Jam 5.30 pagi tadi aku bangun dari tido,terus aku gegas ke dapur siapkan nasi goreng untuk bekalkan.Hubby aku jarang makan luar,so paham2 je lah.Bagus nya aku boleh bangun dan bekal kan untuk anak-anak aku ke school kelak.(fikir jauh) macam mana agaknya bila anak kita ke sekolah nanti dalam masa 10 tahun atau 15 tahun akan datang??arghhh mungkin aku terlalu jauh memikirkan nya,atau aku risau dengan keadaan pelajar sekolah sekarang yang banyak melakukan jenayah-buli,buang anak,seks luar nikah,rempit,ragut...dan macam-macam lagi.
Siap aku dengan segala perkara untuk pergi bekerja..sepanjang perjalanan radio IKIM.fm sibuk membincangkan topik "Masa depan anak bangsa" huh!! lagi buat aku terfikir sambil mengosok2 perut sambil aku mendoakan yang terbaik buat anak-anak aku.Semoga Allah mengurniakan anak-anak yang Soleh buat kami.Dijauhkan segala perkara yang tak dingini,kami (ibu ayah) perlu didik mereka dengan agama dan pendidikan intelektual yang lengkap untuk mereka boleh adapt dengan apa yang bakal mereka hadapi kelak.InsyaALLAH.
Sedang hubby aku memandu kami ke office.Aku mengelamun seketika memikirkan dengan topik yang bakal dibincangkan,terpandang aku ke tingkap luar..Seorang pelajar perempuan sekolah menengah menuju ke sekolah "berjalan kaki" keseorangan -aku jenguk jam menunjukkan 7.34pagi. Ermm ...mungkin student perempuan ni lambat bangun kot or exam SPM kot sebab tu dier datang lambat.Selang beberapa jarak dari aku lihat tadi,aku ternampak pulak sekumpulan pelajar sekolah di hentian bas -laki dan perempuan,samada menunggu bas atau sedang melepak?If mereka yang bakal mengambil peperiksaan mereka patut bersiap sedia dengan nota or apa2 sahaja bahan bacaan bukan duduk bersuka ria di hentian bas..Aku mengelengkan kepala.
Sampai di office hubby,aku just drop dia tepi jalan,huhuhu..terlupa dia nak office awal hari ni ada server down katanya.Lambaian manja sang isteri ku beri buat hubby aku...hehehe.Ok, now aku pulak ambil alih steering kereta.Aku bergerak pelahan,sebab masih awal lagi,Sedang aku susur bergerak ke office aku.Aku terpandang di suatu sudut ada pelajar sekolah menengah dengan lelaki bermotorsikal sedang berbual mesra di bangku hentian bas.Lelaki tu muka macam dah tua,dan pelajar perempuan tu macam malu-malu pulak.Aishhh...tak kan kau bercinta dengan laki orang kot or orang tua??Aku dapat tengok lama gelagat diorang sementara trafik masih lampu merah.Kemudian lelaki memegang tangan pelajar tersebut.HUh,,terkejut aku.Sah..diorang ni couple.Mana mak bapak budak perempuan ni??dengan baju sekolah lagi..lampu trafik menyala hijau,aku terus bergerak ke menuju ke office.Apa nak jadi dengan pelajar sekolah hari ini?
Ada aku melihat di salah satu video S** pelajar sekolah di salah satu blog kawan aku.Astafirullah...terlalu murah mereka ini menyerahkan diri di belakang rumah sahaja,di lorong-lorong, dalam toilet..sekian hal.Perkara ini sangat membimbangkan sebenarnya.Apatah lagi aku sendiri bakal bergelar ibu suatu hari nanti.Apa akan jadi pada masa akan datang??apa lah nasib anak-anak kita??salah didikkan atau mereka terlalu terdedah dengan pengaruh tidak sihat sana sini di hujung jari?Wallahuallam...
Fikir-fikir kan bagaimana masa depan anak-anak kita kelak???jika perkara begini berlaku tanpa batasan.
"Satu anugerah tidak ternilai adalah kehidupan - warnai hidup dengan penuh makna dan ceria - yang pasti hidup ini terlalu indah untuk menilai sesuatu suka mahupun duka"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan Ramadhan 2023
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Syshhh.... Silent is beautiful Silent when you too much to thought Silent when you are sleeping Silent when you so tired Silent w...
No comments:
Post a Comment