Tuesday, December 6, 2011

Cubaan

Lama dah takde rancangan ni kat oasis astro.Duk ulang episod yang sama.Aku suka tengok rancangan prank ni.Stok bukan nak memalukan masyarakat Malaysia tapi hakikat nya mentality dan action "orang kite". Episod yang best tang tilik nasib hahaha..ada gak nak terpengaruh menda2 gini.Dah tu ada lak bila suh zikir tak tau nak zikir.Shame on you!!! Tapi malang nya seolah-olah macam dah abis episod..dah stop shooting ke?Or ramai yang complain.Bila rancangan bagus macam ni cepat je abis kan.Tapi rancangan nyanyi vokal ke mentor ke idola laalalalaaah sangat lambat lak abis.Orang "kite" memang suka kan hiburan.Ye tak???Rancangan cubaan lebih bagus leh buat kita hati-hati mana lah tau satu negara menonton anda.hihihihi...

Macam baru ni aku ada ke satu kedai seingat aku jumpa segumpal duit kat kaki jalan berdiri sebelah aku sebelum tu Aunti India yang dok kat kaunter.Duit tu ada lah dalam RM30...terus aku tanya aunti tu.." Aunti ni duit aunti ke? " 
Tak semena2 kawan aunti tu jawab "Ya, ya..memang duit dia". hahahaa...aku rasa bukan duit dia.Tapi daripada aku amik tak tau nak serah kat sapa.Aku bagi je lah kat aunti tu yang dah mengaku duit dia. Last ayat " aunti yang tipu kalau ni bukan duit aunti, nti aunti dapat RM30 nanti hilang RM300." Terus aunti tu diam...dan aku memblahkan diri. Opss aku terperasaan lebih rupanya kot2 ada dalam rancangan cubaan.Tapi tidak...

Takut gak aku kalau2 ada kamera yang fokus pada aku masa tu.Tapi sebenarnya baik takut pada ALLAH yang maha melihat.Hehehe..kot lah aku dalam cubaan, kalau kan bagus rancangan cubaan macam ni boleh membuka minda dan mata masyarakat kita.Yang kita agung-agung kan sangat bahasa melambangkan bangsa dan budi bahasa budaya kita.Helooooo......tengok rancangan ni baru tahu kita ni taraf mana kesedaran sivic nya.Mintak pas ni ada lagi episod yang akan datang, then tak tertumpu kawasan KL sahaja...kena lebar kan sayap.Coz rata lokasi pengambaran kat KL....orang KL tau je lah cakna tak cakna menda gini.Yang bagus tu respek abis.

No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...