Saturday, February 5, 2011

Ini lah saat nya...(part 3)

21hb Jan 2011 :Setiba aku di HTAA - aku di usung dan ditolak ke labor room -high risk. Aku sibuk bertanya JM Zakira " Mana suami sya?" Zakira cakap, takpe pandai lah dia cari nanti..
Jam 8.20 pagi : Suasana di labor room buat aku tak tentu arah.Seorang demi seorang doktor keluar masuk bagi rawatan pada aku. Apatah lagi aku ibarat seperti ayam yang sedia untuk di hidang kepada para-para doktor disana.Aku menyuruh hubby aku masuk, Wajah cemas hubby aku buat aku semakin tenang.Aku tak nak dia cemas dengan keadaan aku yang terlantar kesakitan - Status baby masih 3cm..Macam-macam alat yang digunakan untuk keluarkan baby..masih juga dalam keadaan sama.
Hubby aku sentiasa ada disisi aku..memberi semangat dan minta aku banyak kan istifar.

Jam 9.40 pagi : Get ready to GOT -itu yang aku dengar!! GOT??aku nak kena operate ke?
"Puan, kami akan operate puan kerana keadaan baby puan yang distres dan takut ada infection pada baby puan memandangkan 38 drjh celcius demam puan. " Aku redha hanya mengangguk setelah berhempas pulas dalam keadaan yang amat sakit. Aku memandang hubby aku.." Saya dah tak larat, saya dah tak tahan dah...sakit sangat sayang!!"
Hubby aku hanya cakap sabar lah sayang...bertahan

Jam 9.50 pagi : Operation Theater - Puan sila tandatangan borang ini,ini dan ini..aku main sign je..aku dah tak larat untuk bercakap apatah lagi untuk berbuat apa2 dalam hati aku cuma tawakal dan redha..jika kesudahan aku tiada- biarlah baby aku selamat.Itu je aku minta ketika itu,lebih -lebih lagi aku memandang suami dan ayah aku sebelum masuk ke OT.Lagi pilu hati aku...

Jam 10.00 pagi : Semua orang dalam OT memperkenalkan diri dan menulis nama di papan kenyataan , aku membaca satu persatu nama -Incharge Dr Izani , Dr Ainun dan seterusnya para-para pembantu pembedahan.
" Nama saya Dr Ainun , saya akan bius puan di belakang, selepas ini puan tak kan rasa apa-apa dari pingang hingga ke kaki". Aku hanya mengangguk..
Dalam tempoh pembedahan-aku membiar mata aku dibuka dan aku tak akan tido sehingga segalanya selesai..satu-persatu aku lihat perut aku dibelah menerusi kaca di lampu yang menyuluh ke bahagian pembedahan.Ngeri?? tiada dalam pemikiran aku..pada aku biarlah anak aku selamat....

Jam 11.15 pagi : Kepala, bahu...pinggang..dan kaki..ditarik!!! tali pusat dan uri uweeekkk...uweeekkk uweeekkk.....Alhamdulillah..syukur,baby boy.Saatnya ketika itu aku bergelar ibu.



3 comments:

  1. tahniah azie. aku tumpang gembira

    ReplyDelete
  2. thanks rose...ko tu weh..bila nya nasi minyak?

    ReplyDelete
  3. urusan aku tak semudah dan selancar org lain zie. byk lg dugaannya. doa2 la...insyaAllah nti sampai la masanya :)

    ReplyDelete

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...