Entry kali ni aku nak bercerita tentang adat-adat perkahwinan yang sedar tak sedar kita dah terikut-ikut dengan adat orang lain.
Kalau ikutkan -persandingan itu tidak ada dalam adat pernikahan islam.Ni memang femes ar, rata2 anak muda mudah terpengaruh dengan sanding menyanding ni.Termasuk lah aku yang suatu ketika dulu terpaksa akur dengan kehendak keluarga nak nya anak perempuan diorang ni bersanding.If ikutkan aku tak mau semua ni.Tapi errmmm jalan gak siap bergambar pasal aku ni dengan hubby kat pelamin.Astafirullah...
Dan lagi kesalahan pengantin - membatalkan air sembahyang dalam masjid (rumah ALLAH) nauzubillah.Mana datang adat ni??? dah macam perkahwinan orang kristian lak main cium2 dalam masjid.Ya ALLAH...ada nya sang suami mencium dahi isteri dan isteri cium pipi suami.Takut2 nanti adalah cium mulut ke mulut (france kiss). Agak-agak ar derrrr...jangan kita terbawa-bawa adat orang sesat tu dalam kita membina rumah tangga kita.Syaitan dah menangis dah bila perkara haram dah dihalalkan dengan akad dan nikah.Tetiba syaitan boleh bergelak ketawa dengan kesilapan kita bercium dikhalayak ramai dalam rumah ALLAH.Hish....bukan nya.Pernah aku tengok dalam citer "Bini-bini ku gangster " mungkin pelakon dan pengarah nya takde sensitiviti tentang adat dalam masjid. Buat skrin akad nikah Shazy sam dan Intan Lyana.Nak buat lawak pun tengok tempat, lepas je akad nikah si pelakon laki elok ada peluk pelakon perempuan siap berdukung pasai...tu dah melampau.Aku geling kepala...daripada aku nak gelak tak jadi gelak sebab nya...masjid tu bai ko buat main.Filem malaysia now banyak menda yang diorang tak cakna bab2 ni.Ntah lah pastu untung bilion-bilion.Pelik benar aku, diorang tak pernah rujuk mana-mana ahli ulama ke kalau nak buat filem yang libatkan agama?.
Tapi yang terkini ada lak trend Pra-perkahwinan ,belum kahwin belum nikah belum sah husband n wife elok ada je dok bergambar peluk2.Pimpin tangan tujuannya nak war-war kan perkahwinan mereka ni akan berlangsung tak lama lagi.Tang ni banyak artis malaysia dok ngikut.Celah mana ntah dok menghalalkan mereka dok pegang tangan sebelum kahwin ntahla???Nak buat menda elok dah..tapi tak elok gak jadinya.
Ni hah lagi satu.Tau tak apa hukum mencium isteri depan khayalak ramai??Kalau cium tangan elok lah, ok je.Tapi if sampai tahap bercium yg mendatang syawat itu boleh mengugurkan maruah.Seperti juga berpelukan dikhalayak ramai..itu bukan adat orang islam.Kita ada adat suami isteri luar rumah dan dalam rumah.If setakat pegang tangan tu dah cukup menandakan kita sayang isteri kita ni.Tak payah nak beromen nak cakap kat semua orang kau sorang je lah ada isteri dalam dunia ni.
Tak payahlah kita dok ikut artis-artis yang ntah mana tahap didikan agama nya.Seeloknya kita ikut sunnah Rasulullah dan hadis.Ni ada yang sibuk belek-belek buku pengantin baju dedah sana sini,tang tu lah gak nak ikut nya pasal apa?Ada majlis resepsi lah apa lah.Bergambar 7 persalinan dengan pakaian ala-ala barat,jepun dan sebagainya .Nak glamer macam artis kalau ayat ni tak keluar tak sah " Kahwin sekali seumur hidup ".
Jadi pandai-pandai lah kita beringat sesama kita. Para sahabat muslimah ku yang mana nak melangsungkan perkahwinan biar lah berpada-pada .Asalkan tidak melanggar syariah agama agung kita Islam.Semoga kita akan jadi muslimah dan isteri yang solehah serta menjadi tunggak didikan kepada anak-anak kita kelak.Insya ALLAH.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment