Tuesday, July 27, 2010

aku putus cinta dan bertemu cinta (27th come again)

Alam perkerjaan buat aku makin dewasa.Apatah lagi seingat aku pernah dikecewakan dengan seorang laki (hehee) sebab tu aku cakap aku bukan lesbian.Aku ada boy masa aku belajar dulu.Tapi bukan jodoh aku..dia kahwin ngan orang lain.So aku redha, tapi yang aku pelik even aku dah break off ngan mamat ni dan official nya dia dah berkahwin dia tetap kacau aku masa aku di selayang.Tiap-tiap hari boleh katakan datang ke office aku,merayu aku balik pada dia.Apa hal nyer "ko yang kahwin!!" aku tak nak kacau rumah tangga orang.So aku ambil keputusan pulang ke Pahang dan berhenti kerja.Even masa tu aku langsung takda kerja, nasihat mak aku balik lah ke kg semula.So aku akur dengan nasihat mak aku.Daripada makan hati sorang kat kotaraya.

Hampir 2 minggu aku menganggur..sampai ada khabar berita dari kawan lama aku perlu kan Application Engineer kat Hospital Pekan.Alhamdulillah rezeki aku disitu.Aku disambut baik dengan oleh kawan-kawan baru aku, kecuali seorang ni nama dia Shah..(dah lah kerek,sombong baget bagus) tu kata-kata aku bila sampai tempat baru.Aku tak suka dia!tak suka!tak suka!...dalam aku tak suka-tak suka tu.Tapi at same time ada yang menarik mamat ni pada aku.hehehee

Tengah aku nak stabilkan diri kat Pekan.Apa lagi ex-boy aku tak habis kacau aku.Aku tak tahu nak melarikan diri macam mana.Sampai aku cakap kat dia aku dah ada orang lain..dan ex-boy aku tanya siapa nama boyfriend aku masa tu.Tetiba aku keluarkan nama Shah..huhuhu(padahal aku dgn shah)bukan siapa-siapa pun.Terlintas nama Shah je masa tuh.Dia stop kacau aku, bila tau dan aku buat pengakuan aku tak akan balik pada dia even celah mana pun.Pada masa tu aku tutup pintu hati aku buat lelaki..Tapi sebaliknya aku buka hati aku untuk orang bernama Shah.

Seingat aku,pukul 2 pagi aku sms Shah,aku mengadu pasal ex-boy aku yang tak habis kacau aku.Tak sangka,Shah seorang pendengar yang setia.Walaupun masa tu kitaorang just kawan.Apatah lagi Shah dah bertukar kerja di KL.Sungguh aku tak sangka-sangka dia sanggup dengar luahan hati aku.
(Aku fikir ada yang best kat dia ni sorang or my be dia ni kot jodoh aku)


Start pada tu hubungan aku dan Shah makin rapat, kitaorang boleh get long 2gether.
Dan termetrai -stok cuba2..1st feb 2009 dan 31st january ikatan cinta kami disatukan Alhamdulillah..segalanya berubah dan aku now bergelar bakal ibu.


Akhirnya aku bertemu segalanya..setelah 29tahun aku mencari arah tuju hidup aku..Syukur ke hadrat ALLAH swt atas segala nikmat yang kurniakan.

Thanks para sahabat,keluarga..dan terutama suami ku yang tercinta.Terima kasih kerana sayangkan saya. ILOVEU so much sayang...



tammat

2 comments:

  1. ko punya ejaan tammat tu...

    rasa cam tengok pilem p.ramlee lak haku! eheh!

    happy birthday azie. terima kasih sbb jadi sahabat aku, terima kasih sebab jadi pendengar setia masalah aku. terima kasih utk semua kenangan manis kita

    semoga ko panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  2. amin...sama2 rose aku pun doakan kesejahteraan ko jue.
    no hal,what friends are for?
    aku kan tuan penasihat..hehehe


    ejaan tammat tu,ni pilem2 dlu kala.jaman muda belia.

    ReplyDelete

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...