Memetik daripada kata2 salah sorang kawan aku kenali..”perkahwinan adalah satu perjudian”? sejauh mana kata-kata beliau ni benar?errmmm.. ianya adalah salah sama sekali..coz perkahwinan itu adalah satu ibadah.Bukan satu perjudian!!! Aku suka sentuh bab ini,memandang kan cuti sekolah dah bermula dan ramailah bakal-bakal raja sehari sibuk buat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan mereka.
Bagi aku pemasalahan rumahtangga ini boleh berlaku dalam banyak faktor,dari segi psikologi,mental,fizikal kewangan ,kesihatan dan termasuk juga faktor luaran.Bagi menghadapi setiap apa yang bakal dihadapi diri sendiri perlu bagi mengukuhkan lagi kendiri mahu dr segi psikologi dan mental.Aku juga suka ingatkan bahawa apa-apa kita berpegang teguh pada agama - kerana asas manusia hidup atas dunia ini adalah agama dan kepercayaan.JIka tiada agama ibarat tiada perkahwinan yang bakal dijalankan untuk mengikat kaum adam dan hawa ini.
Pernah berlaku dalam kalangan keluarga aku sendiri, selama 20 tahun melayari bahtera rumahtangga..akhirnya musnah gara-gara muncul orang ke-3.Si isteri tidak mahu dimadukan..malah si suami ingin berkahwin lagi satu.Ini adalah pokok pangkalnya bergantung pada kesetiaan dan tanggungjawab.Jika si isteri rela dimadukan, persoalannya adakah si suami boleh kah bersikap adil? Adil disini bukan dari segi kewangan tetapi dari segi tanggungjawab bagi menyediakan santapan rohani dan jasmani bagi isteri-isteri mereka.Memikirkan mereka suami isteri adalah keluarga aku sendiri, dan aku hanya terdiam dengan kata orang “jodoh tak panjang”.Adakah mereka sudah berusaha untuk pulihkan semula perkahwinan mereka.Jika bertepuk sebelah tangan memang tidak berbunyi.Maka, perlulah bertepuk-tepuk agar dapat dendangkan lagu penuh irama.FIkirkan juga masa depan anak-anak yang masih bersekolah..perlukan perhatian dari kedua mereka.
Sebab itu ingin mengucapkan selamat pengatin baru jangan lah pula kita mendoakan pasangan pengantin ” selamat pengatin baru, moga berbahagia ke anak cucu” hah, jangan!! doalah sampai akhir hayat berbahagia dunia akhirat…amin.InsyaALLAH. Bukan apa, takut doa yang salah disampaikan jodoh berakhir sampai anak cucu je.
Berbalik pada masalah orang ke-3 yang jadi punca penceraian.Selalu perkara ini lah yang menyebabkan penceraian.Leh katakan perkara biasa,suami bila ada orang ketiga, selaku isteri boleh mengesan kehadiran orang ke 3 ini dengan HP suami,kalau mereka 24/7 jam dengan HP je manjang sampai ke toilet pun bersama HP.Hati2 lah wahai sang isteri. Lagi satu suami kerap outstation atau banyak aktiviti luar rumah berbanding dirumah bersama anak-anak dan isteri, jika benar -maka benarlah atas alasan pekerjaan.Jangan ada alasan lain pula mereka berseronok diluar rumah sudah lah. Dan lagi,perhatian kan penampilan..jika sebelum ini mereka hanya t-shirt dan jeans tetiba je nak ubah penampilan macam model lelaki 18 tahun,bersembur minyak wangi sana -sini.Ini adalah alamat tidak baik..hehehe. Dan jika diamati perkara masalah orang ke -3 ini dapat dikesan awal-awal lagi,jika suami kurang berkomunikasi dengan isteri mereka.Terlalu banyak perkara yang hendak dirahsiakan.Paling tidak isteri boleh lihat prestasi kerja suami menurun..hal ini suami biasanya terganggu dengan komitmen antara kerja, rumahtangga yang sedia ada dan juga komitmen dengan orang ke-3.Yelah macam mula2 bercinta dulu..hanya tertumpu pada seorang perempuan dan kerja..kalau dah banyak perkara nak di kejar..sudah tentu salah satu tergugat.Yerr tak?
Apa-apa pun..kita berbalik pada iman,tepuk dada tanya lah iman.Sekuat or sejauh mana kita ingin melayari bahtera rumahtangga dengan bahagia.Dan perlu diingatkan para isteri -syurga dibawah tapak kaki suami.Jangan sesekali menderhaka pada mereka…dan bertolenrasi lah antara suami isteri.Moga kebahagiaan itu milik kita.InsyaALLAH..
Buat sahabat ku…yang bakal dilangsungkan 18hb dec 2010.Semoga anda disinari kebahagiaan dunia dan ahkirat, semoga ALLAH sentiasa merahmati rumahtangga anda dan dipermurahkan rezeki anda. InsyaALLAH..amin
"Satu anugerah tidak ternilai adalah kehidupan - warnai hidup dengan penuh makna dan ceria - yang pasti hidup ini terlalu indah untuk menilai sesuatu suka mahupun duka"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bulan Ramadhan 2023
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Memang best dok kampung masa aku umur 6 hingga 11 tahun.Tu lah zaman kegemilangan aku..masuk 12 tahun aku di declare anak dara.ehem2 so tak ...
-
Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...
-
Syshhh.... Silent is beautiful Silent when you too much to thought Silent when you are sleeping Silent when you so tired Silent w...
No comments:
Post a Comment