Thursday, July 14, 2011

meh sini nak citer 27julai datang lagi -Edisi Khas di kampung sg isap

Entry edisi khas ni, agak seram kalau dicerita kembali..
pada siapa2 yang ada sakit jantung ke?buah pinggang ke?ada sakit kepala ke?di nasihati tidak membaca apa yang aku ingin cerita kan ini.

Sebenarnya,perkara ni dah lama sangat dah berlaku, hampir 20tahun yang lepas...
Adik beradik dan sepupu aku pun tahu cerita ini.Boleh kata sesiapa yang pernah tinggal di rumah yang kita diami dulu akan dihantui...percaya atau tidak.Sampai sekarang kalau aku mimpi menda2 tak elok,mimpi hantu ke apa...mesti lokasi nya rumah lama aku di kampung sg isap.

Aku tak tahu mana aku nak mula,nasib baik masa tu aku budak2 lagi..jadi kalau kes-kes haunting ni aku tak amik port mana.Pernah aku ingat suatu petang -maghrib aku baru balik drp main..aku lalu dekat satu pokok kelapa yang tak pernah sekali pun berbuah depan rumah aku tu.Aku terikat dengan benang hitam.Melilit...lilit satu badan aku.Ntah mana dtg ntah.."serius aku tak tipu" aku sampai menangis2 nak lepaskan benang hitam tu.Mujur mak aku sedar aku terikat macam tu mak aku keluar rumah terus putuskan benang-benang tu.Dia cakap abah senjaga letak benang hitam tu..pasal aku balik main lambat.Bila tanya abah aku balik abah tak tahu menahu pun.So aku pun lalala..lantak lah malas nak amik port.

Rumah kazen aku depan rumah aku pun sama gak,haunting..pernah satu malam,Lampu rumah dia terpadam..masa tu dia ada kat rumah aku.Parent kitaorg takde kat rumah.So aku,kazen aku,kaklong aku pergi lah nak bukak balik lampu rumah dia.Bila masuk dengan touchlite tengok pada suiz lampu off..jeng2.Baru je nak tekan..TUP dah nyala sendiri seolah suiz tu ON balik.


Pernah gak aku ingat,ada bunyi lesung batu kat dapur rumah,air singki terpasang sendiri,paling tidak bunyi sesuatu yg bergolek jatuh atas bumbung atap zink...tapi tak bunyi lak jatuh ke tanah.Gitu lah...keadaan aku membesar dirumah yg aku rasa horror gile.

Ada org cerita,rumah yg aku duduk dulu tu..ada keranda kat bawah rumah.Zaman jepun..kat kawasan kampung sg isap tu medan perang.Ntah lah,nak percaya ke tidak..coz tanda kawasan perang tu ada.Kubu askar lama ada kat depan sikit drp rumah aku.


Now rumah tu dah takde.Dah kena roboh,hanya hutan je tinggal..if aku terlalu je kawasan rumah lama aku tu.Mesti aku rasa ada something dengan rumah tu...


Wallahuallam...sesungguh ALLAH lg mengetahui.

No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...