Thursday, April 26, 2012

Kehilangan

11.32 malam tadi sya dikejutkan dengan berita kematian - ayah mertua kawan sya.Walaupun sya tak berapa mengenali ayah mertua kawan sya.Tapi sya tahu dia seorang ayah yg baik dan bertanggungjawab.Alhamdulillah sepanjang kehidupan arwah di dunia, arwah mendidik anak-anak dengan cemerlang.InsyaALLAH, doa anak-anak soleh akan dimakbulkan.Itu lah bekalan untuk ibu ayah kita.
Kepada kawan sya yang sya sayangi, semoga awk tabah hadapi ujian dari -Nya.Sesungguh nya ALLAH Maha Mengetahui setiap takdir yang berlaku.Sya harap awk dapat jaga diri dengan keadaan awk sekarang yang bakal bergelar ibu.Samalah kita berdoa semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa arwah walaupun sebesar zarah. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman dan di jauhkan seksaan kubur dan api neraka.Amin ya Raballamin.- Al Fatihah

Monday, April 16, 2012

Penambahan dan Penolakan

Alhamdulillah...sya telah berjaya dalam sessi temuduga sya baru-baru ini.Agak ketar mulanya tapi sya buat cool.Yelah, bukan tak biasa sya ber "interview". Malah sya sendiri pernah "interview" orang- setelah aku merangkap Asst.manager di sini (atas kertas je). Lebih yang mengejutkan sya selesai sahaja "interview". Balik sahaja sya ke office terus je IT manager call ckp " Kitaorang dah finalize all, so we decide to hire you.Welcome to DRB-HICOM" . Wow!!! sya rasa mcm tak percaya, ada rasa macam mintak kerja kat pasaraya pun ada.Sekejap sangat tahu jawapan nya.Mungkin diorang urgent nak pakai orang kot ni. Bila imbas balik, memang sya agak main-main masa temuduga, dan menduga sya yang terpilih antara 5 calon yang lain.Dimana mereka lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding sya yang selalu ejaan salah , grammar apatah lg.Atau mungkin pakej sya adalah pengalaman kerja dan pandai sesuaikan diri dengan keadaan.Pendek kata Allah dah meletakkan rezeki sya.Sya terima dengan penuh kesyukuran.

Disebalik berita baik yang sya terima ini,masih ternyiang suara hubby sya pernah berkata  "Kalau DRB-Hicom, memang confirm kena hantar g German training". Dan , Yup....you are right baby.Masa interview lagi CFO DRB-hicom ada mention menda ni.Hopefully sayang dpt jaga diri dan jaga Addin elok2 semasa sya tiada nanti.
Dan sya dapat menjangka masa sya bersama Addin lepas ini mungkin tak sebanyak dan se relax sya bekerja di Hospital.Ini lah pengorbanan yang perlu sya buat untuk membina kerjaya sya.Bak kata hubby sya "Allah selalu memberi apa yang kita minta, tapi dalam apa yang diberi itu ada ujian yang bakal kita tempuhi, Allah ingin melihat sejauh mana iman dan taqwa kita pada NYA."

Ok apapun, sya mula mengira hari untuk menghantar resign letter sya.Dan tambahan sya mula buat training untuk staff - ni kes nak turun ilmu sebelum blah.Takut kronik nya diorang tak leh nak handle issue, lebih-lebih lagi Puan Huda sya nak cuti bersalin dan sya pulak sepatutnya mengantikan tempat dia dlm tempoh 2bulan tersebut.Lagi lah terang penganti nak cabut lari.Hope office ok lah ek.


Hah lagi satu sya nak share sikit.Tips temuduga dalam bahasa Inggeris.

1. Sila bagi salam bila mula2 masuk - if melayu /islam bagi lah Assalamuailaikum yg bangsa lain2 tu just good afternoon/good morning.

