Monday, August 3, 2009

Order!Order!Order!

pernikahan - ikatan atau kesimpulan (segi bahasa)
- suatu ikatan akad yang menghalalkan pergaulan batas,hak dan kewajipan saling
tolong menolong antara lelaki dan perempuan yang diantara nya bukan mahram.

situasi tegang,sunyi,pelbagai emosi di mahkamah..aku hanya meneman sahaja..takut2 kalau ada yg menitis airmata.Jauh dr sudut hati aku kenapa perkara seumpama ini boleh berlaku pada sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumahtangga..hampir 12 tahun bertahan..akhirnya...ini kah penyudah nya?? mana kata2 cinta mereka selama ini..mana janji susah senang mereka selama ini..

di sudut jauh aku melihat lelaki itu sunggul..merenung...ntah lar.samada merenung masa depan diri dia atau merenung kesilapan yang telah dilakukan pada isteri dan anak2 nya.Aku mengeluh...terdetik rasa simpati dlm hati aku..walaupun cam mana pun..perkara ini tetap kena terus kan..hati wanita itu tidak dapat lagi meruntum merintih sepanjang masa..minta dilepaskan dengan rela..apabila masing2 telah mengaku tiada harapan atau tiada rasa cinta dlm hati mereka.Bagaimana pula dengan anak2 yang kecil lg??

wanita itu kelihatan biasa sahaja..aku tak tau apa yg difikirkan..tp tidak menyokong dan tidak membantah..(bila dengar cerita wanita itu aku tau..situasi dia) dan mungkin ini jalan terbaik untuk dia dan anak2.

memandangkan sidang berlangsung mengikut giliran: aku rasa dlm bebelas pasangan dalam sidang dengan pelbagai sebutan kes.Ada kes khalwat..tuntutan harta dan nafkah, kes penceraian.Aku hanya pemerhati....macam2 rupa nya..hidup berumah tangga ini pelbagai rintangan dan ujian..jika kita goyah untuk melangkah bersama..ini lar jadi nya.

ada yg kes suami tak bg nafkah bertahun2 lama nya menghilang..kes ini sebutan pertama di mahkamah..dan mendapat perhatian semua sidang. Si suami buat muka tak bersalah depan peguam.Si isteri menangis teresak-esak...mau penceraian segera .tak sanggup hidup bergantung tak bertali..adakah???mengapa ada lelaki yg sedemikian rupa. dia tanggungjawab dia??

tanggung di dunia.
jawab di akhirat.


Perbincangan atau persidangan dilakukan dalam bilik hakim syarie..jadi org awam tak dapat mendengar apa yg berlaku..(tu yg aku frust tuh) hahaa..menyibuk je..mcm jadi mak ngah sonah yg jaga tepi kain org lain pun aku ni.hehehee..


tiba giliran wanita itu masuk ke bilik hakim bersama pasangan nya..aku berdebar...menanti keputusan nya..adakah sebaik sahaja wanita itu keluar dari bilik tersebut status nya bertukar dr puan kepada cik (MJ). ermmmm......tak dpt aku ungkap dgn kata2 disini..hanya mata memerhati dan otak memikirkan nya..


keputusan nya...mahkamah bg tempoh utk berbincang semula..sebutan kes sebulan dr sekarang.
pada ALLAH aku berdoa..buka lar pintu hati dan petunjuk mereka agar mereka temui jalan terbaik dalam hidup mereka.



Fasakh

Pada keseluruhannya semua negeri di Malaysia telah mempunyai peruntukan Undang-Undang tentang perceraian melalui fasakh. Isteri berhak mendapat perintah Mahkamah Syariah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh dan ta'liq nikah atas salah satu alasan-alasan berikut:

1. Suami tidak diketahui tempat tinggalnya selama tempoh lebih dari satu tahun.
2. Suami cuai atau tidak memberi nafkah selama tempoh tiga bulan.
3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
4. Suami tidak memberi nafkah batin selama tempoh satu tahun.
5. Suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan.
6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan berjangkit.
7. Suami menganiayai isteri antara lain:
a. berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji menurut hukum syarak.
b. Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
c. Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta.
d. Menghalang isteri dari menunaikan atau menjalankan kewajipan dan amalan agama.
8. Suami sengaja enggan menyetubuhi isteri sehingga berlalu tempoh masa empat bulan.



Ta'liq
1. meninggal kan isteri 4 bulan berturut-turut
2. tidak memberi nafkah yang wajib selama 4 bulan berturut-turut
3. menyakiti tubuh badan isteri
4. suami tidak memperdulikan isteri selama 4 bulan berturut-turut










No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...