Pilihan sya swasta, mungkin berbulu je mata-mata kawan2 sya yg kerja kerajaan membaca entri ni.Sorry lah geng, ni pilihan sya.Bukan pilihan ramai dan bukan juga pilihan Jiham Bahdul.Bukan sya tak cuba masuk kerajaan.Pernah berkali-kali sya pergi ambil peperiksaan.Balik dengan hampa.Gambar ntah berapa banyak dah telan.Bukan tak pakai duit nak print gambar.Last2 dah sya dah tak de hati, coz pendapat sya org kerja kerajaan hanya tahu mengarah orang.Bila suruh buat sendiri ermmmm........????
Dah 6tahun sya bekerja dalam sektor swasta, dalam pada itu ada gak sya jenguk kerja kerajaan.Dan sudah semestinya mak bapak sya suruh sya masuk kerajaan senang katanya ada pencen, pinjaman mudah dan seterusnya pelbagai kelebihan kerja kerajaan ini.Tapi rezeki sya tidak kesampaian.Berbalik pada orang kerajaan, dalam 6 tahun sya membanting tulang bersekang mata untuk memasti satu operasi sistem di sebuah badan kerajaan ini berjalan lancar.Dan hari ini sya dikejutkan dengan seorang pegawai kerajaan yang tak tahu buat apa, apa ntah lagi boleh dikatakan sistem yang sepatutnya dia jaga dia boleh lepas tangan macam tu saja.Mentang -mentang la ko bos dan ko ada 10 sokongan operasi di tempat kerja ko.Dan mentah2 ko tolak pada vendor ko.Ya.....tp ini semua tak membantu ko dalam kerjaya ko.
Baru -baru ni juga seorang F29 tak tahu nak format PC pun.Shame on you..sya tak tahu macam mana orang kerajaan boleh lepas dia kerja.Hai lah...pastu yang sya tahu diorang tak habis dengan kursus..kursus..dan kursus.Balik, hampeh....ada ke apa yang di kursuskan di praktik kan????segelintir ada lah kot.
Dalam sya membebel kat sini.Setelah mentelaah pola kerja orang kerajaan dan swasta.Sya tetap memilih sektor swasta yang pentingkan kualiti dan pengalaman kerja.Setahu sya kawan-kawan sya sentiasa mencari pengalaman dan ilmu untuk tambah lagi pengetahuan dalam sesuatu bidang. Tabik untuk mereka....
Coz setahu sya lagi banyak pengalaman kerja lagi banyak ilmu ko tahu lagi lebat lah gaji ko boleh markup!!!
Sya kini telah di usha oleh DRB Hicom - untuk kembangkan lagi sayap sya dalam bidang sya ceburi sekarang.InsyaALLAH kalau ada rezeki sya disitu.Yang penting ianya bukan bidang nyanyian seperti Mania atau Akademi Fantasia yg takde hala tuju.
Sekian terima kasih.
"Satu anugerah tidak ternilai adalah kehidupan - warnai hidup dengan penuh makna dan ceria - yang pasti hidup ini terlalu indah untuk menilai sesuatu suka mahupun duka"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan Ramadhan 2023
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Syshhh.... Silent is beautiful Silent when you too much to thought Silent when you are sleeping Silent when you so tired Silent w...
No comments:
Post a Comment