Wednesday, November 13, 2013

Dunia ku kini

Salam

Diam2 dah nak sampai hujung tahun...dan tahun depan genap usia perkahwinan saya 4 tahun.
Dikurniakan sepasang anak, anugerah ALLAH swt. lagi melengkapi kehidupan saya kini.

Ceeewaaahhh...macam baca cerpen pulak kan mukadimah nya. Ainul anak saya kini dah 5 bulan..saiz S,hehehe..kecik je tuan nya ikut Abi.Muka pun ala2 Abi..so fair and square kalau anak laki saya mcm photostat muka saya.

Ini kali pertama, saya update blog waktu kerja.hehehe,...tak patut kan.takpe lah waktu rehat lagi pun.Saya malas nak keluar..makan tempat yg sama..lauk sama.Tu kadang2 saya bw bekal.Anak saya Addin yg sulung tu saya bekalkan.Tak kira lewat camne nak g kerja at least saya bekal gak.Goreng nuget ke, cokodok ke, pan cake ke...at least dia tak makan kat luar.

Cuma Ainul je tak leh makan lagi.InsyaALLAH tahun depan Ainul dah start makan saya kena bgn lagi awal dr biasa nak masak bubur.hihihi....

Jalani kehidupan normal seperti biasa.Hujung minggu suami bw jejalan ngan anak2.Kemas2 rumah...masak2 then gelak2 then..tgok tibi...tipikal kan. But its fun actually.
Buat saya seronok walau sibuk camne kita bekerja jalan sesekali abai rumahtangga dan keluarga.
Tu kunci kebahagian.

Baru2 ni saya dikejutkan dengan hafazan ayat quran anak saya Addin usia 2-10bulan.Dia dapat baca 4 baris surah Yassin.Alhamdulillah...syukur dan 3 qul serta ayat qursi memang dah boleh baca.Apatah lg al-fatihah....Syukur anak Umi nak jadi Al-Hafiz agaknya.Mana tidak bangun je dari tido dah mintak al-quran nak baca,...buat saya tersenyum....syukur.Mudah-mudahan anak Umi ni terus cintakan al-quran kalam ALLAH.

Petua nya..selalu lah mengaji ketika mahu tido kan anak2.Bukan sekadar menyanyi lagu buai laju2.

OK sampai sini saja.
Hanya ALLAH memberi rezeki pada kita jika kita berserah dan bertaqwa kepada NYA.

Wallahualam.


No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...