Monday, June 20, 2011

laungan yg merdu

Tiada apa yang dapat aku ingat,melainkan setiap subuh...bergema dengan laungan azan dalam rumah.Kau kejutkan aku setiap pagi suatu ketika dulu.Agak bohong ku katakan jika laungan azan serta zikir mu itu pernah membuat ku menitis airmata kerana aku merindui mu.
Kau ajarku bagaimana menunaikan kewajipan seorang muslim.Kau ajarku bagaimana mengenal alif baa dan taa,kau menghantar aku ke sekolah,berdoa agar suatu hari nanti mempunyai ilmu di dada.Alhamdulillah, aku berjaya..dan segala atas usaha dan bimbingan yang telah kau berikan pada aku.
Kau suka ingatkan aku ,jangan buat jahat..jangan sesekali sakitkan hati orang lain.Biar orang sakiti kita tapi bukan kita.Kau ajar aku jangan ada dendam dengan orang yang dengki dengan kita.
Suka kau ingatkan aku rezeki dan jodoh ALLAH swt yang tentukan..

Dan kau amat ku rindui ketika ini...


Selamat Hari Bapa - Buat Mohd Rejab B.Draman



Buat suami ku...saya pasti addin masih terngingang-ngigang laungan azan pertama buat nya mendayu menusuk hati nya.Semoga sayang dirahmati ALLAH swt agar dapat membimbing saya dan addin ke pintu syurga..Ajar lah kami dengan bimbingan mu..

Semoga perkataan "Bapa Mithali" itu milik sayang..


Terima kasih sayang menjadi bapa dan contoh kepada kami berdua..

Selamat hari bapa buat Abi addin....

No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...