Rotavirus bunyi macam raksasa gorgon je kan? Rotavirus ni merupakan virus terkenal dikalangan budak-budak.Budak-budak mudah dijangkiti virus ni atas mengambilan makan, air dan persekitaran yg kurang sihat.Serius nya virus ni boleh menyebabkan muntah -muntah, demam dan cirit birit berlarutan at least 2 minggu.
Ya, itu lah aku hadapi sekarang...raksasa gorgon ni sudah berjaya menembusi antibody Addin hampir 2 minggu dan Addin dah beransur pulih -Alhamdulillah..
Virus ni menular dalam air tercemar atau persekitaran yang tidak sihat.Sejarah penyakit ini dijangkiti pada mula nya aku n family jejalan di Kuala lumpur.Alang-alang Hubby aku ada meeting kat Shah Alam dan aku lak selok nak amik cert aku kat MSTB. 3 ari 3 malam aku disana, Addin aku bawa sama. Mula nya Adik ipar aku nampak symptom muntah-muntah- demam dan cirit birit.Tapi sangkaan aku itu hanya gastrogenic coz adik ipar ni jenis makan fast food je sejak datang KL.But bila balik dr KL Addin mula muntah-muntah....halamak!!!! terus aku kaget bawa Addin ke HTAA.Doktor situ tak suspek apa2 mungkin Addin mabuk perjalanan...then pas beberapa jam kemudian badan Addin mula panas..sedikit demi sedikit...aku bagi paracetemol untuk kebah demam Addin.Then ok sekejap..lama kemudian.Bagi nya Addin tak berhenti muntah2.Aku n Hubby bawa Addin ke Al Farabi (Klinik Panel Keluarga)- Doktor situ bagi ubat tahan muntah.Ubat tu menyebabkan Addin tido sepanjang masa.Dan tiba hari Selasa..3 hari selepas muntah dan demam maka perang bermula...Addin cirit birit.Kesian Addin ,aku bawa pula ke HOSPE, dikena kan drip atas Addin coz dier tak nak makan.Asal makan je muntah..Aku pun tak sanggup nak tengok.Then pas buat pemeriksaan darah n so on. Darah Addin ok all normal mungkin ada jangkitan pada tonsil - kata doktor Zurina. Antibiotik (ampiliclin ) beri kan pada Addin.
Balik dr kerja, Hamik nak ko..bukan setakat Addin tapi aku n hubby pun sama muntah-muntah dan demam + cirit birit..yer...selaku orang yg bertanggungjawab menjaga dua lelaki aku kena kuat.Alhamdulillah symptom aku n hubby tak berlarutan.Pas makan ubat je ok.Tapi Addin still tak ok.Doktor Asmariza (Klinik Al amin) cakap mungkin kitaorang terkena viral infection - boleh berjangkit melalui penggunaan toilet dengan pembawa virus.
Last aku bawa Addin ke Klinik Pakar Kanak-kanak Yaw - Doktor Yaw ckp stomach Addin ada infection.So dier bekalkan probiotic (bakteria baik) untuk melawan bakteria jahat..hihih..cam dalam iklan tibi tu (yakult - bakteria baik). Dan semalam aku bawa Addin ke As-syifa untuk membacaan ayat-ayat al -quran.Semoga Allah melindungi Addin dengan ayat-ayat Nya...Dan sekarang Addin dah kesekolah. Alhamdululillah...dia semakin OK.
Pesan aku jangan lah kita ambil mudah dengan apa sahaja jenis penyakit yang anak kita hadapi.Sentiasa bersama dia, tenangkan hati dia dapat juga dia lupakan sakit yang dihadapi.Hiburkan dia jangan bagi dia murung..mungkin dia merengek dan menangis boleh mendatangkan stress pada kita.Tapi itu lah sahaja cara komunikasi yang dia tahu.Bersabar dan bertawakal pada ALLAH swt. Usaha sedaya upaya yang terbaik untuk anak anak kita.Sesungguhnya mereka lah masa depan kita.( Macam iklan kementerian pembagungan wanita dan masyarakat lak asa.) hahahaha
Rotavirus - 100nm bar
yaaaaaaaaaa..kita pon dah kena..huhuhu
ReplyDeletesian, tu la musim hujan ni virus2 ni cepat membiak.take care key..segera jumpa doktor
ReplyDelete