"tukar kerja lagi"
kenapa perlu kita tukar kerja??adakah disebab masalah personal org tersebut atau persekitaran yang buat seseorang itu buat keputusan untuk bertukar kerja.
Kalau tanya pendapat saya pulak..tukar kerja ni kena pandang pelbagai perspektif .
1) Mungkin orang tu nak cari environment yang lain - boring asyik buat perkara yang sama je setiap hari.Jumpa orang sama setiap hari....rutin harian.
2) Nak tambah ilmu pengetahuan, disamping bertukar kerja ke tempat baru dapat menambah lagi ilmu yang lain. Cth lari bidang sikit dari akauntan ke IT??/ errrkkkk boleh ke?
3) Nak tambah gaji, yaaa....kat sini lah nak market diri.Nak tengok berapa orang/ kompeni luar nilai kita, berdasarkan pengalaman yang ada.
Kalau dirangkum 3-3 perkara diatas...saya pilih no 3.Nampak macam materialistik kan? Tapi ini lah hakikat kalau index menyatakan taraf hidup miskin ada lah mereka yg berpendapatan 3000. tu dah memang sadis.Dah macam kat india rasanya..Yg kaya terus kaya dan miskin terus miskin.Lebih-lebih lagi kenaikan harga sana sini.
Bayangkan kalau orang tu kerja kerajaan gaji 1000. tetap tiap bulan elaun sana sini pergi lah dekat2 2000. So ada anak kecil 2. masih bersekolah 2. 4 orang anak nya.Bawa motosikal shaja sebab tol dan minyak harga naik. Dok kat bandaraya mcm KL....boleh hidup ke?? jawapan boleh kalau rakyat berjimat cermat. Tapi takde kemewahan mungkin anak kecil tu hanya dapat minum Teh O mcm saya kecil2 dulu. Dan makan nasi hanya sekali sehari.hidup jugak kan.Berbanding piramid makanan yang suruh amik mcm2.
Tapi segala nya ada ujian dari ALLAH.sejauh mana kita berusaha dan membantu sesama yang susah.
Kalau tak nak bantu. Ada lah balasan di akhirat kelak.
Hei...macam dah jauh cerita ni...Ok kembali ke pangkalan jalan.
Saya pilih no 3.Sebab saya rasa segala nya di Malaysia ni memerlukan duit,. Pendidikan, Pengangkutan.Kesihatan,even dari segi KESELAMATAN pun perlu di bayar. Jadi untuk menjamin segala titik tolak sebagai rakyat yg prihatin dengan keadaan Malaysia sekarang saya perlu berubah supaya anak2 saya tidak perlu minum TEH O mcm saya suatu ketika dahulu...pernah menginap penyakit buah pingang seawal usia 6 tahun. Akibat kekurang zat makanan.
Sekian terima kasih...
Cincai..................................
"Satu anugerah tidak ternilai adalah kehidupan - warnai hidup dengan penuh makna dan ceria - yang pasti hidup ini terlalu indah untuk menilai sesuatu suka mahupun duka"
Friday, December 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan Ramadhan 2023
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Syshhh.... Silent is beautiful Silent when you too much to thought Silent when you are sleeping Silent when you so tired Silent w...
No comments:
Post a Comment