Sangat-sangat terkenal now - Adam Adli yang dikatakan seorang mahasiswa yang berani.Sehingga tahap dia bertindak menurunkan bendera PM kita selama 5 minit di PWTC atas ketidak puashati kes AUKU yang dijalankan setelah sekian lama.Che det kita memperkenalkan AUKU pada satu ketika dulu kerana bimbang ramai mahasiswa menghabiskan masa dengan politik berbanding masa mereka belajar di universiti.
Apatah lagi sikap orang melayu kita suka berpolitik sejak dari dulu lagi.
Persoalan yang timbul,
1.) Kenapa Adam Adli bertindak sehingga demikian rupa?
2.) Kenapa pula kita mahasiswa tiada hak bersuara?
3.) Kenapa pula orang lain sanggup mengecam Adam Adli?
4.) Kenapa pulak abg ludah jadi glamer tetiber?
Aku selaku bekas mahasiswa sedikit sebanyak ada juga terasa jika mahasiswa sekarang ini diancam sedemikian rupa.Kesian kat family dan kawan-kawan dia.Bukan itu cara kita nak menghukum dia , sedangkan negara kita ada undang-undang sekali pun Adam Adli bersalah.Mungkin darah muda dia yang membuat dia begitu memberontak, apatah lagi dia adalah pelajar tahun akhir.Apa jadi dengan dia jika abis pengajian kelak?
Jangan kita cepat melatah mengecam sesama umat islam yang sepatutnya bersaudara hanya kerana politik negara.
P/S: Mahasiswa adalah nadi negara bakal pemimpin negara.
No comments:
Post a Comment