1. Main pondok-pondok dalam reban ayam.
2. Berak secara diam-diam bawah meja makan
3. Curi guli abang aku (kes nak bayar guli kawan) akibat kalah main.
4. Cemburu dengan kakak aku sendiri bila dia dapat baju lagi lawa dari aku.
5. Ponteng tarawih tapi pergi main mercun.
6. Mandi air pasang / sungai dan main selut -balik kena pukul dengan mak (padan muka aku)
7.Suka kacau mak ayah aku tido - suka masuk bilik diorang slow then tido tengah2.
8. Menangis atas Al-quran sebab baca dengan tergagap.
9. Tipu (datang bulan) bila malas nak mengaji. //padahal aku tak haid pun lagi masa tu..sian ustazah itu.
10. Buli anak makcik Joyah - tarik rambut anak dia nama Nora sampai tercabut.
11.Baling/ pukul dengan penyapu batu pada beruk yang suka masuk curi makanan dalam rumah (kes dera binatang)
12.Terajang muka mak aku, bila tak nak naik kereta kawan dia masa nak g bandar.
13.Simpan kutu atas kepala, tak suka mak cari kan kutu sakit kalau mak tarik rambut kuat2...dasat kan aku???hahahaha....
14. Kencing malam waktu tido...ini susah sikit nak lepaskan tabiat ni.
setakat itu je aku ingat...hehehehe....
"Satu anugerah tidak ternilai adalah kehidupan - warnai hidup dengan penuh makna dan ceria - yang pasti hidup ini terlalu indah untuk menilai sesuatu suka mahupun duka"
Tuesday, February 21, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Valentine days - HARAM
Semalam aku mendengar radio IKIM fm ada membincangkan isu ini.Bermacam- macam pendapat yang bagi.Ada yang cakap if nak sambut boleh tapi ditukar dengan disambut oleh suami isteri sahaja.Jika di fikirkan sejenak sememang kita umat islam tidak dibenarkan sama sekali menyambut perayaan sama seperti agama lain.Takut-takut terpesong akidah, aku bukan nya ustazah pilihan yang tahu serba pasal agama.Tapi itu memang dah common sense menda yang telah diterap oleh mak ayah kita masa kecik.Tapi macam mana nak bendung perayaan agama lain ini menular masuk dalam budaya masyarakat orang islam. Hah, selagi ada yang promosi ada yang buat iklan kat media-media selagi itu lah fatwa yang mengatakan Valentine ni Haram - dan hukum ini tak dapat dijalankan.Lebih -lebih lagi dikalangan orang muda, yang tengah hotsssss couple.Wah-wah masa ni anak gadis sanggup menipu mak ayah nak keluar makan dengan kawan2.Walhal nak sambut valentine dengan boyfriend.
Fenomena Valentine mengerunkan lebih-lebih ada yang orang melayu kita beragama islam sanggup memilih tarikh 14 feb sebagai tarikh perkahwinan mereka.Konon nya, aniverssary jatuh sama tarikh dengan valentine.
betapa "jahil" nya mereka. Adakah mereka tahu sejarah Valentine datang dari mana?
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta
jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk
agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang
dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

So kenapa kita nak bermegah sangat dengan menyambut nya. Majlis Fatwa Agama Islam telah mengeluarkan kenyataan Haram bagi umat islam menyambut Valentine :
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah
membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day.
Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih
sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan
Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan
tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur
dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Hujah nya :
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan
hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah
dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi
meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal
kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya
meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini
berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)
( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan
Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam.
Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi
umat Islam akan datang.
Tuesday, February 7, 2012
excited
Sebelum ni aku ada post surat utk anak aku..hahaa.Hubby aku tak abis perli "tulis surat"...
So at least aku ada gak tinggal surat utk anak aku..biar lah org nak kata apa "Ada aku kesah???"
Kali ni mari kita menyaksikan video yg budak 1tahun yang excited on his birthday ...hehehehe
So at least aku ada gak tinggal surat utk anak aku..biar lah org nak kata apa "Ada aku kesah???"
Kali ni mari kita menyaksikan video yg budak 1tahun yang excited on his birthday ...hehehehe
dan ini....
dengan ayat "kejor dier" hahaha....pasar abis ayat org pahang..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bulan Ramadhan 2023
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Syshhh.... Silent is beautiful Silent when you too much to thought Silent when you are sleeping Silent when you so tired Silent w...