Assalamualaikum,
Aku ni macam hari raya kan.. muncul setahun sekali kat blog, walaupun orang lain dah sibuk ngan tik tok, instrastory laaa..akemenda lagi. Tapi pada aku penulisan lagi hebat, kita menulis kita berfikir.. dan kalau salah tulis boleh padam.. haaahh gitu. Kalau terlepas cakap tak boleh padam tapi kena hadam.
Aku pun bukan sorang yang rajin sangat menulis, ada hari yang tenang hah.. macam contoh hari ni.. hari jumaat, cuaca kat luar pun sejuk-sejuk kopi panas kena aircond gitu. Mungkin barakah hari jumaat, penghulu segala hari.
Tapi hari ini aku bukan nak cerita pasal hari jumaat. Cerita aku hari ini tentang virus variant baru "OMICRON" Covid19 - Dah ramai kawan-kawan sedara mara aku yang terkena Covid19 disebabkan Omicron ini dah jejak kaki Malaysia ni. Dan pula, dah jadi normal pulak... bila tanya kenapa tak datang kerja - jawapan dia " saya positif covid19" .WOW!!! semalam baru rasa jumpa makan kat warung hari ini dah kena Covid19. Hanya doa sahaja mampu kita hadiahkan semoga cepat sembuh Allah mempermudahkan urusan.
Aku sendiri dan satu family dah terkena virus Covid19 ni.. tapi tak tahu variant apa. Seingat aku kami sekeluarga terkena masa banjir 2021 mula dari 19 Disember 2021 lepas tu kuarantin lah 10 hari. Orang lain di uji dengan ujian banjir dan aku bertarung dengan Covid19. Betul lah.. sakit covid19 bukan sakit biasa- biasa. Demam dia tahap gigil dan paling aku kesian anak-anak lah.. terutama anak perempuan aku, dia paling teruk diuji. Apa yang aku tabik spring..anak aku ni dia kuat semangat. Dia tahu dia sakit dia bangun lawan. Dia rasa badan dia panas dia sendiri pergi mandi, boleh kata kan setiap 30minit aku tengok dia pergi bilik air mandi. Syabas Ainul... kata nak jadi DOKTOR kena lawan penyakit.
Apa yang aku satu family lalui, cukup ajar kami bertapa penting nya SOP . Yaaa sebabnya boleh di katakan last vacation kami di Kidzania maklumla cuti sekolah dah 2 tahun berkurung tak pergi mana sekali pergi jejalan balik bercuti dapat pakej dia sekali...cuti rehat pulak sambung 10 hari duduk rumah.
Yang penting sekarang ni pada aku kita perlu ikhtiar dan tawakal doa pada ALLAH swt, supaya kita semua dihindari segala penyakit yang ada yang akan datang.. sekarang Omicron tak tahu lepas ni apa pulak variant kita nak hadap. Lepas ni varian apa pulak Omega ke Pi ke ? Pokok pangkal nya tanya iman kita...sendiri, ALLAH sedang uji kita.
Kita sedang menuju ke akhir zaman.... sedikit sedikit dan sedikit makin kita nampak segala ujian ALLAH turun kan pada kita semua. Bagaimana pulak kita sendiri akan beri persediaan kepada generasi kita akan datang untuk hadapi pelbagai lagi ujian akhir zaman kelak. Wallahualam..
Selamat Tahun Baru 2022...
Umur dah tua bila tengok anak makin membesar...
Wuhhuuuuu....
Akhir kata kita bagi lagu ini bagi siapa yang tahu...hihihi
Saat ragaku terasa tua
Tetaplah kau slalu di sini
Menemani aku bernyanyi
Yakinlah ku tetap setia
Memijit pundakmu hingga kau tertidur pulas
Kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
Kita lawan bersama dingin dan panas dunia
Saat kaki tlah lemah kita saling menopang
Hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
Sampai jumpa di kehidupan yang lain
Yakinlah ku tetap tersexy
Dan tetaplah kau slalu menanti
Nyanyianku di malam hari
Kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
Kita lawan bersama dingin dan panas dunia
Saat kaki tlah lemah kita saling menopang
Hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
Sampai jumpa di kehidupan yang lain
Sampai jumpa di kehidupan yang lain"
No comments:
Post a Comment