2. Jangan nervous bila si penemuduga suruh kita bercerita tentang diri kita.
Selalu ayat ni diorang guna - " So, can  you story us about your self ".
 - Cerita seringkas yang mungkin - takyah lah cerita pasal ko adik beradik ko ada berapa anak ke berapa sekian hal.Coz diorang tak nak dengar salasilah keluarga dan keturunan diraja ko.Just ko mulakan apa dengan apa yang buat sekarang? gradute dari mana? Berapa bekerja dan asal dari mana.

3. Sila cerita panjang apa kerja ko buat sekarang? pengalaman kerja ko, apa kelebihan yang ko ada dan apa yang ko tahu related dengan kerja yang korang mintak.
- guna ayat paling ringkas dan senang nak faham.Ingat!! penemuduga bukan cikgu BI korang pun.Jadi tak payah la ko nak guna grammar dengan tersusun.

4. Agree dengan setiap menda yang diorang cadang kan, dan paling bernas kalau ko ada idea untuk di cadangkan untuk organisasi itu.- memang terbaik lah.

5. Diorang akan tanya, Apa yang korang tahu  pasal organisasi diorang? Ko just buat summary sahaja, tak yah lah cerita ada berapa department.Apa setiap department tu buat.Diorang sedia maklum organisasi diorang.Ko boleh cerita apa organisasi tu jalankan dan apa yang penting ada ko tahu selok belok perniagaan organisasi.

6. Kalau pandai buat joke.Sila lah..coz dah masa tegang habis.At least takde ketat sangat rasa kan.

7. Tinggalkan resume dan salinan sijil untuk diorang tengok balik permohonan korang dengan berkata "Hopefully, I will get a good news from you "- dan senyum

8. Langkah keluar, bagi salam elok - ucapkan terima kasih.



Itu tips dari sya kalau rasa boleh pakai..sila lah pakai.

Good luck dan best of luck jugak buat sya yang akan melangkah ke tepat kerja baru...




nota kecik: Hello germany................


Tuesday, April 3, 2012

Bawa Ku Pergi

Bawa ku pergi nyanyian kaka feat zizan , telah di ban??Siap ada surat lagi tak benarkan lagu ini disiarkan mana2 radio atau media.Internet boleh kot.hehehehee....katanya lirik lagu ini boleh disalah ertikan bagi mengalakkan remaja lari dari rumah. Sebut pasal lari rumah, sya pun pernah lari dari rumah...tapi bukan ikut boyfrenz.Takde boyfrenz pun.

Tahun 1990
Sya masa ini berumur 9tahun, darjah 3 der..dah pandai lari dari rumah.Ni kes konflik keluarga, balik je dari sekolah sya terus letak beg kat rumah then cabut...naik bas, turun kat terminal - masa tu sya agak-agak mesti orang kat perhentian bas tu tertanya-tanya mana sya nak pergi.Tapi masa tu tak seglamer sekarang kes culik ke apa.Takde orang pun kacau sya, so perjalanan sya lancar sampai lah sya naik bas yang kedua nak menuju ke rumah mak sya.Tu sejarah sya lari dari rumah, kes nya tak suka mak tiri.Nasib baik lah kan...sampai je rumah mak, kakak-kakak terkejut cam mana sya yang bongsu masa tu boleh sampai ke rumah mak.Apa ntah lagi mak.Terus dia telefon abah, takut abah cari sya.Hehehehee...agak nakal sikit masa kecik dulu.Gitu lah..petang tu jugak abah datang pujuk sya balik semula ke rumah dia.Hati dah nekad tak mau duduk ngan mak tiri lagi.So, abah pun let go sya tinggal dengan mak sya.Yahooo!!!!!!

Tahun 1995
Yang ni kakak sya pulak lari dari rumah.Dia pergi rumah kawan dia, kes nya dia tak nak bungkus keropok.Mak sya ada buat bisnes keropok masa muda belia dulu hantar kat kantin sekolah.Kitaorg adik beradik abis je buat kerja sekolah terus pergi dapur tolong mak.Kecuali kakak sya ni sorang.Hahaha...macam kelakar kan.Kakak sya ni, dia suka memberontak!!jangan suruh dia buat itu ini.Tapi alhamdulillah mak jumpa dia, walaupun dia tahu makcik kawan dia tu dah komplot dengan mak, dia lari duduk dalam longkang sanggup tak balik rumah.hehehehe....kelakar jugak rasanya.Nasib baik jugak lah dia tak kena culik kan.If tak mesti sya tak jumpa dah dia.


