Ahad -1st raya - Pagi raya pergi ziarahi kubur selepas solat raya,then beraya dengan keluarga pergi umah sanak saudara maklong,paksu,pakcik niat nak g umah bakal mak mertua tapi terbantut.huhuu.ketupat rendang all aku dah tapau letak dlm kete..hehe.nak jadi menantu yg baik kena ar amik hati bakal mak mertua.gitu lar orang2 kata, lagi pun mak aku selalu pesan jaga mak mertua kita macam mana jaga mak kita sendiri...(Tq ma memahami) takpe ar mybe ada masa aku g maran tu..bukan jauh pun.
Isnin -2nd raya - Duit raya dalam purse dah makin nipis...waduuhhh..yer ar smlm aku bg ramai sgt dak2 pantang ada dak kecik kat umah tu aku hulur je.Hari ni lak umah aku buat open house..giliran sedara mara datang serang umah aku. Dari dapur sampai ke anjung rumah..penuh orang!!! ma aku jadi orang tua, dah pangkat tok maka ramai lah cucu cicit dia dtg.Yg aku paling terharu aku dah pangkat "tok" lebih dikenali sebagai "tok teh" hehee..org tua drp aku beraya cium tangan ngan aku..waawaaahh besar pangkat "tok" aku rupanyer."Tok vouge" hahahaa.
tapi yg paling best kedatangan org yg disayangi dihari raya..1st time beraya sama as tunangan orang..apa lg sessi kenal mengenal saudara mara lah..beraya rumah saudara mara dia sampai ke malam..sakan raya!!!
Selasa -3rd raya - pepagi bangun ke kubur arwah tok,ayahlong dan tok wan (tak silap aku lar) belah dia kat setali.Bacaan yassin dan tahlil dihadiahkan pagi insan2 yang telah pergi ke Rahmatulllah.Moga roh kalian dirahmati ILLAHI.Dia pun dah balik berkeje sok..huhu.sedey.
takpe lah insyaALLAH jumpa lg.Petang sessi beraya ke rumah kwn2 kakak aku..semua aku tibai..makan,makan,makan dan makan..(asa berat badan dah bertambah lah)
Rabu -4th raya -Lepak kat rumah,dok depan tibi sambil berabis kuih-kuih raya, sessi kemas rumah lah pulak.dah 3 ari aku sibok beraya sana sini..naik debu rumah aku.Petang pegi umah kaklong -open house.Then balik rumah tido..memang menjana badan sihat dan kuat.
Khamis -5th raya - Aku kembali bertugas..keje..keje..keje. tapi mood raya masih ada.sambil2 tu beraya di rumah kawan kepada opismate aku kat pekan ni..ntah aku pun tak pernah kenal tp buat2 je kenal.kabor raya..kita g je raya aku makan,makan dan makan lagi.
Jumaat -6th raya - Rutin seperti biasa..bangun pagi pergi keje then balik rumah tido..(tak de g raya mana2-rehat beraya sempena jumaat) hahahaa.
Sabtu - 7th raya - Orang cina bakal sambut pesta tanglung, anak sedara aku lak ada perform ari
tu.so ECmall digegarkan doremon berumur 3tahun..so cute.,
Then singgah rumah ayahlong ada wat open house..haha..orang lain beraya pakai baju kurung.kitaorg beraya pakai suar jean..lantak!!
Ahad -8th raya - Kepulangan mu dinanti -hehehe..dia balik lg.ni buat aku sonok sgt.Plan berjalan lancar,pagi beraya rumah kakelly pukul 9 dah kena kumpul sana,member opis semua pakat pergi sekali.ber hu.ha.hu ha kat sana makan mee bandung,destinasi seterusnya rumah ayah aku,makan laksa pulak,next station Maran,future mother masak nasi minyak -aku hanya tolong mana2 yg patut je.Dia senyum meleret je tengok aku..(hahaha.terpikat lah tu).Ye lar nak pikat anak kena pikat mak dia dulu.Hampir separuh hari aku disitu..so far aku boleh adapt dengan semua orang..insyaALLAH.Aku ni memang "pendiam" orang nyer.hehehee,OTW balik singgah rumah abgngah -majlis cukur jambul anak sedara aku.
nota - : D even the hold week aku beraya..tp lebih bermakna bila beraya dengan orang tersayang.Tq sayang...saya hargai sangat setiap saat bersama awk.
No comments:
Post a Comment