Friday, May 27, 2011

Nak jadi isteri solehah tak?

Dalam membina empayar rumah tangga, ada mungkin sedar tak sedar kita semakin "biasa" dengan rutin kita sebagai isteri..sebagai suami.
Tipikalnya seharian kita dipejabat, balik rumah macam biasa main dengan anak-anak,tonton tibi dan gosok baju siap2 untuk ke pejabat sok hari nya.Dalam kita jalani rutin kita adakala kita terlepas pandang perkara-perkara yang libatkan emosi,perasaan dan lebih dalam kata soal hati.

Jika si-isteri dalam pada nak mengejar istilah isteri solehah kalau ada menda-menda yg membantutkan dia untuk akses mana2 pintu syurga nanti.Hah..ini lah yg boleh menjadikan punca.Suami kadang-kadang terlepas pandang soal hati isteri,membuat je isteri tu terasa hati..memendam rasa,air mata pun mengalir je.Alhamdulillah jika isteri tu masih lagi masih mampu tersenyum dan berfikir matang....tidaknya diamuk tok gajah dalam hal2 perkara sebegini.Sian kat isteri dah kurang dah percent dier nak masuk mana2 pintu syurga.

Tak salah suami menolong isteri dalam soal menjaga hati mereka.At least alert dengan apa hendak mereka katakan,apa ingin mereka soalkan..bukan untuk mengada-ngada tapi isteri perlukan perhatian.Seperti mana mereka pernah dapat perhatian masa bercinta dulu..tu yg kadang-kadang ada yg cakap "Dulu masa bercinta bukan main lg,tp dah kahwin ibarat segalanya berubah"...ermmmmm....

Isteri lak..mula lah masam muka tak cakap,tarik muka..suami pulak diam je..wat tak tau.Apa kesah,kat rumah macam tu jugak.Errr yeke?Isteri senang-senang dapat menjaga hati suami,jaga peribadi suami dan segala yg telah diamanah kan untuk mengejar status isteri solehah.Adakah suami menjaga segalanya untuk menjadi suami yg soleh???
Sian isteri-isteri....hehehee..Tak de fair n square.Coz kenapa?dalam hati memberontak!!!dah jadi perkara yang dibuat se olah-olah tidak redha.

Nak jadi isteri solehah bukannya susah sebenarnya;suka aku peringatkan diri aku jugak menda-menda begini.kita kena REDHA dalam setiap perkara ALLAH dah turunkan untuk kita.Contohnya lah kan,adalak yg menyesal..ckp macam ni "nape lah aku tak kahwin ngan sipulan tu dah lah baik,tak pernah marah2 aku" .Hehehe..ni makna kan bila kita bersuamikan seorang yg pemarah dan kita ada sifat sabar tu.ALLAH dah tentukan dah..se eloknya orang yg -ve lawannya +ve.
Ada juga mendapatkan keberkatan ALLAH swt tu dengan DOA,Alhamdulillah setau aku DOA lah ubat paling mujarab untuk kebahagiaan rumah tangga.Macam mana kerasnya hati suami dan kita mahu dia berubah kearah kebaikan..berDOA lah.

Sebaiknya doa,isteri juga perlu kreatif dan inovatif.Hahahaa..macam ustazah Norbaiyah lak aku rasa.Ni bagi wanita-wanita yg bekerjaya.If dah takde masa nak uruskan hal2 rumahtangga dan anak-anak..kita yg bekerjaya kenalah kreatif dalam menjalankan tugas2 seperti memasak,kemas rumah..paling senang nak jimat masa at same time nak kemas rumah nak jaga anak nak masak lg.Gunalah instant untuk memudah dah menjimatkan masa memasak.Kalau tak sempat nak lipat kain,lipat lah bila ada masa.Jgnlah dok longgok sana sini baju.At least masukkan dalam bakul..or ikatkan baju-baju tu dalam kain batik..supaya nampak rumah kemas sikit.So bila dah ada masa lapang lipat lah baju-baju tersebut.

Displin,ni perkara yg penting.At least bagi wanita kerjaya mana nak jaga suami dan anak-anak tu kena ajar anak-anak kena ikut jadual.So maknanya segala yg kita buat dirumah mudah dirancang dan terancang.InsyaALLAH..


Aku tak leh nak bebel lama2 depan PC ni,hahaha..maklum lah segalanya telah dijadualkan..ni masa untuk memblahkan diri dan ambil anak..



Renung2 kan dan selamat beramal

ps: Saya Sayang Suami Saya....4S yey!!!

