ko masak nasi sendiri. Haaa gitew.
Apa2 pun sempena tahun baru the so call arus IOT dan AI berlumba-lumba merasuk dalam kehidupan manusia. aku just nak share beberapa koleksi item yang bakal masuk recycle bin. Silap2 dah masuk dah pun.
1. Ipod Apple - asanya dah relevan dah.. sebab dah ada spotify & mcm2 lagi cloud music
2. Black berry phone - sebabnya ramai dah pakai smart phone
3. VGA kabel- semua dah tukar kepada HDMI even laptop pun dah takde VGA port.
4. Internet Explorer - sebab dah bertukar kepada Microsoft Edge
Selamat tahun baru semua... Moga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH.
Jangan beria sangat sambut tahun baru sempena lepas PKP 2 tahun. Just pada- pada..
No comments:
Post a Comment