Bila tahu hal2 remaja lari dari rumah ni makin menjadi, sebenarnya elok kita tanya pada kita as a parent, adakah betul cara kita didik anak kita.Adakah dengan penuh kasih sayang atau tidak??Dan lagi cuba kita selami perasaan anak-anak remaja kita.Usia mereka sebenarnya "Kawan" adalah family dan "Family" adalah musuh yang mengongkong kebebasan mereka.Sya beringat juga pada diri sya sendiri.Tak mau kejadian lari dari rumah ini berulang kembali pada anak-anak sya kelak.



Lirik Bawa ku pergi:

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi

pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng



tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama
oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh
bawa aku pergi

pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Monday, April 2, 2012

kerajaan atau swasta

Pilihan sya swasta, mungkin berbulu je mata-mata kawan2 sya yg kerja kerajaan membaca entri ni.Sorry lah geng, ni pilihan sya.Bukan pilihan ramai dan bukan juga pilihan Jiham Bahdul.Bukan sya tak cuba masuk kerajaan.Pernah berkali-kali sya pergi ambil peperiksaan.Balik dengan hampa.Gambar ntah berapa banyak dah telan.Bukan tak pakai duit nak print gambar.Last2 dah sya dah tak de hati, coz pendapat sya org kerja kerajaan hanya tahu mengarah orang.Bila suruh buat sendiri ermmmm........????

Dah 6tahun sya bekerja dalam sektor swasta, dalam pada itu ada gak sya jenguk kerja kerajaan.Dan sudah semestinya mak bapak sya suruh sya masuk kerajaan senang katanya ada pencen, pinjaman mudah dan seterusnya pelbagai  kelebihan kerja kerajaan ini.Tapi rezeki sya tidak kesampaian.Berbalik pada orang kerajaan, dalam 6 tahun sya membanting tulang bersekang mata untuk memasti satu operasi sistem di sebuah badan kerajaan ini berjalan lancar.Dan hari ini sya dikejutkan dengan seorang pegawai kerajaan yang tak tahu buat apa, apa ntah lagi boleh dikatakan sistem yang sepatutnya dia jaga dia boleh lepas tangan macam tu saja.Mentang -mentang la ko bos dan ko ada 10 sokongan operasi di tempat kerja ko.Dan mentah2 ko tolak pada vendor ko.Ya.....tp ini semua tak membantu ko dalam kerjaya ko.

Baru -baru ni juga seorang F29 tak tahu nak format PC pun.Shame on you..sya tak tahu macam mana orang kerajaan boleh lepas dia kerja.Hai lah...pastu yang sya tahu diorang tak habis dengan kursus..kursus..dan kursus.Balik, hampeh....ada ke apa yang di kursuskan di praktik kan????segelintir ada lah kot.

Dalam sya membebel kat sini.Setelah mentelaah pola kerja orang kerajaan dan swasta.Sya tetap memilih sektor swasta yang pentingkan kualiti dan pengalaman kerja.Setahu sya kawan-kawan sya sentiasa mencari pengalaman dan ilmu untuk tambah lagi pengetahuan dalam sesuatu bidang. Tabik untuk mereka....


Coz setahu sya lagi banyak pengalaman kerja lagi banyak ilmu ko tahu lagi lebat lah gaji ko boleh markup!!!


Sya kini telah di usha oleh DRB Hicom - untuk kembangkan lagi sayap sya dalam bidang sya ceburi sekarang.InsyaALLAH kalau ada rezeki sya disitu.Yang penting ianya bukan bidang nyanyian seperti Mania atau Akademi Fantasia yg takde hala tuju.

Sekian terima kasih.

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...