Friday, May 20, 2011

aku sudah pasti

Alhamdulillah...

Boleh jugak aku update blog aku kali ni, Kekangan masa aku sangat terhad now.Apatah lagi aku dah bergelar ibu dan bekerja.Fuhhh....boleh kan setiap saat sangat2 berharga bagi aku.Jadi entry aku kali ni untuk ibu..hehehee..even dah 2 minggu lepas sambutan bg hari ibu sedunia.Tapi as long as kita ada ibu dan sudah tentu kita akan hargai ibu kita setiap waktu dan ketika.Tidak perlu tunggu bulan mei tiap2 tahun pun takpe.

Sempena hari ibu..aku just nak berterima kasih kepada Ibu ku sendiri kerana melahirkan dan membesarkan aku selama ini.Yelah, baru aku tau jerik perit seorang perempuan yang bergelar ibu..mau tidak segalanya sanggup dikorbankan untuk anaknya.Bersekang mata siang malam..jika anak sakit.Patutlah kalau pe2 hal bila dah besar ni, dah pandai lawan cakap mak atau yg lebih bijak berkata-kata,mak kita sudah tentu cepat je terasa kan..waktu kecil2 dulu nak sebut satu patah perkataan pun mak kita betulkan.ermmmmm itulah dier.


Buat ibu mertua ku yang tersayang, saya rasa sangat disayangi...thanks mama.U d best Mum ever.Terima kasih melahirkan suami saya dan mendidik dia.Dan pengorbanan mama tak mampu saya balas dunia dan akhirat.I LOVE U mama..


Dan buat diri ku sendiri, Addin...Umi tahu Addin sayang Umi.Begitu juga Umi..sedaya upaya akan buat terbaik untuk Addin,InsyaALLAH...doa Umi diiringi bersama Addin menjadi seorang umat yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.



Buat para2 ibu...selamat menyambut hari ibu.
this is our day!!!!yey....let celebrate.

Sami Yusof -Mother

Blessed is your face
Blessed is your name
My beloved
Blessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My beloved
All the nights
And all the times
That you cared for me
But i never realised it
And now it’s too late
Forgive me

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you

Ummahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummi
Ummuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulika
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
Mother... mother... o my mother
How i long to see o mother
“your mother, your mother, your mother”
Is the saying of your prophet
In my heart, in my dreams
You are always with me mother

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me











nota kecik: Sebesar mana kita berterima kasih pada ibu kita,sebanyak mana kita membantu dia dan sejauh mana pengorbanan kita buat dirinya..masih belum dapat tandingi kasih sayang yang diberikan pada kita... Wallahuallam.

Tuesday, May 3, 2011

adakah ianya........KOLIK

Selang sahaja beberapa hari addin dapat tido lena,sekarang lain pulak ceritanya.Addin dah pandai bangun malam hanya untuk menangis.Pernah hari jumaat otw balik ke kuantan,addin menangis tak berhenti-henti..naik pening dan agak stress asanya.Dengan penat bekerja seharian di opis balik addin pulak menangis..Mula lah aku nak salah semua org kat keliling aku.Ye lah,aku bukan pernah jaga anak-anak kecil ni.Jadi serba sedikit aku blurr macam mana nak buat.Ini pulak yg 1st..memandang aku dikalangan bongsu lagi lah.Tapi aku cuba yg terbaik buat addin..sampai dia diam..kesian tengok dia,merah muka..air mata mencurah-curah..apa lah daya anak kecil ni mampu berkata hanya menangis je lah cara dia berkomunikasi.

Aku cuba cari sebarang rujukan mengenai sesuatu agak sinonim yang baby yg kerap menangis ini..iaitu KOLIK - mengikut para doktor penyakit kolik ini bermula dari perut.Menurut info,Kolik disebab kan kembung perut samada, penghadaman laktosa dalam susu tak teratur yang boleh menyebabkan bayi agak sukar untuk membuang air besar.
Dan ada juga info disebabkan pembekalan susu botol yang mempunyai ruang udara semasa bayi sedang menyusu.

Memandangkan Addin minum susu mamex gold dan ada kandungan laktosa nya.Aku baru perasaan menda alah dan segala info aku cari ni setelah aku beli susu mamex gold yang biasa dengan harga 1kilo.huhuhu....

Terpandang aku,mamex juga ada sedia kan susu tiada kandungan laktosa.Mungkin aku harus mencubanya...




Aku siap beli puting anti KOLIK dengan harga RM22.59 dua keping.

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...