Bila mengenang saat aku terhentam dan tersentak dari sit belt yang aku pakai,aku rasa ngilu diperut.Saat itu ada sedikit air keluar dari situ dan keadaan itu sebenarnya mencemaskan aku.Tapi bila aku terpandang wajah suami aku yang masih terkejut dengan apa yang berlaku..aku jadi relax,aku tak nak dia lagi panik dengan keadaan aku.Walaupun aku boleh menahan sakit..aku tak mahu suami aku yang dalam keadaan kelam kabut memikirkan kereta yang dipinjam oleh abang ipar aku dah remuk.Dan keadaan sekarang memang dia di pertanggungjawabkan atas segala yang berlaku.Jadi aku menenangkan dia seadanya.Setelah hampir 1jam menunggu kereta kami untuk ditunda.Dan situasi di Kuala Lumpur tidak membenarkan kami berganjak dari pergerakan laju.Aku bertahan sahaja.Jam 10 malam segalanya telah selesai dengan laporan polis dan sekian hal.Aku dibawa ke hospital PPUM untuk check up,kot2 ada apa2 masalah dengan kandungan aku.Setelah diteliti oleh DR,ya..aku di admit ke wad.Melihat wajah suami aku yang agak risau..aku senyum pada nya.Aku tau apa bermain dalam fikirannya.
Setelah hampir 2hari aku di admit berteman kan suami aku,Segala ujian ginekologi,Alhamdulillah aku dan baby selamat.Tapi saat paling aku tak boleh lupa saat melihat anak dalam kandungan aku berusia 6bulan yang nyata dia adalah lelaki penyambung warisan kami.InsyaALLAH..
Sebaik sahaja aku discharge,doktor membenarkan aku cuti selama seminggu.Yey!!seronok berada disamping keluarga.Hilang segala masalah,Dalam pada tu aku masih menunggu GL dari company aku.Abis kalau buat kerja lembab,mana aku tak berabis duit nak bayar bil hospital.Hampeh tul
Sebalik sahaja aku kembali berkerja..aku disuruh claim insuran pulak.Nak jadikan cerita..oleh kerana seorang ni wat kerja lembab,dan mengakibatkan aku terpaksa menahan poket belanja aku untuk membayar segala medical report dan segala urusan untuk mendapat claim balik.Ya,,,aku marah apabila aku pula kena bekerja sedangkan kawan2 yang lain dapat study leave.Biar kan lah..aku redha je,memandangkan aku tidak hadir untuk training tersebut.Memang lah aku tak layak untuk dapat study leave.Jika dipandang dari sudut negatif aku dah memang tiada hati nak meneruskan kerja disini.
Dan sekarang status masih hanging..samada aku boleh study leave untuk exam akan datang..or tidak!!Tolong lah buat kerja efektif sikit.
nota kecik: serabut fikir pasal kerja disini,dengan pengurusan ntah-apa2 dan untuk berpindah pulang.
"Satu anugerah tidak ternilai adalah kehidupan - warnai hidup dengan penuh makna dan ceria - yang pasti hidup ini terlalu indah untuk menilai sesuatu suka mahupun duka"
Friday, October 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan Ramadhan 2023
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Syshhh.... Silent is beautiful Silent when you too much to thought Silent when you are sleeping Silent when you so tired Silent w...
No comments:
Post a Comment