Salam sayang ku Addin,
Untuk tatapan anak Ummi yang Ummi kasihi, Ummi tahu masa dan tika ini anak Ummi masih belum pandai membaca dan apatah lagi pandai "online" kan.Entah zaman Addin besar sok lebih canggih dari apa yang ada sekarang.Surat ini Ummi karang khas untuk Addin Ummi yang tersayang.Harapan kelak Addin boleh membaca nya berkali-kali jika teringat kan Ummi.
Addin,
Ummi masih teringat waktu dan saat ketika hendak melahirkan Addin.Rasa sakit yang amat, bermula dari 19hb January 2011 Ummi di masukkan ke ward kerana tumpahan darah.Dan Addin masih tidak mahu melihat dunia lagi sehingga air ketuban Ummi pecah pada 20hb malam akibatnya Ummi demam.Mungkin disebabkan Ummi takut dan gemeruh.Ini kali pengalaman pertama Ummi melahirkan anak.Tapi Addin masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu keluar.Pada Ummi, mungkin Addin sangat suka berada dalam alam rahim yang cukup tenang.Tapi sayang, dengan kuasa ALLAH swt Addin selamat Ummi lahir kan pada keesokkan harinya, hari Jumaat penghulu segala hari.Walaupun Ummi terpaksa dibedah untuk keluarkan Addin...pada masa perasaan Ummi hanya mahukan anak Ummi selamat apabila doktor cakap berkemungkinan Addin boleh lemas kerana kekurangan oksigen.Alhamdulillah anak Ummi lahir sihat walafiat.
Pernah Ummi teringat waktu Ummi dalam pantang, Addin tak henti-henti menangis - puas Ummi dan Abi pujuk Addin, dodoikan Addin..sapu minyak panas takut2 kalau Addin kembung, susu kan Addin dan pelbagai cara lagi nak pujuk Addin daripada menangis sehingga ke subuh baru Addin mahu tido.Bermula pada itu Ummi selalu beringat jangan bawa Addin keluar malam-malam.Apatah lagi sebelum tiba waktu maghrib je Ummi dan Abi bergegas nak balik rumah cepat.Takut-takut Addin berembun malam-malam.Adakala waktu Addin menangis ter-esak-esak tak kenapa umpama dunia ni akan berakhir, sedang pada itu Ummi pun turut sama menangis.Tak tahan mendengar rintihan anak Ummi....
Addin,
Walaupun sejak Addin lahir, tidur Ummi tak pernah lena.Ummi syukur kerana adakala Addin kejutkan Ummi solat bila Addin nak susu.Alhamdulillah..terima kasih Addin.Walaupun Abi kadang-kala kesian untuk kejut Ummi dari tido.Tapi Ummi rela berjaga untuk Addin..takut kalau2 ada nyamuk gigit.Begitu lah kasih sayang Ummi pada Addin.
Addin penghibur Ummi di kala sunyi.Dengan gelak tawa Addin dengan senyuman manja Addin berlekuk dua lesung pipit pengubat hati Ummi.Walaupun penat - hilang segalanya...Kadang-kala Ummi tersenyum sendiri teringatkan telatah Addin.Lebih-lebih kalau nak tido, bagaikan satu rumah Addin nak pusing.hehehee...nak cari keselesaan tido agaknya..hhihiii...Ummi bersyukur pada ALLAH swt menganugerahkan Addin dalam hidup Ummi.
Sayang Ummi, 21st January 2012 akan tiba genap lah Addin melangkah ke usia 1tahun.Rasa macam baru semalam Ummi menyusukan Addin dan dodoikan Addin dalam dakapan Ummi. Tak sangka Ummi cepat sungguh masa berlalu.
Akhir sekali...Ummi berharap Addin dapat menjalankan tanggungjawab Addin sebagai khalifah ALLAH dengan baik kelak.Ummi doakan anak Ummi menjadi anak yang soleh.Berjaya di dunia dan
akhirat.Menjadi muslimin yang taat dan beriman akan perintah ALLAH
swt.Semoga Addin sentiasa sihat dan dijauhkan segala penyakit dan
malapetaka.Semoga ALLAH mengurniakan rezeki dan akhlak yang
baik pada Addin .InsyaALLAH...
Ingatlah sayang ku Addin sesungguhnya "Syurga itu bawah tapak kaki Ibu"
Selamat Hari Lahir Sayang............
Dengan kasih sayang;
Ummi
Norfaziah Mohd Rejab
No comments:
Post a Comment