Tuesday, February 14, 2012

Valentine days - HARAM

Semalam aku mendengar radio IKIM fm ada membincangkan isu ini.Bermacam- macam pendapat yang bagi.Ada yang cakap if nak sambut boleh tapi ditukar dengan disambut oleh suami isteri sahaja.Jika di fikirkan sejenak sememang kita umat islam tidak dibenarkan sama sekali menyambut perayaan sama seperti agama lain.Takut-takut terpesong akidah, aku bukan nya ustazah pilihan yang tahu serba pasal agama.Tapi itu memang dah common sense menda yang telah diterap oleh mak ayah kita masa kecik.Tapi macam mana nak bendung perayaan agama lain ini menular masuk dalam budaya masyarakat orang islam. Hah, selagi ada yang promosi ada yang buat iklan kat media-media selagi itu lah fatwa yang mengatakan Valentine ni Haram - dan hukum ini tak dapat dijalankan.Lebih -lebih lagi dikalangan orang muda, yang tengah hotsssss couple.Wah-wah masa ni anak gadis sanggup menipu mak ayah nak keluar makan dengan kawan2.Walhal nak sambut valentine dengan boyfriend.

Fenomena Valentine mengerunkan lebih-lebih ada yang orang melayu kita beragama islam sanggup memilih tarikh 14 feb sebagai tarikh perkahwinan mereka.Konon nya, aniverssary jatuh sama tarikh dengan valentine.
betapa "jahil" nya mereka. Adakah mereka tahu sejarah Valentine datang dari mana?

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.


Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".


Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.


So kenapa kita nak bermegah sangat dengan menyambut nya. Majlis Fatwa Agama Islam telah mengeluarkan kenyataan Haram bagi umat islam menyambut Valentine :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Hujah nya :

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.





 

No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...