Wednesday, August 4, 2010

Not Shopaholic

Tahun 2009 aku suka sangat citer ni,Tapi malangnya aku tak sempat tengok kat cinema sebab tayangan dia tak kena waktu aku yang sedang2 sibuk nak kahwin."Confessions of a Shopaholic " lakonan Isla Fisher dan Hugh Dancy.Rebecca(Isla) sanggup menipu laki idaman (Luke) dia semata-mata nak lari daripada perangai sebenar dia yang suka shopping dan ada baaaayyaaaaakkkkk sangat hutang piutang.
Cerita aku now ada kait mengait dengan movie ni..hihihi.bukan aku suka berhutang or bukan aku suka sangat shopping.Tapi bila angka pendapatan RM2000 adalah tahap miskin di malaysia ini.Sangat membimbangkan aku, Adakah aku tergolong dalam pendapatan miskin seperti yang di war2 kan.Boleh dikata kan dengan "Ya" jika aku mempunyai banyak tanggungan dan perlu memenuhi keperluan hidup seharian."Tidak" jika aku tiada sebarang masalah untuk men "joli" kan duit aku sewenang2 nya.
Even pendapatan kita sebulan boleh menampung keperluan kita,Tapi sedar tak bila kita berada di satu tahap kita perlu "simpan" untuk masa hadapan.Jadi mula lah kita nak berjmat cermat.Cut sana,Cut sini..mana yg perlu sahaja dapat beli.Teringat aku zaman mak ayah aku susah payah besarkan kitaorg adik beradik mak aku hanya kerja buat kuih pagi.Dan ayah aku kerja buruh biasa.Tapi tu zaman dulu "zaman nasi lemak 30sen" now mana nak cari semua tu?dah tentu kitaorang leh survive.Boleh ke kita survive pada masa now dengan pendapatan sebulan RM500 dan mempunyai 4 orang anak yang kecil??
Sedar tak sedar now keadaan, meletak kan kita rakyat hidup semakin tetekan..apatah lagi kabar-kabar FDI kita menurun sebanyak 80% if tak silap berbanding negara2 jiran lain dan tahun-tahun yang sudah.Dengan ekonomi kita yang stabil pada tahun sudah kita senang buat pinjaman kewangan sana-sini.Tapi secara halus kita tak sedar segala barang dah "NAIK" minyak, gula all keperluan lagi.Perkara yang kita guna setiap hari.mampu ke kita membayar hutang-hutang yang sudah??pinjam ah-long -potong kepala..hahahaa.Dan idea lain nyer??

Tak kan lah kita nak merempat kat negara orang lain pulak pasni??sedangkan negara kita sudah cukup segalanya.Mana silap kita?
Kos sara hidup kita makin tinggi tapi pendapatan kita masih di tokok yang lama.
Camne tu???

No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...