Wednesday, January 20, 2010

Redha dan sabar

Senang aku nak share sesuatu yang boleh di manfaatkan bersama. Dalam aku meniti hari-hari ke suatu tarikh aku bergelar isteri pada dia.Dalam keadaan serabut maut,masalah itu ini datang ..dan aku tahu dia sekarang dilanda masalah kewangan.Aku tak mampu nak membantu dari sudut itu hanya dapat menyokong sahaja dan mendengar apa masalahnya.Sedang aku disini berusaha untuk merealisasi kan satu majlis perkahwinan bersama.InsyaALLAH aku akan sentiasa di sisi nya dalam susah mahupun senang.Pelbagai dugaan akan dihadapi kelak apabila melangkah ke alam yang dinamakan perkongsian hidup.Saat dan waktu kita dilanda masalah seumpama ini tak perlu kita menutup mata menutup telinga berjalan tidak tentu hala.Kerana pada Allah  kita masih ada, dan aku percaya segala ujian dan dugaan yg datang lebih mematangkan fikiran kita agar lebih bersedia melangkah ke alam yg belum kita tahu bagaimana keadaan nya.Selagi tidak henti kita berdoa dan sentiasa mengingati Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:
Ketika Allah suka pada seorang hamba,Dia mengujinya,Jika dia sabar,Dia hindarkan.Jika dia rela,Dia memilihnya..

Dalam hadis Atsar  dari Ibnu Abas,ketika Rasulullah SAW datang kepada sahabat Ansar,Baginda lalu bertanya, "Apakah kamu semua orang-orang mukmin?" Mereka diam. Umar berkata, "Benar wahai Rasulullah." "Apa bukti imanmu?" Mereka berkata, "Kami bersyukur ketika senang,sabar ketika bala dan rela kepada qada". Kemudian Rasulullah SAW berkata "Sesunnguhnya mereka orang mukmin,"

Rasulullah SAW bersabda:
" Dalam sabar terhadap sesuatu yang kamu benci terdapat banyak kebaikan"
"Kalau sabar itu seorang lelaki,tentulah dia mulia,Allah menyukai orang-orang yang sabar"

Syukur kepada Allah atas setiap yang berlaku ada hikmahnya: Suka aku kongsi dalam surah al-baqarah:152

Allah Azza Wa Jalla  berfirman :
"Maka ingatlah kamu kepada- Ku.Nescaya Aku ingat kepada mu.Dan berterima kasihlah kepada- Ku,dan janganlah kamu menyangkal nikmat- Ku ."

Suka juga aku berkongsi pengetahuan kepada semua :Ayat dan surah yang boleh kita amalkan untuk hindari kemiskinan dan kepapaan.InsyaALLAH semoga kita diberkati oleh NYA:

Bacalah surah Al-Kahfi ayat 45 hingga 46 pada malam jumaat.InsyaALLAH dimurahkan rezeki nya.


Hadis Rasulullah ada menyatakan : Baca surah Al-Ikhlas di ikuti surah Al-Naas dan Al- Falaq setiap pagi sebanyak 3kali waktu pagi dan petang.Nescaya segala keperluan akan dicukupi.

Mari kita amal kan bersama-sama:
Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh-Nya, InsyaALLAH.


Sumber : 
-Penenang Jiwa (pengubatan dan rawatan) Imam Al-Ghazali terjemaah kitab Mukashafah Al-Qulub  -Fadhilat dan Amalan membaca surah-surah pilihan dari penulis : Syeikh Mohamad Omar.


p/s: Sayang..hope sayang sabar dan tenang menghadapi hari-hari yang akan datang.InsyaALLAH sama-sama lah kita doakan agar segalanya berjalan lancar.Amin






No comments:

Post a Comment

Bulan Ramadhan 2023

 Assalamualaikum semua. Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam 10 hari Ramadhan terakhir. Selalunya En.S...