Friday, September 9, 2011

Rentetan dari Blog "kisah aku" Cik rose

Tetiba aku menitis air mata, bila membaca blog cik rose kita - entry Petknode.Apa tah lagi ada kes wanita mendera kucing hanya didenda RM400 sahaja.Bila terhantuk baru terjaga!!! dah ada kes itu ini pasal penderaan haiwan baru nak keluarkan akta baru.Kesian lah kat haiwan tu tak de pembelaan.Dulu aku ada rancangan dokumentasi pasal polis haiwan.Bila tengok cara orang luar membela nasib haiwan ni nape kat Malaysia takde macam ni?
Aku sekadar berkongsi pendapat dan cerita : baru-baru ni rumah kediaman aku didatangi sekor anjing liar (betina) tumpang tido kat garaj kereta aku.Mulanya aku terkejut, hubby aku cakap mungkin anjing ni lapar.
Ada kemungkinan...seminggu sebelum cuti hari raya.Ada saki baki makanan tak habis hubby aku letak di luar pagar rumah.Selepas hari raya sangkaan aku dan hubby betul balik dari kampung, anjing still ada kat depan rumah aku.Kami hanya menghalau nya,tanpa cedera kan. Walau macam-macam cara aku dan hubby buat untuk menutup lubang yang selalu anjing tu masuk ke rumah aku.Tapi anjing tu tetap cari dan buat lubang untuk tembus masuk ke garaj kereta rumah aku.Pernah sekali pagi aku nak bangun pergi kerja,kasut kerja takde.Sah2 anjing tu amik...apalagi bersamak lah jawabnya.Sampai now...if nak tahu anjing tu masih ada diluar pagar rumah setiap kali aku dan hubby balik kerja.Selagi anjing tu mengancam keselamatan aku dan keluarga.Aku rasa biar lah dia menumpang teduh di garaj kereta aku tiap2 malam.Lagi pun tak pernah anjing tu berada dekat dengan kami dan masuk ke dalam rumah.
Mungkin ada yang pelik,jika memandang ke rumah aku ada tergantung ayat quran di luar rumah dan anjing ada di kawasan rumah kami.
Apa boleh kita buat??anjing juga makhluk ALLAH swt.Seeloknya kita bukan pelihara dia tapi sekurang-kurangnya dia ada tempat perlindungan.

"Teringat kisah pelacur yang memberi minum pada sekor anjing yang kehausan"

Sama-sama lah kita amati dan jadi ikhtibar dalam setiap amalan kita.Semoga ALLAH swt memberi rahmat dan keberkatan apa yang kita kerjakan...amin.

1 comment:

  1. terharu plak aku ko wat post hasil inspirasi dari blog aku. ekekeke. ermm..yup, sepatutnya sebagai manusia berakal, kita perlu melayan haiwan yang juga makhluk Allah dengan cara insan berakal. semoga kita sentiasa dirahmati Allah zie.

    ReplyDelete

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...