Dalam membina empayar rumah tangga, ada mungkin sedar tak sedar kita semakin "biasa" dengan rutin kita sebagai isteri..sebagai suami.
Tipikalnya seharian kita dipejabat, balik rumah macam biasa main dengan anak-anak,tonton tibi dan gosok baju siap2 untuk ke pejabat sok hari nya.Dalam kita jalani rutin kita adakala kita terlepas pandang perkara-perkara yang libatkan emosi,perasaan dan lebih dalam kata soal hati.
Jika si-isteri dalam pada nak mengejar istilah isteri solehah kalau ada menda-menda yg membantutkan dia untuk akses mana2 pintu syurga nanti.Hah..ini lah yg boleh menjadikan punca.Suami kadang-kadang terlepas pandang soal hati isteri,membuat je isteri tu terasa hati..memendam rasa,air mata pun mengalir je.Alhamdulillah jika isteri tu masih lagi masih mampu tersenyum dan berfikir matang....tidaknya diamuk tok gajah dalam hal2 perkara sebegini.Sian kat isteri dah kurang dah percent dier nak masuk mana2 pintu syurga.
Tak salah suami menolong isteri dalam soal menjaga hati mereka.At least alert dengan apa hendak mereka katakan,apa ingin mereka soalkan..bukan untuk mengada-ngada tapi isteri perlukan perhatian.Seperti mana mereka pernah dapat perhatian masa bercinta dulu..tu yg kadang-kadang ada yg cakap "Dulu masa bercinta bukan main lg,tp dah kahwin ibarat segalanya berubah"...ermmmmm....
Isteri lak..mula lah masam muka tak cakap,tarik muka..suami pulak diam je..wat tak tau.Apa kesah,kat rumah macam tu jugak.Errr yeke?Isteri senang-senang dapat menjaga hati suami,jaga peribadi suami dan segala yg telah diamanah kan untuk mengejar status isteri solehah.Adakah suami menjaga segalanya untuk menjadi suami yg soleh???
Sian isteri-isteri....hehehee..Tak de fair n square.Coz kenapa?dalam hati memberontak!!!dah jadi perkara yang dibuat se olah-olah tidak redha.
Nak jadi isteri solehah bukannya susah sebenarnya;suka aku peringatkan diri aku jugak menda-menda begini.kita kena REDHA dalam setiap perkara ALLAH dah turunkan untuk kita.Contohnya lah kan,adalak yg menyesal..ckp macam ni "nape lah aku tak kahwin ngan sipulan tu dah lah baik,tak pernah marah2 aku" .Hehehe..ni makna kan bila kita bersuamikan seorang yg pemarah dan kita ada sifat sabar tu.ALLAH dah tentukan dah..se eloknya orang yg -ve lawannya +ve.
Ada juga mendapatkan keberkatan ALLAH swt tu dengan DOA,Alhamdulillah setau aku DOA lah ubat paling mujarab untuk kebahagiaan rumah tangga.Macam mana kerasnya hati suami dan kita mahu dia berubah kearah kebaikan..berDOA lah.
Sebaiknya doa,isteri juga perlu kreatif dan inovatif.Hahahaa..macam ustazah Norbaiyah lak aku rasa.Ni bagi wanita-wanita yg bekerjaya.If dah takde masa nak uruskan hal2 rumahtangga dan anak-anak..kita yg bekerjaya kenalah kreatif dalam menjalankan tugas2 seperti memasak,kemas rumah..paling senang nak jimat masa at same time nak kemas rumah nak jaga anak nak masak lg.Gunalah instant untuk memudah dah menjimatkan masa memasak.Kalau tak sempat nak lipat kain,lipat lah bila ada masa.Jgnlah dok longgok sana sini baju.At least masukkan dalam bakul..or ikatkan baju-baju tu dalam kain batik..supaya nampak rumah kemas sikit.So bila dah ada masa lapang lipat lah baju-baju tersebut.
Displin,ni perkara yg penting.At least bagi wanita kerjaya mana nak jaga suami dan anak-anak tu kena ajar anak-anak kena ikut jadual.So maknanya segala yg kita buat dirumah mudah dirancang dan terancang.InsyaALLAH..
Aku tak leh nak bebel lama2 depan PC ni,hahaha..maklum lah segalanya telah dijadualkan..ni masa untuk memblahkan diri dan ambil anak..
Renung2 kan dan selamat beramal
ps: Saya Sayang Suami Saya....4S yey!!!
"Satu anugerah tidak ternilai adalah kehidupan - warnai hidup dengan penuh makna dan ceria - yang pasti hidup ini terlalu indah untuk menilai sesuatu suka mahupun duka"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan Ramadhan 2023
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Syshhh.... Silent is beautiful Silent when you too much to thought Silent when you are sleeping Silent when you so tired Silent w...
No comments:
Post a Comment